WILDAN | 47

1.8K 149 1
                                    

   "Waalaikumussalam, ya aunty? Baju tu?.... Okeylah kalau macam tu. Nanti saya ajak Sarah sekali." Selepas bercakap untuk beberapa ketika, Alisa memutuskan panggilan daripada Puan Mardhiah.

   "Aunty cakap apa?" Tanya Sarah tidak sabar-sabar.

   Alisa mengeluh sebelum mengambil tempat di tepi Sarah. Kusyen sofa diambil lalu dipeluk kemas. Kepalanya disengetkan ke kanan untuk memandang muka kawan baiknya itu.

   "Aunty Mardhiah ajak attend majlis makan-makan dekat rumah dia. Katanya saja-saja buat untuk ajak kawan-kawan dengan family," jawab Alisa. Kepalanya disandarkan ke tempat penyandar sofa. Siling putih di atas ditenungnya tak berkelip.

   "Oh, ingatkan apalah. Lepastu, aunty ajak kaulah ni?"

   "Hmm," balas Alisa pendek. Sekali lagi kawan baiknya dipandang.

    "Kau kena ikut aku," arahnya.

    Sarah mengerutkan kening. Dia pula?

   "Ehh, kenapa aku? Aunty ajak kau, bukan aku. Lagipun mesti yang dia ajak tu orang kaya-kaya. Seganlah aku," tolak Sarah.

   "Habistu? Kau ingat aku tak segan? Sebab tulah kau kena ikut sekali. Lagipun aunty sendiri yang minta aku bawa kau sekali," terang Alisa panjang lebar. Kalau Sarah yang boleh dikira extrovert itu pun sudah segan, apatah lagi dia yang terang-terangan introvert ini.

    "Emm, kalau macam tu. Okaylah. Pukul berapa kita nak gerak ni? Nak kena iron tudung lagi, mandi lagi ni," tanya Sarah. Dia sudah bangun dari sofa, bersiap sedia untuk bersiap-siap.

    Alisa memandang Sarah atas bawah. Eksaitednya dia...

    "Tadi cakap seganlah apalah. Ni, kau pula overexcited ni?"

    "Hehe, biasalah manusia. Bahkan hati pun boleh berubah-ubah, apatah lagi fikiran. Kan?" Sarah menjongketkan keningnya berkali-kali.

   Alisa membuat muka. Nak bersastera bukan di sini, ya? Saya budak sains bukan sastera, tak reti nak bermadah pujangga ni.

   "Malaslah layan kau. Baik aku pergi siap-siap," ujar Alisa sebelum berlalu naik ke tangga.

   Sarah yang ditinggalkan di ruang tamu terkebil-kebil. Adakah... dia baru saja dipalau?

   "Alisa! Tak baik tau palau aku! Dasar kawan durhaka!" Jeritnya dari ruang tamu.

   "Wekk!" Balas Alisa dari tangga.

   "Siap kau Sa! Nanti aku dapat kau, aku cincang-cincang lumat, baru tahu!"

   "Harap maaf, ugutan kau tu tak menakutkan langsung. Try harder next time, Ms. Shortie!" Ejek Alisa pula.

   Sarah di ruang tamu sudah terlopong. Shortie dia panggil aku?!!!

   "Alisa Zahrah!!!" Amuknya.

   Manakala Alisa di tingkat atas ketawa berdekah-dekah. Sensitif betul kalau orang panggil dia pendek. Padahal Sarah bukannya rendah sangat, masih di kalangan average, cuma Alisa saja yang sengaja mengusik.

   "Alisa! Siap kau!" Sarah sudah mula mendaki tangga.

   Alamak! Mak singa dah mengamuk! Rawrrr!

   "Babai, Ms. Shortie. Aku masuk bilik dulu. Malam ni, pukul 8 kita gerak eh! Babai!" Laung Alisa sebelum berlari ke biliknya.

   Dumm!

   Pintu biliknya ditutup rapat sebelum dikunci. Fuh, selamat!

   Dia tergelak sendiri. Padan muka, kihkihkih!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now