WILDAN | 23

1.9K 150 20
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Hari kian gelap. Namun mereka belum menemukan apa-apa kawasan seperti petempatan atau orang-orang yang masuk ke hutan. Solat Zuhur dan Asar sudah ditunaikan secara jamak tadi.

   Alisa mula rasa penat. Kakinya juga sakit kerana memakai sandal dengan tapak setinggi seinci setengah. Memang tidak sesuai untuk dipakai semasa berjalan dalam masa yang lama.

   Dia berhenti melangkah sebelum melabuhkan duduk di atas sebuah batang kayu yang besar. Sandalnya dibuka sebelum kakinya yang berbalut stoking diurut. Belakang tumitnya turut rasa pedih.

   Lelaki bertopeng itu berhenti berjalan. Alisa yang sedang mengurut kakinya didekati. Dia kemudiannya duduk mencangkung di hadapan Alisa.

   "Sakit?" Tanyanya prihatin. Alisa mengangkat kepala memandang lelaki bertopeng itu sebelum mengangguk perlahan.

   "Sakit tapi kita berhenti kejap je. Lepas ni sambung balik," kata Alisa. Dia tidak mahu mereka lambat bergerak kerananya.

   "It's okay. Take your time," balas lelaki itu sebelum bangun. Beg galas hitamnya ditanggalkan dari tubuh sebelum dibuka. Sebotol minyak gamat dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Alisa.

   "Sapu dekat tempat melecet tu," jelasnya apabila Alisa menunjukkan riak terkejut.

   "Mana?" Tanya Alisa. Dia pakai stoking, macam mana lelaki itu boleh nampak pula.

   "Ni." Kaki Alisa dibeleknya sebelum menunjukkan kawasan stoking yang berwarna merah kerana dicemari darah.

   Alisa terkejut. Tangan lelaki itu memegang lembut kakinya walaupun kedua-dua bahagian yang bersentuh itu dilapisi kain.

   "Sapu. Jangan risau, aku tak tengok aurat kau," ujar lelaki bertopeng itu lagi. Botol minyak gamat itu diletakkan di sisi Alisa sebelum dia bangun dan berjalan-jalan di kawasan berdekatan.

   Alisa memerhatikan lelaki itu. Sangat lembut walaupun percakapannya kasar. Caring. Dan paling penting hormat akan statusnya sebagai ajnabi.

   Botol minyak gamat di tepinya diambil. Bibirnya diketap menahan diri daripada tersenyum lebar.

   Selepas lima minit, Alisa siap menyapu minyak gamat itu pada luka di bahagian belakang tumitnya. Patutlah rasa pedih. Lelaki bertopeng itu sedang memerhatikan pokok-pokok di kawasan berhampiran.

   "Awak!" Panggil Alisa.

   Lelaki itu menoleh.

   "Dah siap!" Kata Alisa.

   Lelaki itu kemudiannya berjalan menghampiri Alisa. Di tangannya ada satu plastik berisi cendawan. Alisa berkerut.

   "Buat apa dengan cendawan tu?" Tanya Alisa ingin tahu. Dahlah warna pudar, tak cantik langsung.

   "Makan," jawab lelaki itu sepatah. Plastik tadi dimasukkan ke dalam beg galasnya. Botol minyak di tangan Alisa juga sudah diambil. Tadi mereka sudah bertukar tugas membawa beg itu. Kasihan Alisa terpaksa membawa begnya yang berat itu, apatah lagi Alisa bukannya seorang lelaki.

   "Boleh makan ke?" Tanya Alisa lagi. Dia memang zero knowledge mengenai survival. Tak pernah ambil tahu sebab dia memang tak pernah terfikir yang dia akan masuk hutan suatu hari nanti.

   "Kalau tak boleh, aku tak akan kutip la," balas lelaki itu sarkastik.

   Alisa mencebik. Orang nak tahu je. Garang sangat nak pi marah sapa? Alisa budak baik.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now