💌Bab 13💌

24 1 0
                                    

Beberapa minit menunggu akhirnya kereta yang dipandu oleh mama tiba di pintu pagar sekolah. Falisha memasuki perut kereta di bahagian sebelah pemandu.

"How was school today Sha?" tanya mama.

"Okay. Hari ini ramai cikgu yang cuti. Jadi, homework pun tak banyak." cerita Falisha.

Puan Zulaikha yang mengangguk kecil.

"So, petang ini kira Sha freelah?" tanya mama lagi.

"I guess yes. Why mama tanya?" soal Falisha dengan pelik. Pelik sebab jarang mama tanya dia free ke tak.

"Mama ingat nak ajak Sha teman mama pergi surau petang ni. AJK taman cakap ada gotong royong dekat sana. Mama ingat nak join sekali." cadang mama yang sedang fokus memandu.

Mama boleh dikatakan sebagai ahli biro yang paling aktif sekarang sejak berpindah ke rumah baru. Mama rajin join mana mana aktiviti yang dirancang. Alang-alang dekat rumah tu tiada apa nak dibuat, lebih baik dia join aktiviti kebajikan sosial. Itu lebih baik.

"Boleh juga mama." setuju Falisha.

"Okay petang ini kita pergi." bicara Puan Zulaikha.

••••••••••

Aktiviti gotong royong telah pun bermula. Setiap ahli yang terlibat sedang melaksanakan tugas yang telah diagihkan kepada beberapa bahagian.

Falisha dan mamanya ditugaskan untuk membersihkan kawasan stor surau. Bukan mereka berdua sahaja, ada lagi dalam tiga orang macam tu datang menolong.

"Sha, tolong mama ambikkan plastik sampah hitam dekat bangku sana." arah mama yang menunjukkan bangku yang berada di luar tepi surau.

Falisha memanjangkan lehernya melihat arah yang ditunjukkan oleh Puan Zulaikha.

"Okay, mama." patuh Falisha.

Puan Zulaikha pula sibuk mengalihkan pasu bunga yang ada ke bahagian tepi memudahkan aktiviti mengemas stor nanti. Sesekali peluh yang keluar di dahinya dikesat.

"Assalamualaikum." sapa seseorang dari belakang.

Mendengarkan salam itu Puan Zulaikha terus menoleh ke belakang.

"Waalaikumusalam." jawab Puan Zulaikha lalu menoleh ke belakang dan menguntumkan senyuman.

Di hadapannya kini adalah seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya.

"Kamu dua beranak ini jiran baharu ya? Sebab tidak pernah nampak pun sebelum ini." tanya wanita itu.

"Ya Puan. Kami sekeluarga baru sahaja pindah." jawab Puan Zulaikha dengan ramahnya.

"Ohh. Saya Batrisya. Panggil je saya kak Bat. Salam berkenalan ya." katanya sambil menghulur tangan.

Puan Zulaikha lansung membuka sarung tangan yang dipakainya dan menyambut huluran itu.

"Saya Zulaikha. Panggil je Azu." Kali ini giliran Puan Zulaikha pula ynag memperkenalkan dirinya.

Buat seketika mereka berdua senyap. Tidak tahu topik apa yang mahu dibualkan. Tambahan pula, mereka berdua masih lagi kekok.

"Kamu bekerja atau suri rumah sepenuh masa Azu? Selalu ke join aktiviti kat taman ini?" soal Puan Batrisya ingin menghilangkan suasana kekok itu.

"Suri rumah, kak Bat. Tidak jugak. Ni baru first time join. Alang-alang dah free tu, saya join sama daripada duduk dekat rumah tiada apa nak dibuat." bicara Puan Zulaikha.

Reaksi mulut 'o' Puan Batrisya berikan tanda mengiyakan bicara Puan Zulaikha.

"Eh. Rumah kamu dekat mana? Mana tahu lepas ni saya boleh datang ziarah bila-bila nanti." soal Puan Batrisya.

"Kalau dari surau ini, rumah saya dekat area sebelah kanan sana, Lorong yang hampir dengan kawasan taman permainan tu." Jelas Puan Zulaikha.

"Ohh. Rumah kita dekat je rupanya. Bolehlah kita jumpa selalu" ujar Puan Batrisya sambil ketawa kecil

"Lah ye ke. Tak sangka pulak selama ini kita jiran selorong rupanya." balas Puan Zulaikha yang turut menghamburkan tawa kecilnya.

"Mama, nah ni plastiknya." hulur Falisha yang semakin menghampiri kedua-dua wanita ini.

Falisha menjadi bertambah pelik selepas melihat riak wajah mama yang baru lepas ketawa. Sejak bila mama dah ada geng kat sini. Baru hari ini join, dah dapat kawan. Haih, memang hebatlah mama saya ni.

"Terima kasih." sambut Puan Zulaikha.

"Ini anak kamu ke Azu?" soal Puan Zulaikha yang menunjukkan jari ibunya kepada Falisha.

"Haah Kak Bat. Ni lah satu-satunya anak saya. Sha, ini Cik Bat. Kak, ni lah puteri tunggal saya, Sha." kata Puan Zulaikha.

Falisha terus bersalaman dengan Cik Bat, dan Puan Batrisya turut menyambut salam itu dengan mesra.

"Cantik. Sopan pulak tu." puji Puan Batrisya kepada Falisha

Falisha pula hanya tertunduk malu.

Usai dengan sesi berkenalan itu, mereka bertiga melaksanakan tugas sehingga ia kelihatan begitu sempurna di mata.

Selesai dengan itu, Falisha dan mamanya duduk di bahagian tepi longkang sementara menunggu sesi penyampaian cenderahati kepada mereka yang hadir.

Ketika itu, Falisha ternampak Puan Batrisya bersama dua orang remaja lelaki di kawasan parkir moto. Seorang daripadanya Falisha kenal sangat muka. Siapa lagi kalau bukan 'crush' dia.

Yang lagi satu tidak pasti sebab tidak pernah nampak. Tetapi dari mukanya seiras dengan crushnya.

'Mungkin tu ibu dia kot. Rapat semacam je.' desis Falisha.

Falisha mengalih pandangan ke tempat lain apabila perasan lelaki itu memandangnya. Malu sis kalau dia perasan aku tengok dia.

Tepat jam 6 petang, semua ahli terlibat dibenarkan untuk bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now