WILDAN | 02

4.1K 241 3
                                    

Empat tahun kemudian,

Kakinya diatur laju ke arah kafe yang berada di hujung laluan jalan kaki itu. Orang yang lalu-lalang tidak dipedulikan sementelah dia sudah lewat dari waktu yang sepatutnya.

Jam di pergelangan tangan kiri dikerling sekilas. Sudah pukul 2.50 petang. Lewat 20 minit dari waktu yang ditetapkan oleh kawan-kawannya. Dia bukan saja-saja lewat. Selepas solat Zuhur di surau sebentar tadi, tiba-tiba saja pensyarahnya call untuk berjumpa. Perjumpaan tanpa dirancang itu saja telah mengambil masa lebih 40 minit. Lunch pun tidak sempat diambil, risau kawan-kawannya terlalu lama menunggu.

Masuk sahaja ke dalam kafe itu, Alisa melilaukan matanya ke seluruh ruangan kafe. Nampak sahaja orang yang dicari, meja yang terletak di sebelah kanan kafe didekati.

"Assalamualaikum. Sorry lambat. Prof. Sakinah panggil tadi," Ucapan maaf terus ditutur sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang kosong.

Ain, Maira dan Farisha mengangkat pandangan sebelum menjawab salam yang dihulur.

"Tak apa. Lagipun kitorang tengah borak-borak kosong je," Jawab Ain.

"Kenapa Prof. panggil kau, Sa?" Soal Farisha sebelum menyedut air minumannya.

"Prof. minta tolong aku pasal laptop dia. Tak boleh nak on. Aku nak pergi beli air kejap. Tunggu tau." Alisa menjawab sebelum bangun dan berjalan ke arah kaunter.

"Okay," Serentak mereka menjawab. Mula-mula memang nak marah sebab Alisa lambat, tapi memandangkan rakan mereka itu tak sengaja, automatik tak jadi. Alisa itu walaupun nampak kasar tapi berhati lembut, marah sikit terus sentap. Kalau menangis dekat sini macam mana?

Selepas membeli jus tembikai dan sedikit kuih-muih, Alisa segera kembali ke meja mereka.
Kuih-muih itu dibeli banyak sedikit untuk dimakan bersama semasa perbincangan mereka nanti.

Hari ini mereka mengatur pertemuan ini untuk membincangkan kerja berkumpulan yang diberikan oleh salah satu pensyarah jurusan mereka.

"Okey. Macam ni.." Perbincangan itu terus dimulakan tanpa berlengah lagi. Task tersebut perlu dihantar dua minggu lagi, jadi mereka perlu menyiapkannya secepat yang mungkin. Kalau dilengah-lengahkan takut tak sempat siap pula. Dengan assignments lain lagi.

Waktu terus berjalan seiring dengan perbincangan yang semakin rancak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang bising dengan pelbagai ragam manusia. Tanpa disedari jarum jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang.

Ain melihat jam di telefonnya sebelum mula mengemas barangannya yang bersepah di atas meja.

"Nak balik dah?" Soal Maira.
"Haah, nak balik dah ni. Malam nanti family aku nak keluar makan. Takut tersangkut jam," balas Ain kalut. Masa inilah sesuai untuk balik ke rumah. Jalan raya pastinya sesak selepas waktu bekerja tamat. Jadi seboleh-bolehnya dia mahu pulang awal supaya tidak lambat sampai ke rumah.

Tidak seperti yang lain, Ain tinggal di rumah keluarganya. Maira, Alisa dan Farisha pula tinggal di rumah sewa yang terletak berhampiran dengan kampus universiti. Rumah keluarga Ain pula agak jauh dari kampus, sebab itulah dia perlu pulang awal.

"Sorry lah korang. Aku terpaksa balik awal. Kalau tak ada dinner malam ni, sampai pukul 6 pun tak apa," Jelas Ain. Dia rasa bersalah kerana ini merupakan kerja berkumpulan.

Jika tidak memikirkan makan malam beramai-ramai yang jarang dibuat itu, memang dia akan stay sampai malam pun tak mengapa. Solat pun boleh dibuat di surau. Tapi keluarganya memang jarang berkumpul sekali kerana abangnya sudah berkahwin dan tinggal berasingan. Kakaknya pula belajar di luar negara. Kebetulan abangnya itu mengambil cuti kerana kakaknya, Fatihah pulang ke rumah. Jadi, waktu sebegini memang ditunggu-tunggu untuk berkumpul beramai-ramai.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now