WILDAN | 70

3.5K 192 75
                                    

Major flashback

   Teh ais di dalam gelas tinggi itu Adam kacau dengan menggunakan penyedut minuman. Menunggu rakan-rakannya yang entah bila akan tiba.

   "Yo, Dam. Maaf lambat."

   Adam angkat kepala memandang Qayyum yang tersengih-sengih di hadapannya. Kepala digeleng perlahan.

   "It's okay. Baru lima minit lepas aku sampai," katanya.

   Qayyum mengangguk faham. Kerusi di hadapan Adam ditarik lalu melabuhkan punggung di situ.

   "Mana yang lain?" Tanya Adam.

   "Aik? Belum sampai lagi ke? Aku baru nak tanya kau," balas Qayyum. Fikirnya yang lain sudah sampai sebelumnya. Namun melihatkan kerusi yang kosong membuktikan tekaannya salah.

   "Aku ingat diorang datang dengan kau."

   "Em, tak adanya nak datang dengan aku. Kau tahu-tahu jelah diorang tu, mana nak naik dengan racer macam aku," kutuk Qayyum. Laptop dikeluarkan dari beg lalu diletakkan di atas meja.

   Terburai tawa Adam. Faham sangat dengan maksud racer yang sebenarnya memerli rakannya itu. Bawa kereta macam siput sedut, perlahan saja. Paling laju dia bawa ialah 60 km/h. Memang taklah naik dengan Qayyum. Buat sakit belakang saja.

   "Tapi itulah, selambat-lambat aku drive, lambat lagi diorang tu. Entah ke mana budak-budak ni."

   Adam geleng kepala. Sudah terbiasa dengan perangai Qayyum yang gemar membebel. Belum dikira lagi dengan Hafiq. Asyik nak bergaduh saja dengan Erman. Ini pun entah macam mana boleh kata nak datang sekali.

   Hari ini, Adam, Qayyum, Hafiq dan Erman berpakat untuk membuat study group bersama-sama di kafe. Fateh dan Daniel pula tidak bersama mereka atas sebab sibuk dengan urusan masing-masing.

   "Aku pergi order jap. Haus gila ni," pamit Qayyum sebelum bergerak ke kaunter. Adam pula mula membelek-belek nota Qayyum. Agak banyak juga yang dia ketinggalan kali ini. Nampaknya dia perlu berjaga malam pula untuk beberapa hari ini. Hampir-hampir sahaja dia mengeluh namun cepat ditahan. Dia ikhlas! Demi walid.

   Sebenarnya Adam mahu mengambil apa-apa bidang yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan atas sebab minat. Namun keinginannya itu terpaksa dikuburkan setelah diminta oleh walid supaya mengambil bidang business.

   Duk! Duk!

   Meja Qayyum ketuk dengan tangan. Dulang pesanannya tadi diletakkan di hujung meja sebelum mula mengatur makanan. Kening dikerutkan saat perasan tiada reaksi daripada Adam.

   "Eh, mengelamun pula dia. Adam!" Pen hitam diambil dan dilontarkan ke arah kawannya yang sedang termenung.

   Tup!

   Gulp! Bull's-eye!

   "Sakitlah, manusia. Kau dah kenapa?" Marah Adam. Kelopak matanya yang sakit terkena pen diusap perlahan. Nasib baik tidak termasuk ke dalam mata.

   "Hehe, sorry Dam. Kau nampak spaced out tadi, sebab tu aku baling pen tadi." Sengih bersalah satu round.

   "Macamlah tak boleh cakap elok-elok," rungut Adam perlahan. Pen yang sudah mendarat di atas pahanya diambil lalu dibaling ke arah Qayyum pula. Tersasar. Namun Adam tidak kisah, dia bukannya pemain bola keranjang seperti Qayyum. Perhatiannya ditumpukan kembali terhadap kertas di atas meja. Qayyum juga membuat perkara sama.

   Hampir lima belas minit kemudian, Qayyum sudah mula merungut marah. Jam tangan di pergelangan tangan dipandang buat seratus kalinya.

   "Mana dua orang tu? Aku dah penatlah tunggu."

WILDAN ✓Where stories live. Discover now