WILDAN | 28

1.8K 128 8
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Selepas menunaikan solat Isyak di biliknya, Fateh keluar dari bilik lalu menuju ke bilik Alisa. Tiada orang lain selain mereka walaupun ada lebih kurang tujuh buah bilik di aras ini.

   Tok! Tok! Tok!

   Pintu kayu itu diketuknya. Seminit kemudian barulah pintu itu dibuka dari dalam. Terjengul kepala Alisa yang memakai telekung.

   "Hai. Nak apa?" Tanya Alisa. Dia baru saja selesai solat Isyak.

   "Mana kau dapat telekung ni?" Soalan Alisa tidak dijawab sebaliknya Alisa pula yang disoalnya.

   "Kak May bagi," jawab Alisa sambil tersenyum. Suka sangat dapat solat dengan telekung. Lebih selesa. Dan yang paling penting, telekung ini sangat wangi.

   "Kak May?"

   "Ha'ah. Kak May. Kakak yang tunjuk bilik tadi," jelas Alisa. Mata bulatnya memandang Fateh di hadapannya. Masih bertopeng. Entah apalah yang nak disorokkan.

   Fateh diam. Tadi pun ada seorang pembantu yang datang menghantar sejadah ke biliknya. Al-Quran pun ada. Adakah mereka tidak sejahat yang dia fikirkan? Fateh pula berbelah bahagi sama ada hendak mempercayai atau tidak.

   Alisa mengembungkan pipinya. Datang bilik dia jauh-jauh ni untuk tanya pasal telekung saja ke? Lepas tu termenung.

   "Awak!"

   "Fateh!"

   Fateh tersedar. "Kau panggil aku apa tadi?" Tanyanya.

   Alisa mengetap bibir. "Fateh. Nama awak Fateh, kan?"

   Fateh pula hanya tersengih.

   "Kenapa?" Tanya Alisa pula. Tadi dia sendiri kata namanya Fateh. Bila orang panggil, persoalkan pula. Habistu takkanlah Alisa nak panggil dia awak setiap masa?

   "Nothing," jawab Fateh sebelum berdehem. Mukanya diseriuskan.

   Alisa yang melihat pandangan serius Fateh menegakkan tubuhnya. Pintu dibuka lebih besar lalu dia keluar dan berdiri di hadapan pintu biliknya itu.

   "Aku nak keluar. Kau duduk dalam bilik aku," arah Fateh.

   "Nak ikut!" Balas Alisa. Tak mahu kena tinggal seorang dalam rumah orang yang tidak dikenali.

   "Kalau aku boleh bawa kau, aku akan bawa. Tapi aku keluar nak cari maklumat. Kalau dua-dua lesap, diorang akan syak. Lebih baik seorang stay dekat sini. At least kau boleh cover aku kalau ada apa-apa," jelas Fateh.

   Dia juga bimbang untuk meninggalkan Alisa berseorangan di rumah ini. Tetapi ini sahaja jalannya. Kalau dia tidak keluar cari maklumat, sampai ke sudah mereka akan terperangkap di sini. Mereka tidak tahu keadaan luar. Selamat atau tidak. Sekurang-kurangnya di rumah ini Alisa selamat. Atau mungkin untuk masa ini. Apa-apa yang dirancangkan oleh pihak sana pasti tidak akan dilakukan pada waktu semua orang masih berjaga.

   Dan sementara belum masuk waktu tidur, lebih baik dia keluar menyiasat apa yang patut.

   Alisa di hadapannya dipandang. Muka gusarnya jelas kelihatan.

   "Jangan risau. Aku akan okey. Yang penting sekarang, ambil barang-barang yang kau perlukan, letak dalam bilik aku. Malam ni tidur sana. Lock the door," pesannya.

   "And the most important thing is, never open the door unless it is me. Understand?"

   Alisa angguk. Dia mula rasa seriau. Rasa macam ada benda yang akan berlaku malam ini. Tapi dia percayakan Fateh.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now