💌Bab 22💌

19 1 0
                                    

Mata merenung kertas soalan di atas mejanya. Hari ini sudah masuk hari yang terakhir peperiksaan. Namun, Falisha masih tidak dapat menumpukan perhatiannnya ketika menjawab. Sepatutnya time macam ini orang dah sibuk berperang dengan kalkulator jawab soalan account. Tetapi tidak bagi si gadis ini. Fikirannya masih melayang ke tempat lain.

"Masa menjawab berbaki sepuluh minit lagi. Kalau sudah siap, boleh semak semula jawapan." kata guru yang bertugas menjaga peperiksaan.

"Alamak. Aku tinggal dua soalan lagi ini. Panjang pulak tu jalan kerjanya. Macam mana ni? Arghh. Hentam jelah." Bisik Falisha perlahan.

"Baiklah. Masa menjawab telah pun tamat. Sila tutup kertas anda dan letak di sebelah kanan meja untuk dikutip." kata guru itu lagi.

"Fuhhh..Nasib baik sempat. Bolehlah ni. Asal ada jawapan sudahlah" omelnya sendirian sambil melihat hasilnya di kertas soalan.

Kertas itu kemudiannya dikutip. Falisha masih lagi duduk menunggu kertas rakannya yang lain dikutip.

"Okay. Itu sahaja, kamu semua boleh bangun dan keluar mengikut giliran masing-masing." arah guru itu.

Semua murid bangun dan keluar dari bilik peperiksaan. Ada yang keluar dengan muka gembira dan ada juga yang sedih semacam. Mungkin tak dapat jawab habis agaknya.

"Akhirnya...habis juga exam." kata Lashira dengan gembiranya sambil menjunjung tangannya ke langit.

"Kau jangan nak happy happy sangat. Ni baru trial. Belum SPM lagi." kata Falisha.

"Ya, aku tahu. Kau ni pun. Bagilah aku rasa happy sekejap. Penat tau otak ini memikir nak tulis jawapan apa. Soalan pun bukan kaleng-kaleng. Kau pulak macam tak nak bagi otak aku ni rehat." bebel Lashira.

"Yelah Ryn. Aku minta maaf ya. Dah lah stop membebel. Dah macam mak nenek." kata Falisha sambil tertawa kecil.

"Apa? Kau memang nak kena kan, Sha?" berang Lashira.

Sebelum kena luku dengan Lashira, baik aku cabut dulu. Mereka berkejaran sehinggalah sampai ke pintu pagar.

••••••••••


Suasana kelas mula bertukar menjadi senyap apabila kelibat seorang guru yang cantik molek mula menapak masuk ke dalam kelas. Bukan kerana takut dengan raut wajahnya. Akan tetapi takut dengan kertas kertas yang dibawanya.

Peperiksaan percubaan telah pun berakhir minggu lepas. Semangat mahu menanda kertas oleh warga pendidik telah berkobar kobar semata mata mahu melihat perkembangan anak didiknya.

"Semua dah bersedia ke?" tanya Puan Adura merangkap guru mata Prinsip Perakaunan dan juga ketua guru kelas ini.

Ada yang mengangguk kerana teruja untuk mendapatkan kertas yang bakal diterimanya. Ada juga yang menunduk memandang muka meja kerana kerisauan yang menyelubungi diri masing masing.

Puan Adura hanya mengukirkan senyuman. Kertas kertas yang diletakkan di meja guru dicapai. Satu persatu nama disebut.

Falisha yang menantikan namanya turut berasa berdebar.

"Falisha Ufaira Binti Zakwan."seru Puan Adura.

Falisha bangun daripada tempat duduknya dan pergi mendapatkan kertasnya. Wajah gurunya itu turut dilihat. Terpalit satu kekecewaan di sebalik wajah itu.

"Selepas ini jumpa saya."pesan Puan Adura sebelum memberikan kertas jawapan milik Falisha.

Falisha pula hanya menanggukkan kepalanya.

"Cikgu cakap apa tadi dengan kau?" tanya Lashira yang perasan Puan Adura seperti berbisik sesuatu dengan Falisha.

"Cikgu mintak aku jumpa dia lepas ini." kata Falisha dengan suara mendatar.

Lashira hanya menganggukkan kepalanya tanda dia faham.

Falisha seperti sudah menjangka sebab Puan Adura mahu berjumpa dengannya. Mestilah berkaitan dengan result trialnya.

Selesai sahaja rakan rakannya berbincang dengan guru kelasnya berkenaan dengan markah mereka, Falisha terus ke meja guru.

"Silakan duduk, Sha." pelawa Puan Adura setelah melihat Falisha di hadapannya.

Falisha pula hanya akur dengan arahan yang diberikan.

"Awak ada apa apa masalah ke?" soal gurunya itu.

"Tak de cikgu." balas Falisha sambil menggelengkan kepalanya.

"Kalau awak ada masalah, awak boleh ceritakan sahaja kepada saya. Saya ini ibu awak juga. Ibu di sekolah."

Falisha terdiam. Tak kan nak bagitahu cikgu yang dia ini tengah heartbroken sekarang ini. Tak logikkan? Confirm kena bebel nanti.

Melihat Falisha terdiam, Puan Adura terus membuka mulut.

"Saya ini bukan apa, Sha. Saya cuma tak nak masalah yang awak alami itu menyebabkan reputasi awak di sekolah menurun. Awak tahukan result trial awak ini semakin merosot?" soal Puan Adura.

"Ya, cikgu" jawab Falisha sambil menundukkan kepalanya. Sempat dia check result trialnya pagi tadi. Memang betul pun apa yang Puan Adura cakap.

"Saya nak mintak satu sahaja daripada awak. Boleh?"

"Boleh cikgu."

"Saya mintak sangat daripada awak, Sha supaya fokuslah ketika belajar. Tak kiralah subjek apa sekali pun,berikanlah perhatian sepenuhnya. Hal hal yang tidak penting itu tolak tepi dulu. Jikalau masih ada kesilapan, cepat cepatlah baikinya selagi ada masa ini. Berusahalah untuk capai yang terbaik untuk diri awak sendiri." Jeda Puan Adura.

"Kalau awak ada soalan yang hendak ditanya terus datang ke meja cikgu. Kalau awak malu, boleh je terus whatsapp cikgu. Insyaallah saya akan bantu. Boleh kan?"

"Insyaallah cikgu. Saya akan cuba usahakannya sehabis baik." Kata Falisha lalu moleretkan senyuman.

"Baiklah macam itu, awak boleh duduk di tempat asal awak. Ingat pesan saya jangan berhenti berusaha dan jangan pernah berputus asa. Okay, Sha?"

"Baik cikgu. Saya akan ingat pesanan cikgu itu. Saya pergi dulu ya." pamit Falisha.

Puan Adura hanya mengangguk dan menggariskan secebis senyuman.

Kata kata motivasi Puan Adura itu Falisha sematkan dalam sanubarinya. Mulai hari itu, dia berazam dan bertekad untuk tingkatkan lagi daya usahanya demi pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now