💌Bab 28💌

34 3 0
                                    

[ Z's Cake Shop ]

Apron yang tertera logo Z's Cake itu disarungkan. Hari ini merupakan hari pertamanya dia bekerja di sini. Heh kerja apa kalau majikannya ibu kandungnya sendiri.

Setelah beberapa tahun berjinak jinak dalam bidang seni kulinari, akhirnya hasrat Puan Zulaikha tercapai. Mama akhirnya berjaya menubuhkan perniagaannya dalam mengusahakan pembuatan kek cawan pada skala yang kecil. Bila mahu berniaga ini, eloklah mula dari kecil dahulu . Nanti bolehlah beranak pinak.

Alhamdulillah berkat dari usaha mama dan sokongan papa sendiri, bussiness ini semakin dikenali ramai. Rata rata pelanggan di sini memberikan feedback yang terbaik. Malah ada yang mahu repeat order. Bussiness mama turut menerima tempahan untuk majlis keramaian. Itu juga merupakan salah satu strateginya.

"Sha!"panggil mama dari arah dapur kedai.

"Ya, mama."sahut Falisha lalu menghampiri mamanya. Kelihatan mamanya sedang sibuk mengadun semua bahan. Nampaknya ada lagilah resepi baharu nanti. Hampir setiap minggu mama akan mencuba resepi baharu. Jikalau resepi mama buat itu menjadi, mama akan masukkannya dalam senarai cupcake untuk jualan.

"Sha boleh tolong mama?"tanya mama.

"Boleh ma. Nak Sha tolong apa itu.?" Soal Falisha kembali.

"Sha tolong mama keluarkan cupcake dalam fridge tu dan letak dalam fridge kat counter depan." Arah mama.

Falisha menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh mama.

"Semua ke mama?"soalnya lagi.

"Ya, masukkan je semua. Letak dan susun elok elok ya."pesan mama.

"Baik mama."patuh Falisha.

Falisha mengeluarkan segala cupcake cupcake yang disebutkan oleh mama dan meletakkannya di atas dulang.

Falisha menyusun segala cupcake itu mengikut jenisnya. Tengok cupcake mama ini rasa macam suap terus ke dalam mulut. Yelah nampak sedap.

Ruang hadapan itu didatangi oleh bunyi sensor loceng. Tahulah Falisha bahawa ada pelanggan mama yang datang.

Sedang ralit menyusun cupcake, pandangan mata Falisha disapa oleh sepasang kaki di hadapannya.

'Kaki lurus macam tu mesti customer depan ini lelaki'

"Ya, Encik. Ada apa yang boleh saya bantu" tutur Falisha dengan ramahnya. Tangannya masih sibuk menyusun cupcake.

Fahryan yang berdiri di situ sudah tersenyum. Kenapa lah dengan perempuan ini selalu buat dia senyum seorang diri. Eleh kau Fahryan melebih je. Dulu tak pun.

"Boleh saya berjumpa dengan miss chocolate moist?" Soalnya dengan nada sopannya.

'Ha? Orang ini datang sini nak beli cupcake ke atau nak cari orang. Kat sini mana ada nama miss chocolate moist.'

Lantas Falisha bangun dari separa duduknya. Kepalanya tetap menunduk memandang cupcake. Dia sama sekali tidak perasan siapa pelanggan di hadapannya.

"Maaf Encik. Kedai ini tak de orang yang namanya miss choc..."balas Falisha tergantung lalu mendongakkan sedikit kepalanya.

Muka Falisha seolah terkaku memandang Fahryan. Macam mana dia boleh tak cam suara Fahryan tadi.

••••••••••

"Nak apa datang sini?" Soal Falisha on the spot tanpa berbasa basi.

Falisha dan Fahryan kini sedang berada di kafe berdekatan dengan kedai mama. Sebelum keluar kedai tadi, sempat dia meminta izin mama untuk keluar sebentar. Tak bagitahu nanti karang mama cari pulak.

Fahryan tersenyum lagi. Comel pula tengok muka serius dia ini.

"Nak kau. Boleh?" kata Fahryan tidak berlapik.

Falisha membalas kata Fahryan dengan senyuman sinis.

"Hahaha. Kelakarlah sangat."ejek Falisha.

"Memanglah tak kelakar. Aku ada buat lawak ke sampai kau tergelak?"sarkastik Fahryan.

Mencebik terus muka Falisha sambil memeluk tubuh. Matanya beralih memandang ke arah kereta yang lalu lalang.

"Cepatlah cakap. Datang sini nak apa." berang Falisha.

"Nothing. Saje je datang. Nak ajak kau borak." kata Fahryan sesudah mencicip secawan milo panas.

Falisha kembali memandang muka Fahryan. Falisha tidak order satu cawan air pun. Malah dia masih menunggu kata kata seterusnya lelaki itu.

"Itu je?"kata Falisha dengan tidak puas hati setelah lama menunggu. Ingatkan penting sangat tadi sampai ajak jumpa.

"Yeah. I guess." Balas Fahryan dengan nada tenangnya.

Falisha terus bangun dari tempat duduknya dan berdiri statik di situ. Fahryan yang melihatnya menjadi pelik.

"Maaf Encik. Kalau encik datang sini dengan niat nak ajak saya berborak kosong, saya rasa esok esok pun boleh kot. Sekarang ini masih lagi waktu saya bekerja. Kalau encik nak terus lepak di sini, encik teruskan. Saya pergi dulu ya." Pamit Falisha.

Terbutang mata Fahryan. Tidak disangkanya wanita yang dia kenal dulunya seorang yang sangat pemalu dengannya kini berubah menjadi seorang manusia yang tegas.

'Tulah kau Yan, dulu berlagak sangat. Sekarang dah dapat pun balasannya.'

Tak. Aku tak kan give up. Aku percaya kau mesti ada perasaan lagi dengan aku. Percayalah aku akan dapatkannya balik walau ianya secebis kertas sekalipun. Biarpun kau dah tak sama macam dulu. Masa untuk kita berdua disatukan akan tiba jua nanti. Tunggu ya Falisha sayang.

Jiranku Crushkuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن