💌Bab 25💌

21 1 0
                                    

Baju blouse baby blue dan seluar jeans putih dipadankan pada tubuh. Tudung bawal yang sepadan dengan warna blousenya diambil dan dipinkan di bawah dagu. Tudung dililit mengikut style yang biasa dia gunakan.

Jam tangan hadiah pemberian mama turut dipakai pada sebelah kiri. Ada orang kata kalau kita memakai jam tangan seeblah kiri maknanya orang itu suka senyum walaupun dalam keadaan resah. Betullah tu. Falisha kan suka tersenyum.

Minyak wangi kegemarannya turut disembur beberapa kali. Tak banyak. Cuma dua kali disemburnya. Kalau pancit banyak kali mahunya sebalang minyak yang perlu dibeli. Dahlah mahal. Paling murah pun 10 ringgit.

Setelah puas berhias di hadapan cermin, beg tangan di atas katil dicapai lalu keluar dari bilik. Keluar sahaja kelihatan mama dengan papa sedang duduk berehat di ruang tamu.

Tersenyum mama melihat anak daranya. Papa pun sama. Sejak anaknya pulang ini, makin bergaya dia sekarang.

"Sha dah nak keluar ke?" Soal mama pabila lihat Falisha sudah bersiap.

"Aah mama. Kejap lagi Ryn dah nak sampai." Ujar Falisha sambil menutup pintu.

"Ha yelah. Baik baik pergi jalan itu. Kalau nak pergi mana mana kena berteman. Jangan balik lewat sangat." Pesan mama. Itulah tugas seorang ibu. Walaupun sebesar mana pun diri ini sebagai anak, pesanan itu sentiasa ada walaupun ianya pesanan ringkas.

"Baik mama. Sha pergi dulu ya." Pamit Falisha usai bersalaman dengan kedua dua orang tuanya.

Sesudah memakai sneakers, Falisha memanjangkan lehernya. Kot kotlah Lashira dah sampai. Malangnya tiada. Kejap lagilah kot sampai.

••••••••••

Motosikal diturunkan kepada stand satu menunggu satu figura keluar. Sambil sambil menunggu itu Instagram dibuka. Mana tahu ada gossip panas.

"Awal sampai Khan." Tegur seseorang. Kepala menoleh ke arah teguran itu.

"Hehehehe. Saja datang awal." Kata Khan sambil menggosok belakang lehernya. Jarang jaranglah dia datang awal. Selalunya lambat 10 minit macam itu. Entah angin apa hari ini tiba tiba dah terpacak awal pula.

"Kau tunggu situ sekejaplah. Aku nak tukar baju." Kata Fahryan lalu beredar dan masuk ke dalam rumah. Hari ini mereka bersepakat untuk berlatih bola sepak seperti selalu. Biar stamina badan itu semakin baik.

Telefon dimasukkan ke dalam kocek. Pokok pokok yang menghijau itu dipandang serta langit yang membiru. Sungguh indahnya ciptaan Tuhan. Benarlah firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud;

"Dan tetumbuhan dan pepohon, kedua tunduk kepadaNya. Dan langit ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan agar kamu manusia tidak merosakkan keseimbanganNya. Dan Allah SWT menciptakan bumi untuk makhlukNya yang dilengkapi dengan pepohon dan bunga yang harum."

Adakah patut kita sebagai hambaNya mendustakan segala nikmat kurniaanNya? Renungkanlah.

Puas mengamati permandangan, matanya beralih pula di tempat lain. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil bermain telefon. Lagak gayanya mungkin sedang menunggu seseorang. Nampak gayanya kita berdua samalah. Menunggu orang. Mata terus memandang untuk mengenal pasti siapa orangnya.

'Eh macam kenal' desisnya.

Fahryan datang menghampiri sahabatnya. Tengok apa agaknya. Khusyuk betul.

"Dah jom gerak." Ajak Fahryan yang tidak mempedulikan apa yang sahabatnya lihat.

"Sekejap. Tu bukan perempuan yang crush dengan kau dulu tu ke?" Soal Khan sambil jari telunjuk ditalakan ke arah Falisha.

"Hm" balas Fahryan dengan malas. Bola yang dibawanya dimasukkan ke dalam bakul motor.

Jiranku CrushkuKde žijí příběhy. Začni objevovat