WILDAN | 25

2K 153 14
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Pagi itu, selepas makan, Alisa dan lelaki bertopeng yang masih belum diketahui namanya itu menyambung balik perjalanan mereka. Sarapan mereka pagi itu hanyalah biskut dan roti. Air pula mereka hanya minum air kosong.

   Masih di tempat sama. Mereka berhenti di persimpangan yang ditemui semalam. Kali ini, lelaki bertopeng itu lebih yakin untuk memilih jalan mana yang akan mereka lalui.

   "Kita go straight. Kiri nampak macam dah lama tak digunakan," putusnya. Laluan kiri itu walaupun masih boleh dilalui, namun ada ranting-ranting kayu yang merentasi kawasan itu. Firasatnya juga mengatakan mereka perlu mengambil jalan yang lurus di hadapan mereka.

   Alisa mengangguk tanpa membalas apa-apa. Dia masih malu selepas peristiwa semalam.


   Mereka bersiap untuk tidur selepas makan malam. Menu makan malam mereka hanyalah roti kosong dan air mineral. Tapi itu sudah cukup bagi Alisa. Dapat makan pun dia dah bersyukur sangat. Bukan senang nak dapat makanan di tengah hutan macam ni.

   Alisa sedang bersiap-siap untuk tidur semasa dia ternampak lelaki bertopeng itu tidur dengan beralaskan lengan. Baru dia perasan lelaki itu tidak mempunyai alas kepala. Rasa bersalah kerana sepatutnya tempat tidurnya yang selesa ini jadi tempat tidur lelaki itu.

   "Tak sakit tengkuk ke tidur macam tu?" Tanyanya.

   Lelaki itu berpaling. "It's okay. I'm used to it. Dah biasa tidur macam ni kalau pergi camping," jawabnya.

   Alisa hanya diam. Seketika kemudian dia bangun dan mengambil sejadah yang disangkut pada batang buluh. Batang buluh itu dijadikan ampaian sementara. Sejadah itu dilipat tebal-tebal sebelum dia duduk di tepi tempat tidur lelaki itu.

   "Kau buat apa ni?" Tanya lelaki itu, aneh. Dari tadi matanya mengikut saja ke mana Alisa pergi sehinggalah tiba-tiba bertinggung di sebelahnya.

   Alisa hanya tersenyum sebelum membalas. "Angkat kepala awak," katanya.

   "Hah?" Dia tak faham.

   "Angkat kepala awak kejap," ulang Alisa tetapi lebih kuat.

   Lelaki itu pun mengangkat kepalanya. Alisa segera meletakkan lipatan sejadah tadi di tempat kepalanya. Sejadah itu ditepuk-tepuk untuk menghilangkan debu.

   Lelaki itu tak terus baring sebaliknya bangun dan duduk bersila. Alisa pula terundur ke belakang kerana jarak mereka yang terlalu rapat. Hampir saja dia terbalik ke belakang kalau bukan lelaki itu yang menarik lengannya.

   Alisa membetulkan bajunya sebelum bangun dan kembali ke tempat tidurnya. Kaki dilipat untuk membentuk sila. Dia masih belum mengantuk.

   "Tidurlah," kata lelaki itu bila melihat Alisa bersila di atas tempat tidur itu.

   "Tak boleh tidur," jawab Alisa jujur. Dia belum mengantuk walaupun badannya rasa sangat penat.

   "Mind to tell me why?"

   Nafas dihelanya kasar sebelum menjawab.

   "Thinking about my family. Risau ke? Takut ke? And paling penting, apa nasib kita? Will both of us be safe?" Luah Alisa. Matanya merenung langit yang kosong tanpa bintang. Tiada pokok di kawasan itu, jadi mereka boleh melihat langit malam dengan jelas.

   Lelaki itu turut mengangkat pandangan ke langit. Gelap tapi memenangkan. Dark yet calming. Itu apa yang dia nampak, dan dia rasa.

   "I don't know. Tapi aku janji aku akan usaha cari jalan keluar untuk kita. Kalau bukan untuk kita pun, at least..," Alisa di sebelahnya dikerling sejenak. "...untuk kau. Itu pun dah cukup," sambungnya.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now