WILDAN | 10

2.6K 164 0
                                    

Petang itu, selepas solat Asar, Alisa membantu kakak dan mamanya menyiapkan juadah untuk minum petang. Menu pada petang itu ialah karipap sardin, puding karamel dan air teh panas.

"Emm, sedapnya! Lama tak rasa puding karamel mama," puji Alisa selepas merasa sedikit puding karamel buatan mamanya.

"Itulah. Lain kali balik kerap sikit, barulah boleh selalu makan," balas Puan Faridah. Tangannya ligat menggoreng karipap sardin frozen yang dibeli daripada jirannya.

Alisa cuma menayang sengih bersalah kepada mamanya.

"Adik bukan saja-saja lama tak balik rumah. Sem ni memang busy sikit," jelasnya. Memang bukan niatnya untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai anak, tetapi tanggungjawab sebagai seorang pelajar mengehadkan aktivitinya. Dengan jadual kelas yang lebih padat daripada semester-semester lepas dan assignments lagi.

"Mama tahu. Belajar-belajar juga. Kesihatan tetap kena jaga. Jangan skip makan. Awak tu ada gastrik," bebel Puan Faridah. Dah tahu perangai anaknya itu. Bila saja masuk mode belajar, apa-apa pun sudah tidak dihiraukan.

Alisa cuma menadah telinganya. Bebelan yang acap kali didengarinya. Nak buat macam mana kalau memang style dia bila buat kerja tak akan ambil kisah tentang hal lain. Selagi kerjanya belum siap, selagi itulah hal lain seperti makan tidak berapa dititikberatkan.

Aqila yang sedang membancuh air pula hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Kalau dia masuk campur nanti tak fasal-fasal berkait habis semua benda.

"Dengar tak?" soal Puan Faridah apabila tidak menerima sebarang balasan daripada anak bongsunya itu.

"Ya, dengar. Mama jangan risaulah. Adik tak skip pun makan. Makin banyak makan adalah," jawab Alisa mudah.

Dia sedar yang selera makannya kini bertambah. Semasa menimbang berat di rumah sewanya tempoh hari, terkejut dia apabila mendapati beratnya naik dua kilogram. Ingatkan penimbang elektronik itu yang rosak, tetapi rupanya memang dia makin berisi sekarang.

"Patutlah nampak makin berisi pipi tu. Bambam," sampuk Aliff yang baru sahaja memasuki ruang dapur. Peti sejuk dibuka lalu air kosong sejuk dikeluarkan.

"Mana ada!" Nafi Alisa. Janganlah cakap dia dah gemuk, dia malas nak diet. Makan memang satu kenikmatan tapi nak kurus balik tu memang susah dan mengambil masa yang lama.

"Haah. Qila pun perasan. Dah jadi macam pipi Dayyan," usik Aqila pula. Dia kemudian ber high-five dengan Aliff.

Sebenarnya tak adalah sampai jadi macam pipi Dayyan, anak buahnya itu, cuma pipi Alisa memang nampak lebih berisi daripada kali terakhir mereka berjumpa.

"Mama! Tengok Qila dengan Aliff ni!" Adu Alisa. Tadi bukan main gaduh, sekarang dah berkomplot nak kenakan kita pulak. Ada split personality ke apa?

"Biarlah. Baguslah adik dah makin berisi. Daripada dulu keding macam tak cukup makan pula," komen Puan Faridah. Baginya isu berat badan bertambah itu bukan satu masalah selagi tidak naik dengan berlebihan. Lagi-lagi anak bongsunya itu. Terlalu kurus baginya walaupun selalu anaknya itu mengadu gemuk kepadanya. Biasalah, perempuan.

Golongan muda zaman sekarang terlalu obses untuk kelihatan kurus sehingga sanggup membahayakan kesihatan. Mereka juga rela menghabiskan wang demi mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal melalui pembedahan, pemakanan suplemen dan proses penyedutan lemak. Paling biasa didengari ialah diet yang berlebihan sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi.

Bukan sekadar dari segi fizikal sahaja, mental mereka juga boleh terjejas kesan daripada ketaksuban mereka untuk kurus. Penyakit seperti anoreksia dan bulimia nervosa merupakan antara penyakit yang disebabkan oleh pemikiran tidak sihat mereka itu.

"Mama!" marah Alisa. Apa ke patut cakap dia keding? Dia tak rasa pun dia keding. Keding itu baginya orang yang terlalu kurus sampai nampak satu persatu tulang rusuk tu. Yang kena tiup angin sikit pun boleh melayang.

"Alah girl, cantik apa bila pipi tu naik. Kan Qila kan?" puji Aliff. Tak naklah adiknya itu merajuk. Lagipun memang adiknya kelihatan lebih cantik dengan pipi yang berisi daripada pipi yang agak cengkung dahulu.

Aqila hanya menganggukkan kepalanya. Air teh yang sudah siap dibancuh diangkat lalu dibawa ke ruang tamu. Mahu menghidangkannya di sana. Langkahnya pula diikuti oleh Aliff.

Puan Faridah tersenyum melihat Alisa yang memandangnya tidak lepas. Tak puas hatilah tu. Selagi kita tak setuju dengan dia, sampai bila-bila dia akan paksa.

"Em, yalah. Adik tak keding," kata Puan Faridah akhirnya. Nampak dah aura nak merajuk tu. Hal kecil pun nak merajuk. Adoii.

Alisa tersengih. Saja. Dah tahu dah mama akan kalah dengan dia. Diakan anak bongsu. Mestilah kena ikut katanya. Hehe.

"Dah, ni adik angkat pergi depan," arah Puan Faridah sambil menunjukkan mangkuk berisi karipap dan pinggan berisi puding karamel yang disusun di atas dulang. Piring kosong dan sudu pula dibawanya sebelum melangkah keluar dari dapur.

"Okey," jawab Alisa sepatah. Dulang tersebut diangkat sebelum mengikut langkah mamanya ke ruang tamu.



≿━━━━༺❀༻━━━━≾



Ketika sedang menikmati hidangan minum petang, kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

Aliff menjengukkan kepalanya dari tingkap untuk melihat siapa yang datang.

"Amzar dengan Kak Iqah," katanya selepas dapat mengenal pasti pemilik Honda HR-V hitam itu.

"Abang Am?! Wah, nak tengok baby Dayyan!" kata Alisa, teruja. Tangan yang berminyak dilap dengan tisu sebelum segera keluar dari rumah. Puan Faridah, Aliff dan Aqila pula menyusul dari belakang.

"Assalamualaikum," ucap Amzar sebaik ternampak adik-adik dan mamanya keluar dari rumah.

Salam itu dijawab mereka sebelum seorang demi seorang disalami. Sempat kepala Aliff diketuk semasa adiknya itu bersalam dengannya.

"Aduh! Sakitlah Am! Kau ni balik-balik dah cari pasal," marah Aliff. Kepalanya yang sedikit sengal itu digosok-gosok.

"Hadiah," balas Amzar selamba. Dia cuma rasa nak ketuk kepala Aliff, jadi dia buat sajalah. Tak ada sebab pun sebenarnya. Macamlah tak biasa.

"Ni kau hadiah!" Marah Aliff sambil menunjukkan buku limanya. Amzar dijelingnya. Amzar pula cuma tersengih jahat. Padan muka.

Alisa tidak menghiraukan abang-abangnya itu, sebaliknya mendekati kakak iparnya yang sedang mendukung seorang bayi lelaki yang berusia lapan bulan. Baby boy dia dah mai dah!

Tangan Afiqah disalam sebelum Dayyan diambil dari dukungan kakak iparnya itu. Dayyan pun tidak meragam, siap menghulurkan tangannya. Dia kenal Ciksunya!

"Dayyan! Bambamnya sekarang!" pipi Dayyan diciumnya berkali-kali. Comel sangat, geram nak gigit! Dengan pipinya yang semakin tembam itu lagilah Alisa rasa nak lenyek-lenyek.

Afiqah pula cuma membiarkan Alisa bermain dengan anaknya sebelum mendekati mertuanya. Tangan Puan Faridah dicium sebelum mereka berlaga pipi.

"Abah mana, ma?" Tanya Afiqah. Dari tadi tidak nampak kelibat ayah mertuanya itu.

"Abah ada kursus dekat Penang. Esok baru balik," jawab Puan Faridah. Suaminya menghadiri kursus selama tiga hari di Penang dan akan pulang tengah hari esok.

"Oh..," balas Afiqah. Patut pun.

"Jom masuk. Dah lewat dah ni. Adik, bawa masuk Dayyan tu. Tak elok duduk luar senja-senja ni," panggil Puan Faridah sebelum masuk ke dalam rumah.

"Okey, ma!" Laung Alisa dari jauh. Dia segera bergerak ke pintu rumah sambil mendukung Dayyan. Ey, geram!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now