WILDAN | 03

3.6K 215 1
                                    

Proton Iriz merah hadiah daripada abahnya selepas mendapat anugerah dekan semasa semester tiga diparkir di hadapan rumah sewanya. Alisa mematikan enjin keretanya sebelum keluar dari kenderaan itu.

Rumah teres dua tingkat itu disewa dengan tiga orang lagi penyewa yang juga pelajar di universitinya. Disebabkan hanya Alisa yang membawa kereta sendiri, tempat parkir kereta digunakan untuk meletakkan keretanya. Rakan-rakan serumahnya pula ada yang membawa motosikal dan ada juga yang hanya menaiki pengangkutan awam untuk ke kampus. Oleh itu, sekiranya mereka mempunyai kelas pada waktu yang sama, Alisa akan menumpangkan teman serumahnya.

Pintu utama dibuka menggunakan kunci sebelum memberi salam.

"Hah! Balik pun," tegur salah seorang rakan serumahnya, Bella.

Alisa mengukirkan senyuman nipis sebelum menyertai Bella yang bersenang-lenang di atas sofa ruang tamu.

"Penatnya," keluh Alisa. Dia benar-benar penat sekarang ini. Pagi tadi dia keluar awal kerana perlu menghadiri kuliah yang bermula pada pukul 8:30 pagi diikuti satu lagi kelas tutorial selepas itu. Kemudian disambung pula dengan perjumpaan dengan kumpulan pembentangannya di kafe tadi. Termasuk juga urusan dengan Prof. Sakinah yang tidak terancang. Memang amat memenatkan. Nak balik sekejap untuk mandi pun tak sempat apatah lagi untuk berehat.

"Pergi mana balik lambat?" soal Bella tanpa menoleh. Khusyuk sungguh menonton drama Thailand yang disiarkan di televisyen.

"Ada meet dengan group presentation aku. Sampai pukul 4 lebih. Lepas itu solat Asar terus lah dekat surau kampus. Takut tak sempat," jawab Alisa. Badannya disandarkan pada tempat penyandar sofa berangkai tiga itu. Penat badan, penat otak, penat segala-galanya lah!

"Eh? Mana yang lain?" tanya Alisa. Pelik sebab selalunya time-time macam ini semua tengah berkumpul di bawah. Ada yang tengah memasak, yang lain pula tercongok di depan TV.

"Annisa dengan Laila keluar beli barang tadi. Tak balik-balik lagi. Nasib baik kau dah balik. Takut juga aku kena tinggal sorang-sorang dekat rumah ni. Kalau siang tak apalah, ni dah nak gelap dah," jelas Bella.

"Kenapa tak ikut keluar sekali?" soal Alisa lagi, aneh. Kebiasaannya Bella paling suka shopping. Dan ditinggalkan seorang di rumah pula memang bukan Bellalah orangnya. Penakut!

Bella membuat muka sebelum menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. "Aku tertidur lepas solat Asar tadi. Lepas tu, bangun-bangun je semua dah tak ada. Rasa nak menjerit tahu kena tinggal sorang." Geram betul dia dibuatnya. Nasib baik Alisa dah balik. Kalau Alisa balik malam, macam mana? Dah lah dia ni lemah semangat sikit. Bila kena tinggal sorang-sorang, mulalah otak membayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Hish, tak mau fikir!

Alisa menggelengkan kepalanya. Dah tahu sangat dah perangai Bella ni. Walaupun Bella tua setahun dari dia, Alisa rasa macam terbalik pula. Alisa kakak, Bella pula jadi adik.

"Kalau aku tak balik?" Alisa menyambung perbualan mereka walaupun sekarang ni badan dah rasa berlengas sangat-sangat. Rasa malas lah pula nak naik atas.

"Emh! Kalau kau tak balik, memang aku angkut selimut dengan bantal busuk aku pergi tidur rumah jiran. Lantaklah tak kenal pun," ujarnya mudah.

"Iya ke nak tidur rumah jiran? Kenal pun tidak, kau rasa dia nak bagi stranger macam kau masuk rumah dia? Heh, memang taklah kak oii. Nanti dia ingat nak culik anak dia pulak ," bidas Alisa. Mengarut betul. Jiran sebelah kanan sudah lah ada anak kecil, memang taklah nak percayakan orang yang tak dikenali. Berjiran memanglah berjiran, tapi masalahnya tak pernah sekalipun mereka bertegur sapa. Bukan sombong atau tak sudi, tapi mereka terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar.

"Eee mulut ni. Cili kang! Buat apa aku nak culik anak diorang tu? Tak ada function-nya!" Kusyen sofa di sisi dibaling ke arah Alisa yang tersengih ke arahnya.

Alisa mengelak sambil tertawa. Saja nak usik, boleh lah jugak hilangkan penat seharian dekat kampus tu.

"Chill, chill, okay? Aku gurau jelah. Emo," kutuk Alisa selamba. Bila dilihat Bella sekali lagi mahu membaling kusyen segi empat itu, Alisa segera mengangkat kedua-dua belah tangannya separas kepala tanda mengalah. Nak gurau pun tak boleh. Hmph!

Bella mencebik sebelum menyusun kembali kusyen tadi di tempat asalnya biar kemas. Kalau bersepah nanti Annisa balik memang kenalah. Perempuan seorang itu memang tak boleh tengok barang bersepah sikit, adalah yang nak dibebelnya nanti. OCD be like...

Tapi nasib baik juga ada Annisa. Disebabkan oleh sikapnya itulah rumah sewa mereka selalu kemas. Walaupun selalu sibuk dengan study, tapi memang tak nampak macam rumah students pun. Selalunya rumah students kan bersepah. Tapi rumah mereka sentiasa kemas dan selesa berkat 'ke-OCD-annya' itu.

"Hah! Kalau macam tu aku tidurlah rumah jiran sebelah kiri pula. Apa susah?" sambung Bella mudah.

"Hoi, kau gila?! Sebelah tu rumah lelaki lah mak cik! Nak kena tangkap basah ke?" marah Alisa. Gila agaknya minah ni? Dah weng ke sampai nak pergi tidur rumah lelaki bujang?

"Hehe, saja je. Janganlah marah baby. Alah busuk busuk," kata Bella. Dagu Alisa dicuit sikit, tak nak orang tu marah. Kalau Alisa marah memang scary woo! Berubah terus perangai. Elok-elok lembut dan friendly boleh jadi The Hulk! Serammm..

Alisa menghela nafas. Dia tahu Bella bergurau saja. Tak akanlah Bella nak pergi tidur dekat rumah ajnabi berdua-duaan? Dia bukannya jahil agama, sudah tahu hukum mendekati zina.

"Dahlah. Aku nak naik. Nak mandi, solat. Lepastu aku turun tolong kau prepare dinner," tawar Alisa. Sepatutnya hari ini turn Laila dan Bella untuk menyediakan juadah makan malam, tapi sebab Laila belum pulang, Alisa dengan baik hati menawarkan diri untuk menolong.

"Eh tak apa. Laila dah whatsapp aku tadi. Dia cakap diorang tapau dinner," lekas Bella memberitahu. Tak mahu menyusahkan Alisa. Dia dah penat tapi nak juga tolong orang.

"Betul ni?" soal Alisa. Kalau betul, legalah. Dia sebenarnya penat, tapi tak akanlah nak tengok saja Bella masak tapi tak nak tolong. Tunggu makanan siap lepastu baru duduk di meja makan? Memang bukan caranya.

"Betul! Ala jangan risaulah. Laila belanja," jawab Bella sambil menjongketkan kedua-dua belah keningnya. Siapa je tak suka makanan free?

Alisa cuma mengangkat tangan dan membuat simbol okay sebelum mendaki anak tangga ke tingkat atas. Tak sabar rasanya nak mandi, dah berlengas sangat-sangat ni. Dengan lenguh badan lagi. Memang katillah dicarinya.

What a tiring day!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now