WILDAN | 12

2.3K 154 1
                                    

Hari Isnin.

Semalam Alisa sudah pulang ke rumah sewanya selepas tiga hari berada di rumah keluarganya.

Lapan pagi. Alisa sudah tiba di perkarangan kampus. Kelasnya bermula pada pukul lapan setengah pagi. Segala barang yang diperlukan untuk kelas diambil sebelum keretanya dikunci.

Alisa berjalan dengan perlahan-lahan ke dewan kuliah. Dia tidak singgah di kafe kerana sudah bersarapan di rumah sewanya.

Selepas hampir lima minit berjalan, Alisa tiba di hadapan pintu masuk dewan kuliah. Pintu besar itu ditolak sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

Masih belum ramai yang sudah sampai. Almaklumlah masih terlalu awal. Sekarang baru sahaja pukul lapan sepuluh pagi. Masih berbaki dua puluh minit sebelum kelas bermula.

Alisa mengambil tempat di barisan ketiga dari hadapan. Setiap kali kelas, barisan itulah yang menjadi pilihannya. Tiada orang yang suka duduk di barisan hadapan kecuali student yang aktif di dalam kelas. Untuk duduk di belakang pula, penglihatannya tidak berapa jelas. Jadi, pilihan terbaik yang sesuai untuk pelajar sepertinya adalah antara barisan ketiga atau keempat.

Masa terus berlalu. Seorang demi seorang coursemate nya masuk ke dalam dewan kuliah tersebut. Ada yang menegurnya dan ada yang tidak. Untuk yang menegur, Alisa hanya membalas dengan senyuman.

"Lisa!!" jerit Ain sebaik sahaja ternampak Alisa di barisan ketiga. Laju dia bergerak ke tempat duduk Alisa.

Kerusi di sebelah kanan dan kiri Alisa belum diduduki. Cepat sahaja dia mengambil tempat di sebelah kanan Alisa.

"Morning," tegur Ain selepas itu. Alisa menjongketkan kening kanan.

"Morning," balas Alisa. Jam tangan dilihat. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Buku notanya dikeluarkan dari dalam beg. Bekas peralatan tulisnya juga turut diambil. Persediaan untuk kelas.

"Awal sampai hari ni?" soal Ain, berbasa-basi.

"Kenapa?" Tanya Alisa.

"Taklah. Selalukan kau sampai lima minit sebelum kelas start. Harini awal pula. Awal dari aku pula tu. Kenapa?," ujar Ain.

"Tak ada sebab pun. Saja datang awal. Tak adalah kalut-kalut," jelas Alisa. Kebetulan dia keluar awal pagi tadi, dan trafik pun lancar saja, awallah sampai.

Ain cuma angguk. Dah malas nak bercakap.

Alisa memusing-musingkan pen birunya sambil menunggu pensyarah mereka tiba. Jam dinding dikerling. Lagi lima minit saja lagi.

Semasa Alisa sedang bermain-main dengan pennya, dia dapat merasai ada seseorang yang mengambil tempat di belakangnya. Kepalanya dipusing ke belakang sebelum matanya membulat.

Individu di belakangnya tersenyum memandangnya.

"Hai, awak," katanya.

"What are you doing here?" soal Alisa. Lelaki ini, lelaki yang bertikam lidah dengannya di perpustakaan tempoh hari.

Ain yang mendengar soalan Alisa berpaling menghadapnya. Dilihat Alisa sedang mencerunkan matanya ke arah seseorang di tempat duduk belakang. Matanya mengikut arah pandangan kawannya itu. Dia kenal lelaki itu. Mereka pernah diletakkan dalam satu kumpulan semasa semester dua.

"Kenapa kau tengok Mukhriz macam tu, Sa?" tanyanya pelik. Pandangan tajam Alisa macam nak telan sahaja Mukhriz pada masa itu juga.

"Kau kenal ke dia?" Soalan Ain dibalas dengan soalan. Matanya masih memandang Mukhriz. Entah kenapa dia memang tak boleh nak berbaik dengan lelaki itu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now