WILDAN | 37

1.8K 163 4
                                    

   Selepas makan malam di rumah Aliff, Alisa terus pulang ke rumahnya. Solat Maghrib dan Isyak kedua-duanya sudah ditunaikan di rumah abangnya tadi.

   Kereta diparkir bersebelahan dengan kereta Sarah. Mereka hanya tinggal berdua di rumah teres dua tingkat ini.

   Rumah ini dibeli tahun lepas dengan tambahan wang daripada mama dan abahnya. Dia berjanji akan membayar balik hutang tersebut apabila mempunyai wang yang cukup suatu hari nanti.

   Sarah yang bekerja sebagai guru di sekolah menengah berdekatan dibawa tinggal bersama. Pada mulanya, Alisa enggan mengambil sebarang bayaran sewa. Namun setelah didesak oleh Sarah, mereka akhirnya bersetuju dengan bayaran sewa yang rendah.

   "Assalamualaikum."

   Salam diberi sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Beg kertas sederhana besar diletakkan di atas sofa.

   "Sarah?"

   Tiada jawapan.

   "Sarah!" Alisa menguatkan suaranya.

   "Ya, ya!" Kedengaran suara Sarah melaung dari tingkat atas.

   "Turun kejap. Aku nak bagi something ni," kata Alisa.

   "Sekejap!"

   Alisa duduk di atas sofa berangkai dua sebelum beg kertas tadi dibuka dan isinya dibelek.

   Selepas lima minit menunggu barulah kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga.

   Sarah tiba di tingkat bawah dengan memakai pijama.

   "Yup? Ada apa?"

   "Sini, sini," panggil Alisa lalu mengosongkan tempat di tepinya.

   Sarah mengambil tempat tersebut. Beg kertas di atas meja dipandangnya.

   "Apa tu?"

   "Ni, Aliff bagi. Dia dengan Kak Hanna kirim salam," kata Alisa.

   "Waalaikumussalam. Nana?"

   Alisa menjeling kawan baiknya itu.

   "Agak-agaklah. Budak baru dua tahun , kirim salam apanya?"

   Sarah tersengih.

   "Ada apa panggil aku?"

   Alisa tidak membalas. Beg kertas tadi dibuka lalu satu lagi beg kertas yang lebih kecil dikeluarkan. Objek itu diserahkan kepada Sarah.

   Sarah menunjuk kepada dirinya. Alisa mengangguk.

   "Betul ni untuk aku?"

   "Iya. Kak Hanna kirim," kata Alisa penat. Orang nak naik cepat-cepat mandi, dia melambatkan pula.

   Sarah tersenyum lebar. Beg kertas itu diambil.

   "Cakap dekat Kak Hanna, aku kata thanks," pesannya.

   "Noted."

   Alisa bangun dan begnya diambil.

   "Yang ni pula letak dalam fridge. Aku nak naik mandi. Kau dah makan belum?" Plastik jernih berisi kek lapis Sarawak dihulur.

   Sarah menyambut plastik tersebut.

   "Dah. Aku goreng telur saja tadi. Tak ada lauk. Kau nak makan ke?"

   Alisa menggeleng.

   "Naik dulu. Bye," katanya.

   Sarah mengangguk. Beg kertas dibuka dengan senyuman lebar. Yeay! Dapat oleh-oleh!


WILDAN ✓Where stories live. Discover now