WILDAN | 35

1.9K 135 5
                                    


┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

III: Miracle I
Chance

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛

Empat tahun kemudian.

   "1803, kaunter 3."

   "1804, kaunter 2."

   "1805, kaunter 2."

   Bergema ruangan menunggu farmasi itu dengan suara komputer yang memanggil nombor pesakit untuk mengambil ubat.

   Ruangan yang luas itu sudah dipenuhi dengan orang ramai walaupun waktu baru sahaja menginjak pukul lapan setengah pagi. Masing-masing sedang menunggu nombor mereka dipanggil untuk mengambil ubat yang diperlukan.

   "Okey, mak cik. Ini ubatnya. Tiga biji dua kali sehari. Kalau tak ingat dah ada tulis dekat depan ni," kata Azyyani kepada wanita yang berusia lebih kurang tujuh puluh tahun itu sambil jari telunjuknya ditunjukkan di atas tulisan pada bungkusan ubat.

   "Baik. Terima kasih, doktor," ucap wanita tua itu.

   Azyyani hanya tersenyum sebelum mengangguk. Selepas wanita tua itu beredar, segera dia bangun lalu masuk ke salah satu pintu di dalam ruangan itu.

   "Hai, pagi-pagi dah masam muka," tegur Idlan yang berada di dalam farmasi. Azyyani menjeling. Rakan sekerjanya itu memang suka menyibuk hal orang.

   "Macam biasalah. Ada mak cik tu panggil aku doktor," ceritanya sambil mencari beberapa jenis ubat yang diperlukan.

   Aish, tak jumpa lah pula!

   Idlan berkerut kening. "Aik? Orang lain bangga jadi doktor, yang kau pula tak suka. Pelik," komennya selamba.

   Azyyani mengeluh. Kotak ubat yang terletak di rak kedua dari atas dicapainya sebelum labelnya dibaca.

   "Bukan tak suka. Tapi penat lah. Bukan seorang tahu? Dalam sehari tu, dah berapa orang yang panggil aku doktor," jelasnya. Kotak ubat tadi diletakkan kembali di rak tersebut sebelum kotak lain diambil.

   "Alah, bukannya effect apa pun. Manalah tahu berkat orang panggil kau doktor, nanti kau dapat title doktor tu," nasihat Idlan. Dia pun banyak kali berdepan situasi yang sama, namun lain penerimaannya. Lagi dia suka adalah. Bukankah ucapan itu satu doa?

   "Yalah. Amin!" Selesai menemui semua ubat yang diperlukan, Azyyani segera keluar dari bilik itu. Tiada masa untuk berbual lebih panjang. Kerusinya di kaunter didekati sebelum menyambung tugasnya.

   Seketika kemudian Idlan pula keluar lalu mengambil tempatnya di sebelah Azyyani.

   Seorang demi seorang pesakit diberikan ubat yang diperlukan serta cara mengambil ubat yang betul.

   Jam di dinding dikerling.

   "Lan," panggil Azyyani.

   Idlan hanya mengangkat dagunya ke atas sedikit tanda mendengar. Dia sedang sibuk menyiapkan preskripsi ubat. Memerlukan konsentrasi yang penuh supaya tidak membuat sebarang kesilapan.

   "Mana Lisa?"

   Krek!

   Baru sahaja bertanya, tuan badan sudah memunculkan diri.

   "Ya, ada ni."

   Azyyani berpaling ke arah Alisa yang mengambil tempatnya di meja yang terletak di bahagian belakang ruangan itu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now