WILDAN | 59

1.9K 143 1
                                    

Imbas kembali (throwback)



   Kepala yang terasa berdenyut diurut perlahan. Sakit kepala dengan berita yang baru diterimanya tadi. Percutian yang sepatutnya menjadi sesi menenangkan minda tiba-tiba sahaja menjadi satu tugas baharu.

   "We received new mission. To arrest a human trafficking and prostitution organisation."

   Makluman daripada Daniel tadi membuatkan mood Adam untuk bersuka ria merudum. Siapa saja yang akan ada mood untuk bercuti apabila terpaksa bekerja pada masa yang sama.

   Nafas dihela kasar.

   Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

   "Get A1 group ready. Suruh mereka fly ke sini. Malam ni aku nak buat private meeting," pesannya sebelum meninggalkan bilik hotel. Dia perlu ke cawangan SAB yang tidak jauh dari Hawrts Hotel yang didudukinya sepanjang di Phuket.

   "Aight, sir," sahut Daniel yang mengikutinya dari belakang. Mode bekerja sudah diaktifkan. Tiada lagi panggilan biasa. Beg yang dipenuhi perkakasan dan senjata api disandang ke bahu kiri.

   Ting!

   Kaki melangkah masuk ke pintu lif yang terbuka luas sebelum punat G di tepi pintu ditekan.

   "Jam?"

   "1523, sir," jawab Daniel pantas selepas melihat jam tangannya sekilas.

   "Any side information?" Tanya Adam serius.

   "This organisation might be the one we have searched for for years, sir," jelas Daniel sambil membelek-belek tablet di tangan.

   Kening Adam kerutkan.

   "Which one?" Setahunya banyak organisasi pemerdagangan manusia dan pelacuran yang cuba mereka jejaki selama beberapa tahun ini. Kebanyakannya berjaya ditumpaskan dengan bantuan ejen-ejen dari SAB Association.

   "King," jawab Daniel yakin.

   Adam menolak-nolak pipinya dengan lidah.

   "Why? Any strong proof?"

   "Sebab daripada Centre Control, most of the organisations berpusat di Europe. Only a few yang berada di Southeast Asia. So, it might be either King or Jemicho. Tapi Jemicho dah ditangkap pihak berkuasa a few months ago, jadi berkemungkinan besar yang kita sedang jejaki sekarang ialah..." Daniel sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

   "King," sambung Adam dingin.

   Senyap.

   Ting!

   Segera mereka keluar dari lif sebaik sahaja pintu terbuka. Lobi hotel yang dipenuhi orang dilalui pantas. Tiada masa untuk berlengah-lengah.

   King sudah lama bermaharajalela. Sudah tiba masanya mereka menerima pembalasan yang setimpal.

   Apatah lagi bukan senang untuk mengetahui koordinat kegiatan organisasi gelap tersebut.

   Sekali terlepas memang susah mahu dijejaki semula.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾



   Bilik kedap suara itu dipenuhi dengan pasukan A1 iaitu pasukan perisik khas dari SAB Association. Pasukan yang ditugaskan khas untuk misi undercover. Malahan, pasukan ini dipilih dan dibentuk oleh Adam sendiri selepas melalui pelbagai fasa cabaran dan ujian.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now