💌Bab 30💌

5 0 0
                                    

Ting.

Satu notifikasi whatsapp dari telefonnya berbunyi. Falisha yang sedang bersarapan pagi itu menjadi terganggu apabila satu persatu notifikasi whatsappnya berbunyi.

Lantas tangannya mencapai telefonnya. Jari diketik menekan satu pemilik whatsapp.

"Okay lah. Saya pun nak pergi sarapan ini. Kalau nak apa apa, message je. Okay? Bye"

Mr Khan

Selesai membaca, Falisha terus menutup telefonnya dan kembali menikmati hidangan sarapan yang mama sediakan.

Terfikir juga dia dari mana orang itu dapat nombornya. Sedangkan dia sendiri tidak pernah memberikan nombor telefonnya kepada sesiapa melainkan BFFnya.

Sedang ralit memikirkan punca itu tanpa dia sedari kedua orang tuanya sedang memerhatikannya.

"Sha okay tak ni?" tegur papa sekali gus mematikan khayalan Falisha.

"Okay" jawab Falisha sepatah sambil menganggukkan kepalanya.

"Betul ni ok? Tadi bukan main lagi khusyuk tengok phone itu. Sekarang ni termenung pula dia. Sha rindu boyfriend Sha ke?" Duga mama. Kali ini giliran mama pula yang mengorek apa yang berada dalam fikiran anaknya.

Persoalan mama itu membuatkan kening Falisha saling bertaut. Bila masa pula dia ini ada boyfriend. Setakat ini tiada lagi lelaki yang sudi nak jadi kawannya.

Eleh Sha. Ada je lelaki yang nak berkawan dengan kau. Tapi tulah kau je yang jual mahal. Cukuplah hanya satu bukti iaitu Khan.

Hampir setiap hari dia berwhatsapp dengan Khan. Dan setiap kali itulah dia hanya membalas sepatah dua kepada setiap persoalan lelaki itu. Kadang kala dia sengaja membuka whatsapp lelaki itu lambat. Dia ingat bila dia reply lambat lelaki itu akan berputus asa. Namun, tidak sama sekali.

Walaupun begitu, ada satu perkara yang Falisha suka tentang lelaki itu iaitu  sikap prihatinnya. Keprihatinan lelaki itu terhadapnya membuatkan Falisha yang melayannya acuh tak acuh,  menimbulkan rasa serba salah dalam dirinya. Dan disebabkan itulah Falisha memilih untuk berkawan dengannya bagi membalas kebaikan yang pernah dia tunjukkan.

"Sha mana ada boyfriend, mama. Tadi tu kawan Sha yang message."

"Kawan Sha itu...lelaki ke perempuan?" Korek mama lagi.

"Lelaki. Dia itu yang jadi customer last mama hari itu" terang ringkas Falisha.

"Oh. Baguslah kalau Sha dengan dia berkawan sahaja dengan dia.  Jangan nanti Sha jadi girlfriend dia sudahlah" kata mama yang mengandungi maksud tersirat.

"Kenapa? Apa yang jadi kalau Sha jadi girlfriend nanti?" Soal Falisha pelik. Kalau dia jadi girlfriend Khan ok jugak kan? Eleh Sha tadi kau yang beria sangat jual mahal.

Puan Zulaikha sudah menggelengkan kepalanya berulang kali.

Falisha tidak tahu sama ada gelengan mama itu bermaksud tidak setuju atau geli hati dengan kepolosan dirinya.

"Tak bolehlah macam itu. Nanti apa pula kata bakal mentua Sha nanti" ulas mama terus terang.

"Ha? Bakal mentua? Apa maksud mama?" Soal Falisha kebingungan.

Melihat respons anaknya itu, Puan Zulaikha tersenyum sambil menoleh ke arah suaminya. Seperti ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuan Falisha.

••••••••••

Sudah dua hari berlalu. Falisha masih menunggu jawapan daripada mama. Bila ditanya, mama akan menjawab itu rahsia. Sejak bila mama dah pandai berahsia ni. Geram pulak kita.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now