WILDAN | 60

2.2K 149 4
                                    

Imbas kembali

   Tangan lincah menekan-nekan papan kekunci laptop di hadapannya. Kening berkerut serius dengan mata yang tajam membaca perkataan-perkataan yang terpampang pada skrin.

   "Dan."

   "Hmm," sahut Adam pendek. Matanya masih difokuskan pada skrin laptop. Sesekali kekunci backspace ditekan apabila terdapat kesalahan ejaan.

   "Tak siap lagi ke?" Daniel mengeluh bosan. Kiub rubik di tangan dipusing-pusing malas, bosan menunggu kawannya yang sibuk membuat kerja dari tadi.

   "Sikit lagi. Kau nak balik, baliklah dulu," jawab Adam sambalewa. Jari-jemarinya pantas menekan-nekan pad kekunci sambil mata bergerak laju mengikut huruf yang muncul pada skrin.

   Daniel mencebik.

   "Tak mahulah. Aku malas drive." Kiub rubik tadi dicabut kiub-kiub kecilnya satu persatu sebelum dipasang semula. Bosan yang amatt.

   "Dah tu, senyap," arah Adam. Dia perlu membuat laporan untuk dihantar kepada walidnya di Australia sana mengenai misi baharu mereka kali ini. Lebih kurang seperti kertas kerja, namun lebih ringkas dan tidak formal.

   Keluhan kecil Daniel lepaskan. Dia bangun dari kerusi beroda yang didudukinya tadi sebelum bergerak ke arah tempat Adam.

   Skrin laptop yang menyala dipandang dan barisan perkataan yang ditaip dibaca sepintas lalu. Sejenak dia mengangguk-angguk. Kemudian kaki dibawa melangkah ke meja kecil berhampiran pintu.

   Beg sandang yang terletak di atas meja itu dibuka. Isinya diintai dengan kening yang berkerut.

   "Dan, kau nak buat apa dengan barang-barang ni?"

   Adam menjengah dari laptop. Dilihatnya Daniel yang sedang mengangkat begnya dengan zip yang terbuka.

   "Jangan kacau barang akulah," marahnya.

   Daniel angkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah. Zip beg ditarik semula sebelum duduk dilabuhkan di atas meja kecil itu.

   "Dengan kompas, botol air, beg sejadah bagai, buat apa, dude?"

   "Tu barang semalam lah, aku tak sempat simpan lagi," jawab Adam sambil bangun dari kerusi. Dia sudah siap menaip laporan yang diperlukan dan sudah dihantar kepada walidnya melalui emel. Laptop dilipat sebelum dimasukkan ke dalam beg laptop dengan cermat. Pendrive yang digunakan untuk menyalin salinan softcopy pula disimpan di dalam poket kecil beg tersebut.

   Daniel mengangguk-angguk.

   "Aku ingatkan kau nak pergi camping sekali lagi. Yalah, mana tahu camping dua hari ni tak cukup," usik Daniel sambil tersengih sumbing.

   Sememangnya mereka berenam baru sahaja pulang dari camping di hutan berdekatan. Perkhemahan selama dua hari satu malam itu telah dirancang sejak awal lagi. Mengikut perancangan asal, mereka akan berkhemah selama dua hari satu malam dan bermalam di hotel di Phuket selama semalaman sebelum ke Bangkok untuk aktiviti seterusnya iaitu hiking dan paragliding. Namun tuntutan kerja memaksa mereka untuk menangguhkan dahulu pelan asal. Nasib baik yang lain memahami tugas mereka dan tidak kisah untuk menunda perancangan mereka.

   "Tak adanya. Ni, ambil beg ni," arah Adam seraya menghulurkan beg laptop tadi kepada Daniel.

   "Saya yang menurut perintah, tuan," seloroh Daniel sambil menyambut beg tersebut.

   Tergeleng kepala Adam melihat perangai kawannya itu. Sudah besar panjang tetapi perangai masih tidak matang.

   Beg sandang di atas meja kecil itu disandang pada bahu kiri manakala tali kanan dibiarkan terjuntai ke bawah. Bukannya berat pun beg itu walaupun saiznya agak besar berbanding dengan saiz beg sandang yang biasa. Begnya adalah beg khas untuk melakukan aktiviti lasak, keras, waterproof dan tahan lasak.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now