WILDAN | 06

2.9K 178 1
                                    

Malam itu, Alisa berehat di bilik selepas menunaikan solat Isyak sambil membaca chat di group WhatsApp keluarganya.

Amzar Harith
Am blk malam Sabtu tau, ma. Afiqah kerja petang tu.

Mama
Ok. Drive elok² tu Am. Ingat anak bini

Amzar Harith
Ya, In shaa Allah.

Aliff Lutfi
Am make sure bwk blk babyboy kesayangan aku 🙋

Amzar Harith
Habis tu kau igt aku nk tggl dia kat rumah sensorang 😑 fikir dulu sebelum type, Lif.

Aliff Lutfi
Aloo janganla marah Am. Kau ni ingtkn lps dpt anak kurang lah sikit serius tu 😙

Amzar Harith
Aku dh ckp baik dh ni, bro.

Aliff Lutfi
Tak rasa camtu pun 😕

Aqila Zahira
Apa benda kome-kome gaduh ni? 😷😑

Aliff Lutfi
Abg Qila tu lah 😁 serius sgt, org gurau pun nk marah

Amzar Harith
Whatever. Malas nak layan. Ingat dah tua ni matured la sikit prgai.

Aqila Zahira
😂😂😂 Bialah dia Abg Am. Mmg selalu camtu. Drama.

Aliff Lutfi
Tak baik tau aniaya aku. Dah la single 😢

Mama
Tulah. Mama suruh khwin tak mau. Lepas tu mulalah single sana, single sini. Padan muka

Amzar Harith
Padan muka! Shoot! 😂😂😂😂😂

Aqila Zahira
Bagus, ma! 😂👍

Aliff Lutfi
Waaa 😨 3 lawan 1 mana aci. Ini situasi berat sebelah 😣 adik!!! mana adik?!! Aliff dibuli ni

Aqila Zahira
Macamlah adik nak bela Aliff 😁

Amzar Harith
Adik, adik takyah menangkan dia @me

Aliff Lutfi
Aa cakap jelah korang dengki kan adik syg aku lebih kan 😙

Aqila Zahira
Mana ada! Adik syg Qila lagi la 😕

Amzar Harith
Takde masa lah nk jealous ngan kau

Me
Hmm, adik syg semua samalah
takyah gaduh² 😅😂

Aliff Lutfi
Adik sampai hati 😑

Aqila Zahira
Hahahaha padan muka

Me
hehe bai adik off dulu, nk buat kerja. Kirim salam dekat semua.

Telefonnya ditutup sebelum meregangkan badan. Alisa bangun dan bergerak ke meja belajarnya. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan duduk di situ.

Bacaan doa sebelum belajar dibaca untuk memudahkan tugasannya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Alisa untuk memulakan pengajian dengan doa tersebut termasuklah sebelum membuat tugasan. Amalan yang satu itu tidak ditinggalkan selepas tamat sekolah menengah tiga tahun lepas.

Beg laptop dibuka lalu buku notanya dibawa keluar. Lampu belajar dihidupkan untuk menerangi meja belajar itu. Matanya memang tidak berapa nampak dalam gelap, oleh sebab itu lampu siling saja tidak mencukupi.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now