WILDAN | 69

2.9K 166 17
                                    

   "Thank you? Untuk apa?" Alisa tertanya-tanya. Tiba-tiba berterima kasih tanpa sebab.

   Hanya senyuman yang Adam lemparkan.

   "Nak tahu satu cerita tak?" Soal Adam menyimpang daripada topik tadi. Namun Alisa layankan sahaja. Anggap sahaja Adam berterima kasih sebab tidak menerima lelaki misteri itu dan berkahwin dengannya.

   "Cerita? Kalau cerita dongeng, saya tak mahu," ujar Alisa cepat. Penatlah dari kecil hingga besar disuap dengan cerita yang sama. Tak fun langsung.

   "Bukanlah." Adam tarik hidung Alisa lembut. Alisa usap hidungnya.

   "Habis tu?"

   "About my first love."

   Laju Alisa berpaling. Muka tidak percaya ditunjuk. Biar betul mamat ni? Nak bercerita tentang kisah cinta pertamanya kepada isteri? Pada malam perkahwinan?

   Ini kalau perempuan lain memang sudah dihalau keluar, namun Alisa bukan seorang yang cemburu buta. Dia lebih selesa mendengar dahulu, dan menghukum kemudian. Lagipun menghukum bukanlah tugas manusia.

   "Nak tak?" Gesa Adam.

   "Hm, cerita sajalah," balas Alisa. Tiada masalah rasanya sebab itu merupakan masa lalu Adam. Dan pastinya dia sudah lupaka–

   "Wait, do you still love her?" Soal Alisa. Nada suara ditahan daripada berbaur cemburu. Baru tadi cakap tak cemburu buta. Gulp!

   Adam yang senyap meresahkan Alisa.

   "Adam...?" Gesanya.

   "Cukuplah saya cakap, no one but you. Is that enough?" jawab Adam.

   Akhirnya Alisa hanya angguk walaupun masih belum berpuas hati.

   "Meh sini," gamit Adam. Alisa terus mendekat. Tangannya digenggam Adam erat.

   "It's all started at the beginning of a new semester."

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Mac 2017

   "Dam!" Panggil seseorang.

   "Hm?" Sahutnya tanpa berpaling. Tali teg nama disusun kemas di atas meja.

   "Nah." Naim, rakan sekelasnya yang juga terlibat dengan pengurusan hari pendaftaran meletakkan kotak yang berisi tali teg nama di atas meja.

   "Letak atas lantai," arahnya. Ruangan atas meja ini sudah cukup penuh dan padat.

   "Oh, okey." Kotak tadi Naim ambil semula sebelum diletakkan di kaki meja. Dia kemudiannya beredar dari situ untuk mengambil beberapa barangan lain dari kereta pensyarah mereka.

   Usai menyusun tali teg nama di atas meja, kotak tadi dibuka menggunakan pisau sebelum isinya dikeluarkan. Ulang lagi kerja yang sama. Periksa nama dan nombor matrik, kemudian susun mengikut abjad nama.

   Mulutnya tetap terkatup sepanjang tangannya bekerja. Namun dalam hati sudah berbakul-bakul rungutan memikirkan nasibnya yang dipilih secara paksa untuk menjadi salah seorang usher pada hari ini. Mana pernah dia buat kerja-kerja seperti ini sebelum ini.

   Semuanya gara-gara kesilapannya terlewat masuk ke kelas Sir Dave tempoh hari walaupun sudah diberi amaran oleh pensyarah itu.

   Kalau diikutkan, sememangnya tugas ini tidak berat pun, namun untuk seorang yang susah bergaul dengan orang ramai, kerja sebagai usher ini sememangnya bukan kebolehannya.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now