WILDAN | 29

1.8K 135 12
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Ahmad mengeluh.

   "Abang tak percayakan Ahmad?"  Tanyanya kepada Fateh. Nada suaranya sedih.

   "Tak. Abang percaya," balas Fateh dengan yakin. Bahu remaja itu disentuh lembut.

   "Ceritalah. Abang dengar."

   Ahmad tersentuh. Akhirnya ada yang sudi mendengar kisahnya. Sudi memahaminya dan sudi mempercayainya.

   Nafas ditarik dalam sebelum kisah dua tahun lepas dibuka buat pertama kalinya.

   "Masa tu, Ahmad form one. Ayah ajak mak dengan Ahmad bercuti ke Bangkok untuk lawat kawan dia dekat sana. Kitorang happy sangat dapat pergi bercuti. Ayah kerja biasa je, jadi bila ada peluang bercuti ke luar negara, memang excited lah," cerita Ahmad. Matanya ditutup rapat. Membayangkan kegembiraan pada saat itu. Bahagia. Itu yang dirasa. Dan kebahagiaan itu direntap begitu saja oleh syaitan bertopengkan manusia itu.

   "Lepas tu, apa yang jadi?" Tanya Fateh dengan berhati-hati.

   "Masa tu, Ahmad ajak ayah dengan mak naik bot. Nak pergi jalan-jalan. Ayah cakap bajet tak cukup nak bayar tambang feri. Tapi Ahmad degil, nak juga! Jadi, ayah pilih naik bot murah. Semuanya mula dari situ," sambungnya. Fateh diam, memberikan Ahmad ruang untuk mencari ketenangan.

   "Masa naik bot, bot tu sepatutnya balik ke jeti tapi berlabuh ke tempat lain. Ayah tanya lelaki yang bawa bot tu, dia senyap. Tapi suruh kami turun. Kalau tak, dia ugut nak tinggalkan kami dekat situ. Kami turun. Dan kami dibawa ke..," Ahmad menarik nafas. Tangannya ditunjuk ke satu tempat. Fateh mengikut arah yang ditunjukkan. Matanya membesar. Rumah itu. Rumah yang ditumpangnya dengan Alisa sekarang.

   "Rumah Imam Malek," sambungnya. "Imam lah sangat," cemuhnya.

   "Imam Malek buat apa?"

   "Ahmad tak tahu susunan rumah tu sekarang tapi masa tu, ada satu bilik yang lain dari yang lain. Mak...dibawa ke situ," cerita Ahmad lagi. Matanya mula mengeluarkan air mata.

   Jantungnya terasa terhenti. Pasti bilik itu bilik yang sepatutnya menjadi bilik Alisa.

   "Apa yang mereka buat dengan mak Ahmad?"

   "Abang tahu," jawab Ahmad berselindung. Matanya yang berkaca menentang panahan mata Fateh. Dia tahu Fateh mengerti. Apa lagi seorang lelaki akan buat apabila bersama dengan perempuan di dalam sebuah bilik?

   "Ya Allah!" Jerit Fateh, terkejut. Ternyata kegusarannya berasas. Memang lelaki itu, bukan sebaik namanya. Karakter yang palsu semata-mata. Mujur Alisa disuruhnya tidur di biliknya. Tapi selamatkah?

   "Ayah dan Ahmad pula diletakkan di bilik lain. Kami tak tahu apa yang jadi pada mak. Bilik tu soundproof walaupun diperbuat dari kayu semata-mata. Kami hanya tahu bila esok, mayat emak dibawa ke bilik kami," sambung Ahmad. Tangannya dikepal. Saat ini, berkocak amarahnya. Rasa mahu dibunuh saja lelaki tua tak sedar diri itu.

   Pantas genggaman itu disentuh Fateh lembut. Memberikan kekuatan.

   Nafas ditarik sebelum menyambung ceritanya.

   "Mak dibunuh sebab melawan. Ahmad hilang mak dalam satu malam saja. Tapi Ahmad tak sangka, Ahmad hilang ayah pada hari esoknya."

   "Ayah mengamuk. Ahmad tak berani nak buat apa sebab masih kecil. Cuma menangis sambil peluk mayat mak. Ayah pula...cuba tumbuk Imam Malek. Tapi, ayah yang ditumbuk. Orang Imam Malek ramai. Di-diorang belasah ayah sampai nyawa-nyawa ikan. At last, ayah ditembak. Headshot," sambung Ahmad. Air mata yang sudah kering di pipi dikesat dengan tapak tangan. Dia sudah puas menangis selama dua tahun ini. Tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang simpati.

   "Macam mana Ahmad boleh terselamat?"

   "Terselamat? Ahmad lagi rela mati daripada duduk dekat tempat ni. Dia nak Ahmad hidup menderita dekat sini. Itu satu kepuasan bagi dia. Dan dia fikir, Ahmad tak akan pernah dapat keluar dari sini. Tiada siapa yang akan tolong Ahmad atau percaya apa-apa yang Ahmad cakap."

   "Orang dekat sini? Takkan lah senyapkan saja pasal benda ni?" soal Fateh tidak puas hati.

   "Diorang pandai, bang. Depan orang kampung, bercakap lembut, baik. Abang rasa diorang percaya apa yang Ahmad cakap? Tapi belakang, mengalahkan syaitan! Kalau diorang bercakap tentang kerja gelap diorang pula, diorang akan guna English. Orang sini tak pandai cakap English, mudahlah kerja. Kalau ada yang tahu diugut supaya tutup mulut," jawab Ahmad.

   "Kerja gelap?"

   "Ya, kerja gelap. Sediakan perempuan untuk pasaran gelap," jelas Ahmad.

   "Habis tu semua perempuan dekat kampung ni...?"

   "Dia tak sentuh perempuan dalam kampung ni. Nak jaga imej kononnya. Tapi semua perempuan yang jadi mangsa tu, mostly diperdaya dengan tawaran percutian mewah tapi murah," jelas Ahmad lagi.

   "Mostly? Yang selebihnya?" Fateh tidak sedap hati.

   "Diculik," jawab Ahmad. Fateh tergemap. Diculik? Alisa diculik, tetapi orang yang menculiknya bukan membawanya ke kampung ini. Sebaliknya, mereka sendiri yang membawa diri ke sini.

   "Apa lagi yang Ahmad tahu?"

   "Tak banyak. Tapi Ahmad tahu sikit-sikit sebab Ahmad faham bahasa Inggeris. Diorang tak tahu jadi diorang anggap Ahmad bukan ancaman untuk kerja kotor tu," kata Ahmad.

   "Everytime ada perempuan dibawa ke rumah tu, akan jadi milik Imam Malek dulu sebelum dijual ke pasaran gelap. Ada yang bawa dengan lelaki sekali. Yang diperdaya, dibawa bermalam di rumah tu. Rumah tu jauh, orang tak perasan kalau ada apa-apa. Kalau abang perasan, belakang rumah tu ada laluan untuk kereta. Laluan tu yang menghubungkan kampung ni dengan dunia luar. Tapi kawasan tu restricted area. Hanya orang Imam Malek yang boleh masuk dan keluar. Mereka tak nak orang kampung ni terdedah dengan dunia luar sangat. Biar jadi bodoh asalkan tak mengganggu kerja diorang," cerita Ahmad panjang lebar.

   Fateh mengepal tangannya. Dia dan Alisa diperdaya. Kata Akbar, jalan keluar dari sini hanyalah jeti itu. Rupanya mereka diperangkap supaya berada di sini.

   Seketika kemudian Fateh teringat sesuatu. Akbar!

   "Ahmad kenal Akbar?" Tanyanya.

   Ahmad terkejut. Akbar?! Manakan mungkin dia tidak kenal! Lelaki itu yang membawa mereka ke mari.

   "Macam mana abang kenal dia?"

   "Dia jadi translator masa abang ke rumah Imam Malek tadi," jawab Fateh.

   "Be careful with him. Dia tu, orang kanan Imam Malek. Kepala ular. Lidah bercabang. Ramai yang tertipu dengan dia," pesan Ahmad.

   Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Fateh resah. Patutlah lelaki itu nampak licik di matanya.

   "Perempuan-perempuan tu dijual di pasaran gelap, kan? Yang lelaki pula?" Tanya Fateh lagi.

   "Bergantung kepada lelaki yang diculik itu. Kalau mereka rasa lelaki itu tak mendatangkan apa-apa bahaya pada mereka, akan jadi hamba di sini. Tapi, kalau yang bijak atau nampak berbahaya untuk mereka, akan dibunuh," jawab Ahmad.

   Dibunuh? Bagaimana dengan dia? Fateh mula risau akan keselamatan Alisa. Dia ada berbahas kata dengan Akbar tadi, mungkin dia dianggap sebagai ancaman buat organisasi gelap itu.

   "Dibunuh? Macam mana?"

   "Atas rumah tu, ada beberapa bilik selain daripada bilik istimewa tu. Lelaki itu akan dibenarkan untuk bermalam di situ sebelum..," Ahmad berhenti. Wajah lelaki di hadapannya itu dilihat. Cemas.

   "Sebelum?" Desak Fateh.

   "Sebelum dibunuh pada malam itu. In that room."

WILDAN ✓Where stories live. Discover now