💌Bab 26 💌

20 2 0
                                    

Dua remaja lelaki itu duduk pondok. Hari ini mereka berdua sahaja di situ, memandangkan yang lain busy. Fahryan dengan Khan tengah buat training bola sepak di padang sana. Rafael pula habis sahaja cuti semester terus balik kampus.

Sedang mereka berbual, pondok mereka dilalui oleh sepasang kekasih yang sedang berkejaran.

"You!!! Tunggulah I." Kata seorang lelaki yang berusaha mengejar kekasihnya.

"You please stop."kata lelaki itu lagi.

Perempuan itu serta merta berhenti.

"You marah kan I ke?" tanya lelaki itu sambil mencari anak mata gadis di hadapannya.

Gadis itu mendiamkan diri malah melarikan pandangannya ke tempat lain.

"You. Please tengoklah muka I. Please." Rayu lelaki itu. Gadis itu kemudiannya memandang lelaki itu dengan wajah berangnya.

Lelaki itu tersenyum. Dia tahu kekasihnya ini sangat lembut hati. Kalau dipujuk mesti terubat.

"Okay. I tahu you marahkan I. So, I nak minta maaf." Ujarnya.

"Minta maaf ? You ingat senang ke. Without any explanation. Macam tu je you nak suruh I maafkan." Akhirnya gadis itu bersuara dengan nada tegangnya.

"Okay. I tahu I salah. I boleh explain semuanya dekat you. Tapi bukan lah dekat sini sayang. Kita pergi sana ok?" Kata lelaki itu sambil menunjuk arah jambatan batu yang ada di taman permainan.

Gadis itu kemudian beralah dan mengikuti langkah kekasihnya.

Fadel dan Luthfi yang berada berdekatan dengannya sekadar menjadi saksi.

"Haih. Susah rupanya hidup bercouple ni kan. Banyak benda yang nak kena faham. Ingatkan kalau ada pasangan bolehlah orang faham kita. Tapi ini jadi lebih complicated." Kata Fadel.

"Betul tu. Sebab tu aku rasa hidup single ini lagi senang. Kita dengan life kita sahaja. Kita cuma fokuskan apa yang nak kita capai dulu dan tak perlulah nak fikir pasal orang lain. Macam aku. " kata Luthfi.

"Jangan kata kau je. Abang aku tu masih single lagi tau." Ujar Fadel.

"Serious lah. Muka handsome macam tu pun tak de orang nak ke." Pelik Luthfi. Tak mungkin abang Fadel tak de perempuan yang minat. Mustahil.

"Ada. Bukan tak de. Tapi tulah. Abang aku tu jenis malas nak melayan sangat. Lagi lagi perempuan." jelas Fadel.

Luthfi hanya menganggukkan kepalanya. Tengok dari segi gayanya pun dah tahu macam mana cara orang itu. Cakap pasal single ini Luthfi teringat akan seseorang.

"Cakap pasal single ni kan. Aku teringat kawan kakak aku itu." kata Luthfi tergantung.

"Kenapa dengan dia?" Soal Fadel ingin tahu.

"Kawan kakak aku itu sampai sekarang masih tak berpunya lagi. Boyfriend pun tak da. Sudah bertahun tahun. Disebabkan crush dia yang dulu tu, dia dah tak suka mana mana lelaki dah. Yelah, dah bermacam macam effort yang dia tunjuk. Siap tulis surat lagi tau. Bukan sekali dia buat. Banyak kali tau. Last last, macam tu je crush dia reject ." terang Luthfi.

"Kesiannya dia." Simpati Fadel. Kalau aku lah jadi crush dia aku akan appreciate semua effort dia. Jarang tau nak jumpa perempuan yang buat first move.

Tapikan siapa perempuan itu. Aku rasa nak bagi tabik sepuluh kali dekat dia. Yelah, ini satu tindakan yang bukan selalu orang perempuan sanggup buat. Walaupun cara perempuan itu agak old style sikit tapi at least dia berusaha. Banyak kali itu.

"Hhmm boleh aku tahu siapa kawan kakak kau tu?" Tanya Fadel.

"Boleh sekejap ya. Aku tunjukkan gambar dia." kata Luthfi sambil menyelok kocek seluarnya dan mencapai
handphone Opponya.

Gallery telefonnya ditekan dan mula membelek gambar satu persatu. Luthfi akhirnya berhenti membelek.

"Nah ini dia. Kawan aku kakak itu yang sebelah kanan." tunjuk Luthfi lalu menghulur telefonnya kepada Fadel.

Terkejut Fadel apabila melihat orang yang dalam gambar yang disebutkan oleh Luthfi.

'Kalau tak silap aku. Ini perempuan yang abang reject dulu itu. Haih. Kecil rupanya dunia ini.'

"Aku rasa aku boleh tolong."kata Fadel dengan selambanya.

"Tolong apa?"soal Luthfi kebingungan. Sekarang ini dia pula yang pening.

"Tolong kawan kakak kau ni lah dapatkan balik crush dia." lagak Fadel.

"Kau rasa crush dia nak dia lagi ke? Aku tak yakinlah." Kata Luthfi dengan ragu ragu.

"Crush dia takkan tolak punya. Percayalah." Ujar Fadel dengan yakinnya.

"Kau ada idea ke?" Tanya Luthfi kepada sahabatnya.

Luthfi memandang Fadel dengan seribu persoalan. Apalah yang dirancang dalam kepala otak si Fadel ini.

Fadel memberikan satu senyuman sinis. Ini Fadel lah. Cehh riaknya.

••••••••••

Selesai sahaja solat isyak di surau, Fahryan terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumahnya, kunci motor digantung dan masuk ke kamarnya.

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Seharian dia training. Sampai masa untuk dia berehat kian suntuk.

Seketika kemudian, pintu biliknya diketuk dari luar beberapa kali. Dia memberi keizinan orang itu masuk.

"Penat sangat ke bang" Tak tahulah ini soalan ke perli.

"Hm mestilah penat. Gila kalau aku kata tak penat." keluh Fahryan. Sekali sekala nak jugak mengadu dekat adik sendiri. Mana tahu dia faham.

"Ya aku faham. Kau training teruk macam mana sekali pun pasti ada hasilnya. Tengoklah pasukan kau. Berapa kali dah dapat piala yang besar alam tu." Kata Fadel sambil melihat gambar satu pasukan bola sepak yang memegang trophi yang sangat berharga.

"Tahu tak apa." kata Fahryan dengan nada berlagaknya.

"Hhmm aku nak bagitahu something ini. Aku rasa lepas aku bagitahu benda ini confirm penat kau tu hilang punya."

"Apa benda. Cepatlah bagitahu. Kau ini kacaulah aku rehat."geram Fahryan.

"Aku rasa kau dah salah reject orang lah bang" jeda Fadel.

"Reject? Aku tidak faham" kata Fahryan sambil memegang pelipisnya. Dah lah tengah penat. Adiknya pula merapu. Makin pusing kepala ini.

"Aku dah tahu dah siapa sebenarnya yang bagi semua envelope kat kau." kata Fadel dengan tenang.

"Ohh pasal tu. Huh? Siapa dia?" Toleh Fahryan dengan wajah bingungnya.

Fadel pula hanya memberikan reaksi senyuman yang terpalit seribu makna. Dia pasti abang mesti tidak sabar nak tahu. Dan selepas itu abangnya akan menjalankan misinya kembali.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now