WILDAN | 52

1.8K 134 8
                                    

   Malam ini Alisa mengenakan baju blouse berwarna royal blue dan skirt beige yang longgar. Ringkas sahaja pemakaiannya.

   Ada apa malam ini?

   Jangan buat-buat lupa. Malam ini Alisa ada berjanji dengan Aunty Mardhiah untuk makan bersama. Rasa macam banyak kali dia ke rumah Aunty Mardhiah sedangkan rumah keluarga sendiri sudah lama tidak dikunjungi.

   Huargh! Rindu mama dan abah, nak balik kampung!

   Bukan sengaja tidak mahu pulang, tapi dia memang tiada masa. Cuti hanya dua hari di hari minggu dan kadang-kadang ada kerja juga pada hari minggu. Kampungnya pula terletak jauh di Pantai Timur. Balik drive pula tu, memang tak sempatlah.

   Jam tangan hitam metallic kesayangan dipakai pada pergelangan tangan kiri yang berlapik dengan handsock. Jam dari zaman universiti lagi ini. Banyak jasanya kepada Alisa. Walaupun pernah meragam sewaktu exam sampai dia terlambat masuk dewan di satu pagi yang mulia dahulu, jam ini tetap menjadi kesayangannya. Hadiah daripada abah sempena kelayakan masuk ke universiti idamannya.

   Penampilannya ditilik di hadapan cermin tinggi di sebelah almari. Kemudian barulah tangan mencapai botol minyak wangi lalu disembur ke badan.

   Puh! Puh! Hmm, dah wangi!

   Selesai semuanya, Alisa segera keluar dari bilik untuk berangkat pergi walaupun masih awal sebenarnya.

   "Sarah! Dah siap ke belum?" Laung Alisa dari tingkat bawah. Televisyen yang terbuka tanpa ada yang menonton ditutup. Buat membazir elektrik saja. Kalau free tak apa. Ini tidak, tiap-tiap bulan kena membayar.

   Ini memang Cikgu Sarah punya kerja lah ini.

   "Kejap! 5 minutes! Aku tengah pakai tudung," sahut Sarah dari tingkat atas.

   Terkocoh-kocoh tangan menyemat pin pada tudungnya. Senget sedikit, dibetulkan semula. Gelembung pada bahagian awning, dicabut semula. Entah bila mahu siap.

   Alisa mencebik. Sudah terbiasa dengan perangai kawan baiknya itu. Dari zaman sekolah menengah lagi sudah menghadap orang sama. Terlebih imun dah.

   Last minute person. Pemalas. Pelahap. Mulut murai. Macam-macam lagi lah.

   Tetapi yang baiknya Sarah ini sangat pandai menjaga rahsia dan boleh dikira sebagai seorang pendengar yang baik.

   Tak adalah pendengar sangat. Sebab setiap kali Alisa ingin bercerita, pasti hanya pada awal cerita dia bersungguh mendengar dan memberi komen.

   Bahagian seterusnya? Ternganga mulut, mata pejam. Heh.

   Hampir lima minit kemudian barulah Sarah turun dari tingkat atas seperti seorang pu-

   Alisa ternganga. Nenek kebayan mana pula sesat ni?

   "Kenapa dengan tudung kau ni?" Alisa menepuk dahi. Dengan berserabainya. Berkedut lagi.

   Sarah menghempas tubuh di atas sofa. Fade up.

   "Dah puas aku suruh dia jadi tapi dia tak nak dengar cakap aku. Lisa, aku tak pergi eh, malam ni? Tudung aku tak bagi kerjasama ni," pinta Sarah. Dia sudah penat mahu membetulkan tudungnya. Apa masalah entah sampai nak buat hal masa orang nak ke dinner ni!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now