WILDAN | 42

1.8K 153 11
                                    

   Alisa membuka pintu farmasi itu selepas menekan loceng di luar premis. Bukan farmasi di tempatnya bekerja, namun farmasi yang terletak berhampiran rumahnya.

   Teringat peristiwa pagi tadi sebelum dia keluar mencari ubat.

   Alisa mengetuk bilik Sarah dengan perlahan. Tiada jawapan.

   Sekali lagi pintu kayu itu diketuknya. Juga tiada jawapan.

   Akhirnya tombol pintu itu dipulas sedikit. Terbuka. Bermakna Sarah tidak mengunci pintu.

   "Sarah, aku masuk ni," katanya sekadar memaklumkan kehadirannya. Manalah tahu Sarah tengah tukar baju ke apa.

   Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan. Gelap. Dengan langsir tertutup kemas, lampu tak buka.

   Tap!

   Suis lampu di bahagian kanannya dipetik. Serta merta bilik itu diterangi dengan cahaya lampu.

   "Eh? Sarah, kenapa ni?" Laju Alisa berjalan menghampiri katil. Sarah yang berselubung di dalam selimut itu dipandangnya risau.

   "Kof! Kof!" Sarah terbatuk-batuk.

   Belakang tapak tangan ditekap pada dahi kawannya. Panas!

   "Kau demam ni."

   "Emh," balas Sarah perlahan, mengiyakan.

   "Dah makan ubat?" Tanya Alisa risau.

   "Dah. Tu," jawab Sarah perlahan sambil tangan menunjuk plastik Paracetamol di atas meja.

   Alisa menjulurkan tangan lalu mengambil ubat itu. Hanya tinggal dua. Rasanya dekat dapur pun Panadol sudah habis.

   "Aku buatkan bubur kejap. Lepastu aku nak pergi farmasi. Beli panadol. Tak apa ke aku tinggal kau sorang-sorang?"

   "Aku dah besar lah. Pandai jaga diri." Serak suara Sarah. Sekali lagi dia terbatuk.

   "Aku beli ubat batuk sekali lah. Tunggu tau. Aku buatkan bubur jap," pesan Alisa sebelum turun ke dapur.

   Dan itulah kisahnya sebelum dia sampai ke farmasi ini.

   "Ya, cik. Cik perlukan ubat apa?" Tanya pekerja di kaunter farmasi.

   Alisa kemudiannya meminta ubat batuk, ubat selesema, panadol dan beberapa paket Strepsils. Dibeli banyak sedikit untuk dijadikan stok di rumah. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu ke farmasi lagi lain kali.

   Dalam menunggu pekerja itu mengambil ubat-ubatan yang diminta, Alisa termenung memikirkan keadaan kawan baiknya di rumah.

   'Macam mana boleh demam? Rasanya semalam tak ada main hujan pun, hujan pun tidak. Takkan jetlag kut. Mengarut sangat tu.'

   'Atau... sebab semalam? Tentang cousin dia tu? Eh, takkanlah. Dahsyat sangat tu.'

   Lama dia termenung sehingga tidak menyedari panggilan pekerja di belakangnya.

   "Cik!"

   Alisa terkejut. Laju dia berpusing ke belakang.

   "Ya?"

   "Ini ubat yang cik minta."

   Alisa pantas membayar harga yang perlu dibayar sebelum mengambil plastik yang dihulurkan oleh pekerja itu.

   Segera dia keluar dari farmasi itu. Pipi yang terasa panas dipegang dengan tangan. Malu apabila tertangkap mengelamun.

   Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta, Alisa terserempak dengan seorang wanita pertengahan umur yang hampir terjatuh.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now