WILDAN | 63

2.2K 194 48
                                    

Encik Fateh
Meet me at Hawrts Café at 11 on Sunday. If you want to know the truth.

   Skrin telefon direnungnya lama. Berkira-kira mahu pergi atau tidak. Kalau pergi, Alisa tak tahu sama ada hatinya boleh menerima luka baharu. Tapi kalau tak pergi pula, dia sendiri yang penasaran.

   Bukankah ini yang dia mahu? Satu kebenaran. Kebenaran di sebalik apa yang berlaku pada empat tahun lepas.

   Walaupun dia terlibat dengan kejadian lalu itu, namun entah mengapa Alisa rasa...lost. Perasaannya macam kau ada dekat tempat kejadian tapi kau tak dengar apa yang mereka tuturkan. Kau hanya nampak daripada luaran semata-mata. Cerita sebenar, kau tak tahu. Penghujungnya pun kau tak tahu.

   Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Bismillah, here I go.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Hawrts Café.

   Salah satu daripada rantaian kafe di bawah sebuah syarikat besar antarabangsa yang terkenal iaitu Hawrts Family.

   Walaupun nama syarikat itu tidak asing lagi dalam dunia perniagaan, namun tidak ramai yang tahu mengenai pemilik syarikat tersebut. Mungkin identiti disembunyikan untuk menjaga kebebasan mereka.

   Sekitar kafe sebesar sebuah francais KFC itu diperhati penuh minat. Besar dan luas. Berkonsepkan kontemporari namun masih menyelitkan sedikit unsur tradisional dengan adanya ukiran-ukiran kayu pada dinding kafe.

   Jam yang melilit pergelangan tangan dilihat buat sekian kalinya. 11.24 pagi. Sudah hampir setengah jam Alisa menunggu di kafe tersebut, namun kelibat Fateh belum muncul-muncul.

   Badan dibawa bersandar pada belakang kerusi. Bosan menjengah setelah lama menunggu. Kata pukul sebelas, sekarang sebelas setengah pun belum sampai-sampai lagi.

   Straw di dalam gelas tinggi diputar-putar tanpa tujuan. Sudah hampir separuh minuman habis.

   Skrek!

   Angkat kepala.

   Matanya terkebil-kebil memandang gerangan di hadapannya.

   "A--Emm..." Tak terkeluar apa yang ingin dikatakan. Terkejut.

   "Assalamualaikum."

   "Wa-Waalaikumussalam," jawab Alisa.

   "Duduklah," ajaknya lagi. Janggal.

   Sebaik sahaja orang itu melabuhkan punggung, Alisa segera membetul-betulkan duduknya. Rasa serba tidak kena sekarang.

   "Terkejut ke?"

   "Hah? Eh, t-tak lah. Tapi, awak buat apa dekat sini, Adam?"

   Tipu. Alisa memang gelabah sekarang. Setelah sebulan bertunang, ini kali pertama mereka bertemu kerana Adam sibuk dengan kerjanya. Pertemuan kali ini terasa lain, apatah lagi dengan status yang sudah berbeza.

   Adam senyum nipis.

   "To make everything clear."

   Alisa mengerutkan keningnya. Apa maksud Adam?

   "Maksud awak? Eh, kejap. Boleh saya tanya, bukan...Fateh ke yang nak jumpa saya harini?"

   "Why? Am I not welcomed here?" Sebelah kening Adam jongketkan.

   "Eh, tak. Awak jangan salah faham. I mean, Fateh ada ajak saya jumpa harini. But I'm not sure whether he has told you or not yet," jelas Alisa panjang lebar. Tidak mahu ada salah faham yang timbul antara mereka bertiga. Apatah lagi Fateh pernah memberitahunya sebelum ini yang Adam tahu tentang perasaannya kepada Alisa. Namun dia tidak pasti sama ada Fateh sudah move on atau belum. Yalah, sudah hampir seminggu sejak peristiwa hari itu berlalu. Alisa malas mahu mengambil tahu tentang Fateh, sehinggalah mesej yang diterimanya beberapa hari lepas.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now