WILDAN | 27

1.8K 144 12
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Imam Malek?

   Serta-merta Alisa teringatkan Imam Maliki iaitu salah seorang tokoh mazhab yang terkenal di seantero dunia. Imam Maliki merupakan pengasas Mazhab Maliki yang merupakan antara empat mazhab terbesar dalam sejarah Islam. Bukan itu sahaja, Imam Maliki juga merupakan guru kepada Imam Shafie, iaitu pengasas Mazhab Shafie yang digunakan di Malaysia.

   Berbaloi dia menghafal tajuk tokoh mazhab semasa di sekolah menengah dulu. Kesannya, ilmu itu masih diingati sehingga kini.

   Tapi persoalannya sekarang, apa kaitan dengan situasi mereka kini?

   Back to the topic!

   "May I know the name of this place?" Tanya Fateh. Dia tidak berminat dengan orang yang tidak dikenali, dia hanya mahu keluar dari sini dengan segera. Apatah lagi melihat mata Akbar dan Imam Malek yang tidak habis-habis memanah ke arah Alisa.

   "หมู่บ้านริมป่า. Or in English, The Village Next to Forest. It may sounds weird, but it is the way it is," jawab Akbar sambil tersenyum. Mungkin rasa kelakar dengan nama kampung sendiri.

   "You sound like an expert in English. Is there anyone else who understands English here?" Tanya Alisa pula. Kemahiran berbahasa Inggeris Akbar bukan setakat boleh berbasa-basi sahaja, namun lebih dari itu. Kebanyakan orang tempatan yang ditemui di Phuket sebelum ini hanya boleh menutur perkataan bahasa Inggeris yang asas sahaja. Seperti thank you, you're welcome dan please come again.

   Tapi Akbar, caranya seperti mendapat pendidikan bahasa Inggeris yang tinggi.

   Aneh, kampung ini terletak di sebelah hutan dan di pulau yang berada jauh dari daratan. Jadi berkemungkinan besar kampung ini sangat terasing dari dunia luar. Atau mungkin mereka sentiasa ke tanah besar?

   Akbar menggeleng. "Sadly, it's only me. I went to study in Bangkok when I was 18," jawabnya.

   "And I returned to this village after I finished my study," sambungnya lagi.

   "Or you're not originated from here?" Tebak Fateh. Alisa terkedu. Apa maksud Fateh?

   Riak muka Akbar berubah sebelum segera ditutup dengan ketawa besar.

   "You, young man. Really knows how to joke. Of course I'm from here. Or else, why should I be here?" Jawab Akbar selepas ketawanya reda.

   Kali ini, bukan hanya Fateh sahaja yang sangsi terhadap lelaki itu, namun Alisa juga sudah mula ragu-ragu. Ketawa itu. Kedengaran sangat palsu. Fake.

   "Enough about me. How about both of you? Where are you from?" Tanya Akbar pula. Menukar topik.

   Alisa melihat Fateh. Senyap. Tidak nampak seperti mahu menjawab pun. Dua orang lelaki asing di hadapannya pula dilihat. Masing-masing sedang menunggu jawapan membuatkan Alisa serba salah untuk ignore soalan tadi.

   Duduknya dibetulkan sebelum berdehem.

   "We are from...," Sekali lagi Fateh dipandang. Kali ini lelaki itu mengangguk tanda membenarkan dia menjawab.

  "Malaysia."

   Serentak Imam Malek dan Akbar berpandangan sesama mereka. Fateh merenung tajam dua orang lelaki itu. Tadi bukankah Akbar beritahu hanya dia seorang sahaja yang boleh berbahasa Inggeris? Daripada reaksi Imam Malek, dia dapat merasakan yang lelaki tua itu turut memahami perbualan mereka.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now