WILDAN | 40

2K 156 18
                                    

   Hari ini Alisa terpaksa menumpang di rumah abang keduanya iaitu Aliff. Sarah tiada di rumah atas sebab kerja di luar negeri. Disebabkan dia berseorangan di rumah,  Aliff mengajaknya tidur di rumahnya sehingga Sarah pulang. Katanya bahaya tinggal seorang-seorang.

   "Nah!"

   Suara kecil Aleena membantutkan lamunan Alisa. Sebiji cawan mainan kecil berwarna pink diletakkan di hadapannya.

   "Untuk Ciksu ke ni?"

   "Emm!" Jawab Aleena. Kuali mainan diletakkan ke atas dapur gas mainan lalu carrot plastik diletakkan di dalamnya.

   "Sedapnya! Nana masak apa ni?"

   "Nana masak wais!"

   Alisa mengerutkan dahi. Wais? Apakebenda tu?

   "Wais?" Tanyanya.

   "Wais. Cicu tak tahu ke?" Aleena bertanya polos. Carrot yang sudah siap 'digoreng' dimasukkan ke dalam cawan. Kemudian sayur hijau pula dimasukkan ke dalam kuali.

   "Ciksu tak tahulah. Tak pernah dengar pun," balas Alisa aneh. Wais? Haish! Bunyi macam Arabic sikit, makanan Arab ke?

   "Alaaaa, Cicu syelalu makann. Umi dengan abi pun syame!"

   "Eh?" Alisa makin pening dibuatnya.

   "Yang, yang.... ada bayak-bayak tuu," gigih Aleena menerangkan. Sampai tergawang-gawang tangan untuk menunjukkan betapa banyaknya.

   Alisa menggaru kepala. 'Maaflah anak buahku, Cicu mu ini blur sedikit orangnya. Huhu..'

   Aleena mula fed up untuk menerangkan waisnya itu. Akhirnya tumpuan diberikan kepada sesi memasak semula.

   Melihatkan anak saudaranya kembali bermain dengan mainannya, Alisa bangun lalu mengambil tempat di atas sofa. Remote TV ditekan-tekan mencari saluran yang menarik.

   Sejenak kemudian kedengaran bunyi orang bercakap dari tangga. Semakin lama semakin kuat bunyinya menandakan punca bunyi itu semakin mendekat dengan mereka.

   "Habistu takkan nak tinggal Nana seorang kat rumah?"

   "Haish! Mengarutlah awak ni!"

   "Pastu?"

   "Saya bawa sekali ke?"

   "Tak marah ke bos awak tu nanti, yang?"

   "Emm, yang tu....entahlah. Tapi nak buat macam mana lagi?"

   Perbualan Aliff dan Kak Hanna menarik minat Alisa yang hanya mendengar dari tadi.

   "Ehem," Alisa berdehem.

   Kedua-duanya berpaling.

   "Ada masalah ke? Bunyi macam berat je?"

   Aliff mengeluh. Dia kemudiannya duduk di atas karpet di tepi anaknya. Rambut Aleena yang ditocang dua dibelai lembut.

   Hanna pula mengambil tempat di tepi adik iparnya.

   "Tak adalah. Cuma tengah fikir siapa yang nak jaga Nana esok," jawab Aliff. Cawan mainan yang dihulurkan oleh anaknya diambil lalu berpura-pura minum.

   "Kenapa? Selalunya hantar mana?"

   "Selalu hantar dekat pengasuh hujung taman tu. Tapi orang tu balik kampung petang tadi. Lusa baru balik. Kak Hanna dengan Aliff pula kerja esok," jawab Hanna pula.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now