💌Bab 12💌

15 1 0
                                    

Kantin sekolah ditujunya bersama-sama Lashira yang sentiasa di sebelah. Ketika mereka sampai, kantin sudah ramai orang. Nasib baik ada tempat kosong. Tempat duduk yang menjadi tempat kebiasaan mereka diambil.

"Kau tunggu sini tau. Aku pergi beli makanan kejap." kata Lashira yang telah pergi ke tempat membeli makanan.

Sementara menunggu itu, Falisha mengeluarkan bekas makanan dari beg yang dibawanya. Baru sahaja mahu membuka bekas itu, tiba-tiba dia mendengar perbualan sekumpulan remaja yang duduk di bangku belakangnya.

"Korang nak tau tak. Semalam aku trylah confess crush aku tu." cerita seorang remaja. Falisha kenal suara itu. Dia tak lah rapat dengan budak tu, tetapi disebabkan budak ratu pidato sekolah jadi dia kenal lah. Kalau tidak silap budak tu baru Form 3.

"Pastu apa jadi?" tanya kawannya yang ingin tahu.

"Korang tahu tak apa reaction dia?" soalnya kembali.

"Entah lah mana kitaorang tahu." seloroh kawannya lagi satu.

"Dia terima weyh. Dia cakap dia sebenarnya dah lama nak cakap hal tu kat aku. Tapi tak menyempat" kata remeja itu dengan terujanya.

"Wooo...kawan kita dah ada boyfriend lah. Jealous kita." kata kawannya.

Falisha yang mendengarkannya itu hanya menggeleng kecil tanpa sesiapapun nampak. Serta merta otaknya teringat akan muka crush yang tidak diundangnya itu. Dia teringat akan senyuman yang pernah terbit dibibirnya sewaktu dia berbual dengan kawan-kawanya. Falisha pernah nampak. Itupun sekali je.Walaupun muka dia jenis yang macam beku, tapi Falisha okay je. Baginya itu tiada masalah. Tanpa dia sedar, dia tersenyum segaris.

Sedang ralit mengelamun, dia tidak sedar yang Lashira sudah berada di hadapannya.

Tok.Tok

Lashira mengetuk meja perlahan untuk menyedarkan Falisha.

"Amboi cik kak. Fikir apa tu? Jauh termenung." kata Lashira sambil meletakkan pinggan berisi mee goreng di atas meja.

"Mana ada aku fikir apa-apa." nafi Falisha lalu mengangkat kepala memandang Lashira.

"Eleh. Ya lah tu. Kalau tak de kenapa tersenyum sorang-sorang. Senyum tu dah macam orang tengah angau bercinta." tembak Lashira.

'Lah macam mana dia tahu ni. Tapi, aku bukan angau bercinta. Cuma, teringat dekat crush je.' kata Falisha dalam hati.

"Mana ada. Dah jomlah makan nanti waktu rehat habis pulak." kata Falisha lalu menyuapkan sandwich telur hancur ke dalam mulut. Menu sihat hari ini.

Lashira hanya menurut sahaja. Mee goreng dan air teh ais yang dibelinya dihabiskan sebelum bergerak masuk ke kelasnya.

••••••••••

Suasana agak bising dengan suara orang berborak. Falisha yang termenung itu sedikit tidak terganggu dengan kebingitan yang rakan-rakannya buat.

"Woi cik kak. Termenung lagi. Dari kat kantin lagi kau macam ini. Kau kenapa?" tegur Lashira.

Falisha yang baru tersedar dari lamunan selepas Lashira mengetuk mejanya. Hari ini, Puan Adura, guru kelasnya tidak datang kerana ada hal emergency. Falisha bosan. Jadi, tiada benda nak dibuat dia termenunglah.

"Tak de ape. Aku okay je." kata Falisha yang memandang wajah Lashira.

Lashira terus mengambil tempat di sebelah kanan Falisha yang kosong itu. Hari ini, Ayuni tidak datang. Bolehlah dia tumpang sekejap.

"Kau ada benda yang nak share dengan aku ke?" korek Lashira. Jarang-jarang Falisha macam ini. Kalau senyap ada benda lah tu.

'Nak bagitahu dia ke tak ni? Kalau bagitahu nanti jadi malu pula' Falisha berperang dengan kata hatinya.

Senyap.

"Hello sis. Are you there?" soal Lashira. Geram betul dibuatnya. Orang tanya ni. Tak berjawab pula.

"Yes, I am."

"Ada orang rupanya. Aku ingat aku cakap sorang-sorang tadi." perli Lashira.

"Hm..Ryn. Aku nak cerita something ni" kata Falisha. Kali ini dia nekad nak cerita dengan BFFnya. Selama ini dia sahaja yang tahu rahsianya. Alhamdulilah sampai sekarang rahsia itu masih tersimpan rapi lagi.

"Ceritalah. Aku tahu kau mesti ada benda yang kau nak share." kata Lashira yang sedia pasang telinga.

"Hhmm..Sebenarnyakan..aku..aku.." lambat-lambat Falisha nak luahkan.

"Aku apa?" potong Lashira dengan tidak sabarnya. Geram dengan Falisha ni. Cakap terus kan senang.

"Aku...dah 'ter'crush dekat someone ni." luah Falisha.

"Tercrush?" Dengan sape?" soal Lashira dengan pelik.

"Dengan anak jiran aku itu." kata Falisha

"Wow. That's amazing. Jarang-jarang kawan aku ini bole suka seseorang." kata Lashira dengan nada tidak percayanya.

"Tapikan. Why so sudden?" soalnya lagi.

"Entahlah weyh. Aku tiba-tiba tertarik dengan dia. Nak kata handsome sangat. Okaylah.Dia boleh tahan handsome jugak. Aku sendiri tak tau kenapa aku boleh on crush dengan dia" ragu Falisha.

"I see. Aku nak tau jugak siapa dia." kata Lashira ingin tahu.

"Ada hari itu. Kita pernah terserempak dengan dia. Tapi masa tu mungkin kau tak perasan." kata Falisha sambil menayangkan muka leganya. Lega bila segalanya dah terluah.

"Bila ni?" soal Falisha sambil mengetuk dagunya mengimbau memorinya yang ada.

"Masa hari sukan tu." kata Falisha yang memberikan 'hint' pertama.

"Ada ke kita terserempak dengan lelaki. Entahlah aku pun tak ingat." kata Lashira dengan putus asa. Malas nak ingat balik.

Tanpa sedar Falisha mengeluh seketika. Orang dah bagi 'hint'. Dia pulak yang tak nak ingat.

"Tak pelah kalau macam itu. One day, kau tahu jugak." kata Falisha.

Mereka berdua berborak sehinggalah waktu kelas Puan Adura tamat. Diaorang kalau jumpa memang tak sah kalau tak berborak.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now