💌Bab 31💌

7 0 0
                                    

Sudah berminggu majlis pertunangan Falisha berlalu. Selalunya orang yang dah bertunang ini mereka akan selalu berjumpa disebabkan status mereka.

Berbeza dengan gadis ini. Falisha cuba menjauhkan dirinya dari Fahryan. Yelah, bila dah bertunang ini lagi besar cabarannya. Tetapi tulah setiap kali hendak mengelak daripada berjumpa, time itulah lelaki itu datang untuk berjumpa dengannya. Katanya ada hal penting. Bagi Falisha tiada hal penting yang hendak dibicarakan melainkan dia sengaja menciptakan alasan untuk mereka berjumpa.

Falisha tiba di kedai runcit untuk membeli barang. Falisha masuk ke kedai itu dan pergi ke bahagian makanan. Mister Potato perisa Spicy diambil dan beberapa jajan yang lain. Falisha kemudian pergi ke bahagian pencuci baju. Dia mengambil satu sabun pencuci memandangkan di rumahnya telah kontang. Selesai sahaja Falisha meletakkan barang itu di kaunter pembayaran yang tiada orang di situ.

Berpusing kepalanya ke kiri dan kanan mencari petugas itu. Tanpa menunggu lama, keluar seseorang dari stor kedai.

"Banyaknya beli barang" tegur seseorang dari sebelah kanan Falisha.

Falisha menoleh kepalanya ke kanan untuk membalas teguran itu. Terkejut Falisha saat mengetahui gerangan individu di sebelahnya.

'Macam manalah aku boleh tak perasan yang dia dekat sebelah aku.' desis Falisha.

Fahryan menayangkan muka manisnya kepada Falisha. Cepat cepat Falisha mengalihkan pandangan.

"Bang kira ya." Kata Falisha kepada orang di kaunter. Teguran encik tunang sebentar tadi dibiarkan.

Falisha bukan sengaja mahu memulaukan lelaki itu. Ada sebabnya. Jauh dari sudut hatinya ingin berbaik dengan tunangnya seperti sepasang kekasih yang lain. Namun, ego adalah pilihannya setakat ini.

"Semua sekali 30 ringgit." kata petugas  kaunter itu.

Falisha mengeluarkan not 30 dan terus keluar dari kedai.

"Sha. Tunggu!!" Panggil Fahryan.

Falisha menghiraukan panggilan itu dan menuju ke basikalnya.

"Falisha Ufaira. I said stop!" Kata Fahryan dengan nada sedikit meninggi.

Serta merta Falisha berhenti. Mata memandang Fahryan dengan pandangan tidak puas hati.

"Haa macam ni lah tunang saya. Jom ikut aku pergi taman." Ajak Fahryan dengan nada yang sudah diperlahankan.

"Perlu ke saya ikut arahan awak. Dan kalau saya tak nak ikut, apa yang awak nak buat? Hm?" Cabar Falisha.

'Ya Allah. Berikanlah aku kesabaran. Kesabaran yang tinggi seperti kekasihMu' doa Fahryan dalam hati. Nafas ditarik sedalam dalamnya dan dihembus.

"Wahai tunang ku sayang, marilah ikut kekanda ke taman. Kerna ada hal yang hendak kekanda katakan di sana." Kata Fahryan sehabis lembut. Ni kalau tak jalan jugak tak tahulah.

"Tak boleh ke kalau kita cakap dekat sini je. Saya nak baliklah" kata Falisha dengan egonya.

"Nope. Kita pergi taman dulu baru boleh balik. Kita pergi sama sama." Kata Fahryan. Ingat dia je boleh berkeras. Kita pun bolehlah.

"Hishhh. Suka hatilah" berang Falisha lalu meninggalkan Fahryan di kedai runcit.

Fahryan menggeleng kepalanya. Comel betul dia bila marah. Apa sahaja sanggup dia buat asalkan dapat berbaik dengan gadis pujaannya.

Fahryan terus ke motornya dan berlalu pergi.

••••••••••

Sorang ke utara. Sorang lagi di selatan. Sunyi sepi. Sampai sahaja masing masing kunci mulut.

Fahryan duduk di atas bangku di hadapan kolam ikan. Falisha pula berdiri di hadapan di atas jambatan batu merenung ikan yang sedang berenang di dalam.

Jiranku CrushkuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon