💌Bab 21💌

17 2 0
                                    

Pen dipusingkan banyak kali. Lantai di hadapannya turut direnung sedalam dalamnya. Ucapan gurunya di hadapan dewan dihiraukan. Falisha kini seolah olah berada di dunia ciptaannya sendiri.

Masih segar lagi di ingatannya tentang kejadian seminggu yang lepas.

°Flashback°

Setelah selesai para tetamu menikmati hidangan, Falisha ditugaskan untuk mengemas bahagian khemah.

Pada mulanya, Falisha mengelat. Hari ini dia berhasrat untuk big boss sekejap. Yelah tak kan nak kemas sorang sorang. Lagipun ada tetamu yang belum balik. Namun, disebabkan ini adalah arahan daripada Puan Zulaikha, akhirnya Falisha menurutkan sahaja.

Falisha meneruskan kerjanya mengambil pinggan kotor dan membuangnya ke dalam plastik hitam. Dan ketika itu, Falisha terserempak dengan Fahryan yang baru selesai makan. Mata mereka berdua bertembung. Sempat Falisha membalas segaris senyuman sebelum meneruskan kerjanya.

"Kau ada masalah apa apa ke?"tegur seseorang dari belakang Falisha. Siapa lagi kalau bukan Fahryan.

Terhinjut sedikit bahu Falisha kerana terkejut. Yelah tiba tiba sahaja ada suara yang menyinggah di telinganya. Nasib baik dia ini bukan jenis yang senang melatah.

"Tak de" jawab Falisha ringkas sambil menggelengkan kepalanya.

"Betul ini, kau tak de masalah. Sebab aku rasa kau ada masalah." Duga Fahryan.

"Kenapa pulak?" Soal Falisha kebingungan. Plastik hitam yang baru diambil dan dibuka seluas luasnya.

"Yelah, mana tahu kan kau ini ada masalah mata ke masalah mental ke. Tak pun masalah hati." kata Fahryan dengan selambanya lalu membuang sisa makanannya ke dalam plastik yang Falisha mahu ikat.

Falisha yang sedang sibuk itu terus menoleh kepalanya memandang Fahryan. Otaknya cuba menangkap apa yang Fahryan hendak sampaikan.

"Apa maksud awak ini?" Soal Falisha yang inginkan kepastian.

"Kau faham maksud aku tu. Cuma kau buat buat tak faham."kata Fahryan dengan nada sarkastiknya. Fahryan segera ke paip untuk membasuh tangannya.

Falisha menjadi semakin bingung. Kerja membersihkan meja yang penuh dengan sisa makanan diteruskan sehinggalah bersih. Malas nak fikir sebenarnya.

Fahryan mengeluh kecil. Susahnya nak explain dekat perempuan ini kan. Nampaknya terpaksalah dia terus terang. Dia mendekati Falisha. Namun, jarak antara mereka berdua masih ada. Kini mereka berdua saling berhadapan.

"Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau asyik pandang aku senyap senyap. Betul tak?"

Falisha tersentak seketika. Kesemua plastik sampah yang penuh diikatnya dan diletakkan di tepi. Falisha menundukkan kepalanya memandang lantai jalan tar.

Ya, memang betul pun apa yang Fahryan cakap.

Melihat Falisha yang terdiam, Fahryan tersenyum sinis.

"Kau ada apa apa yang nak diluahkan ke?" tanya Fahryan sambil berpeluk tubuh.

Falisha masih lagi menguncikan mulutnya. Takut sebenarnya nak berterus terang. Gila ke. Takkan nak bagitahu sekarang. Tapikan Sha, sampai bila kau nak simpan perasaan itu?

"Betul ni kau tak nak cakap apa apa?"duga Fahryan lagi dengan nada paksaannya. Mata Fahryan memandang wajah Falisha.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Terbit satu keluhan di bibir Falisha. Nampaknya terpaksalah jujur.

"Saya....sebenarnya err....su...suka kan awak" Lambat lambat Falisha memberi response.

Kejujuran kata-kata Falisha itu serta merta meletuskan tawa Fahryan.

"Seriously?"sinis Fahryan.

Falisha mengangkat kepala dan mengangguk laju.

Sekali lagi Fahryan melepaskan tawanya. Apa yang lawaknya. Dia ada buat sitcom ke?

"Aku harap lepas ini kau bolehlah kuburkan perasaan suka kau itu" ujar Fahryan tergantung.

"Kenapa?" soal Falisha. Ada bau bau kena reject ini. Aduh, masaklah kau, Sha.

"Sebab...aku tidak pernah pun sukakan kau. Plus, aku ada orang lain. Siapa orang tu kau tak perlu tahu. And aku paling tak suka especially perempuan pandang aku serupa macam perempuan sundal. Macam tak benda lain yang kau boleh tengok. So, sampai sini aku rasa dah clearkan? Okay, aku chaw dulu" ujar Fahryan lalu beredar meninggalkan Falisha sendirian di khemah.

Fahryan pula pergi mendapatkan ibu ayahnya yang sedang rancak berbual dengan tuan rumah.

Falisha terasa mahu rebah tetapi masih dapat dikawal. Tiada air mata yang keluar. Cuma tinggal yang tinggal adalah kesan torehan di dalam hati masih berbekas.

°End Flashback°

"Hello..Cik Falisha Ufaira ku sayang." panggil Lashira sambil melambai lambaikan tangannya di hadapan Falisha. Dari tadi dia tengok Falisha asyik termenung. Kawan dia ini cakap dengan halimunan ke apa.

"Ha? Apa dia?"kata Falisha dengan blurnya.

"Kau okay ke tidak ini?" Tanya Lashira dengan prihatinnya

"Oh, aku okay."balas Falisha mendatar.

"Are you sure?"tanya Lashira lagi.

"Ya, betul. Aku okay. Kau jangan risau." kata Falisha untuk meyakinkan Lashira.

"Jom wehh bangun. Lepas ini kelas kita pulak."ajak Lashira lalu menghulur tangan untuk membantu Falisha bangun dari duduknya.

Falisha turut menyambut huluran itu dan bangun dari tempat duduknya.

Hari ini merupakan hari peperiksaan percubaan yang pertama. Semua murid diminta berkumpul di dewan terlebih dahulu sebelum bergerak ke bilik peperiksaan. Harap harap Falisha dapat jawab semua soalan dengan baik nanti.

••••••••••

Selipar jepun disarungkan pada kaki. Niatnya hendak mengetahui masih adakah envelope yang bakal diterimanya hari ini. Mana tidaknya sudah seminggu dia tidak menerima sebarang surat. Macam tidak lengkap hari minggunya kalau tak dapat envelope itu.

Setiap ruang peti surat itu diperhatikan. Kosong.

Terpalit hampa di muka Fahryan.

'Pelik. Selalu ada je envelope dalam ini.'

'Dia marah aku ke sebab tak balas surat dia.'

'Tulah kau, hari tu sombong sangat tak nak reply envelope tu. Sekarang envelope tak de, baru nak tercari cari.' kutuk Fahryan pada dirinya.

Fahryan kembali masuk ke rumahnya. Tombol pintu bilik tidurnya dipulas. Badan direbahkan di atas katil. Otaknya ligat memikir siapa sebenarnya si empunya envelope itu.































--- Sorry kalau part flashback tu panjang. Harap harap readers fahamlah ya ---

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now