💌Bab 7💌

31 1 0
                                    

~ Sebulan kemudian ~

Setelah meletakkan beg di kelas, kaki segera melangkah ke luar pergi ke dewan perhimpunan. Nasib baik kelasnya berada di bawah dan berdekatan dengan dewan. Tak lah makan masa. Hari ini hari Isnin, jadi dia berpakaian sukan. Mudah baginya untuk membesarkan langkahnya.

Falisha menempatkan diri bersebelahan dengan Lashira. Seperti biasa Lashira telah menempah tempat duduk untuk Falisha jika dia lambat ke sekolah. Bukanlah lambat sangat. Kira masih on time lagi sebelum pagar sekolah itu tertutup.

Ketika Falisha sampai, seorang guru telah pun berucap.

"Seperti yang semua yang tahu, hari sukan merupakan aktiviti tahunan di sekolah. Jadi, saya harap semua murid telah bersedia." kata Cikgu Mukhriz, selaku ketua penasihat unit sukan olahraga sekolah yang berucap menggunakan mikrofon.

"Bila hari sukan ni?" tanya Falisha kepada BFFnya dengan nada berbisik.

Lashira mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Tak pasti lagi. Dengar dengar dalam masa terdekat ini. Dalam tiga minggu lagi kot."

Falisha hanya meng'oh'kan sahaja

"Tahun ini, hari sukan sekolah adalah lain daripada yang lain" ucap Cikgu Mukkriz yang menggantungkan ayatnya.

Tika itu seisi dewan mula riuh dengan bisikan para pelajar menantikan butir bicara Cikgu Mukhriz seterusnya.

"Sekolah kita akan mengadakan hari sukan secara besar-besaran, memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir Puan Pengetua berkhidmat sebagai seorang warga pendidik di sini. Untuk makluman, sekolah kita akan menumpang padang JOSHS untuk hari sukan sekolah nanti." ujarnya lagi.

Tidak menjadi tanda tanya kepada seluruh pelajar di sekolah ini tentang hal itu. Ini kerana keluasan padang sekolahnya agak kecil berbanding sekolah tumpangan itu. Sudah sekian lamanya aduan tentang hal ini dibuat terutama untuk majlis tertentu. Namun, baru sekarang dilaksanakan. Lagipun hari sukan nak buat besar-besaran kan? Mestilah padang pun kena besar.

Ada murid yang sudah menunjukkan muka terujanya. Yelah, sekolah lelaki kot. Bolehlah usya-usya nanti. Eh tiber.

Namun, tidak bagi Falisha dan Lashira. Mereka berasa tiada apa yang mahu diterujakan sangat. Reaksi biasa sahaja ditunjukkan.

Selesai sahaja, murid-murid diminta bersurai.

••••••••••

[ Joseph Highschool, JOSHS ]

Botol air mineral 500ml diteguk dengan rakusnya. Dahaga yang amat.
Setelah sejam latihan sukan, baru sekarang dia dapat rasa nikmatnya air.

Hari Khamis nanti merupakan hari sukan di sekolahnya. Biasalah awal-awal tahun macam ini memang kebanyakan sekolah buat hari sukan. Nak bagi budak-budak enjoy dulu dengan suasana baru. Lagi-lagi murid Tingkatan 1.

Sepasang kasut dicampak tepat mengena di sebelah sisi kanannya. Fahryan yang kini sedang duduk tepi padang menoleh siapa si empunya kasut. Dah macam citer cinderella lah pulak.

Khan hanya menunjukkan muka kepenatannya.

"Kau ni tak boleh letak kasut elok-elok ke?" tanya Fahryan yang tak senang dengan tindakan Khan.

"Alah bro. Chill lah. Kasut je pun."

Yelah, hanya sepasang kasut sahaja yang dia buat begitu. Lainlah kalau kucing.

Fahryan hanya menggeleng kepala. Malas mahu berbalas. Sudahlah penat, panas pula tu. Matanya memandang murid lain yang sedang berlatih berlari di trek yang disediakan.

Khan melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Fahryan. Dia turut menoleh ke arah itu.

"Kau rasa rumah sukan kita boleh menang ke tahun ini?" tanya Khan setelah menyedari mereka lama berdiam diri.

"Mesti punya. Bendahara (Biru) mana pernah kalah. Tiap-tiap tahun kita dapat banyak pingat." kata Fahryan dengan berlagaknya.

"Cehh..pi lah. Kau punya confident tu tahap gaban. Jangan Yan. Nanti kau sendiri yang malu nanti. Silap-silap Laksamana (Kuning) yang rampas nanti. " kata Khan yang cuba mengingatkan kawannya itu.

"Aku yakin rumah sukan kita akan menang nanti." kata Fahryan yang tetap dengan keyakinan dirinya.

"Malaslah aku nak cakap dengan kau."

"Malas sudah." balasnya.

Eeee menyirap darah akulah bila cakap dengan kau ni. Nasib baiklah kawan. Kalau tak dah lama dah aku cekik kau. Sabar Khan. Sabar.

"Bro, kau tau tak BEGS jiran kita tu nak buat hari sukan kat sini nanti?"

Ya,BEGS merupakan antara sekolah menengah yang berdekatan dengan sekolah mereka. Jalan kaki pun boleh sampai.

"So? Apa kena mengena aku?" kata Fahryan sambil menjongketkan kening sebelah. Pelik dengan Khan ni sejak bila pula kisahkan pasal sekolah tu.

Khan mengeluh seketika." Tak delah. Mana tahu kau nak cuci-cuci mata dengan gadis-gadis cantik nanti ke, kan?" soal Khan yang cuba menarik minat Fahryan.

"Daripada aku cuci mata, baik aku cuci toilet tu lagi bagus dapat pahala." sedas balasan Fahryan sambil menunjukan tandas yang berdekatan.

"Haihh. Susahlah nak cakap dengan kau ini. Ada je jawapan. Aku caw dululah. Bye." kata Khan lalu mengambil kembali kasutnya dan beredar meninggalkan Fahryan.

Aik. Sentap ke mamat tu. Fahryan menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Kadang-kadang geli hati juga dengan kerenah kawan-kawannya. Sengaja dia buat begitu. Tak nak melayankan sangat.

Fahryan terus bangun dan kembali meneruskan latihan sukannya setelah lama berehat.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now