WILDAN | 13

2.1K 141 3
                                    

Alisa termenung di meja belajarnya. Itu sahaja kerjanya selepas balik dari kelas pagi tadi. Kerjanya langsung tidak disentuh. Tiada mood dan idea untuk membuat apa-apa kerja buat masa sekarang.

Nota biru di tangan dipandang sebelum ayatnya sekali lagi dibaca.


Do you ever wish you had
a second chance to meet someone
again after the first time?

Yes, I do.

I wanna meet you, talk to
you and know you better. Yet we
are strangers. I might be frightening to you.

So here I am, leaving a piece of paper for you to know that I exist.

I won't meet you in real
life until the right time comes.
Do wait for the day,
beautiful. ♡


Nafasnya dihela perlahan. Hatinya tidak tenang. Perasaannya berkecamuk. Jika benar lelaki itu mahu dia menunggunya, sampai bila? Apatah lagi dia tidak tahu nota itu benar atau hanya sekadar gurauan sahaja.

Kata lelaki itu, dia mahu pertemuan kedua antara mereka. Namun kenapa Alisa tidak ingat langsung mengenai pertemuan pertama mereka? Bila? Di mana? Dan paling penting, siapa? Siapakah dia?

Kepalanya ligat berfikir. Sepanjang minggu lepas, siapa yang dia jumpa? Buat pertama kali?

Ting!

Alisa ingat sesuatu! Hari itu, hari di mana dia menerima nota itu, dia ada ke perpustakaan. Mungkin juga orang yang memberi nota biru itu turut ada di dalam perpustakaan pada hari itu. Dia pula tidak sedar bila nota itu dimasukkan ke dalam bukunya dan bukunya pula diletakkan di atas meja. Pasti lelaki itu menyelitnya pada waktu itu!

Siapa yang ada berdekatan dengannya waktu itu? Lama Alisa berfikir sebelum dia sedar sesuatu.

Mukhriz!

Orang yang duduk paling hampir dengannya di perpustakaan waktu itu ialah Mukhriz. Betul-betul di hadapannya.

Bila masa pula Mukhriz meletakkan surat itu di dalam buku notanya?

'Tiada yang aneh, Alisa.' Bisik hatinya.

Sedangkan kehadiran Mukhriz betul-betul di hadapannya pun hanya disedari selepas sepuluh minit, apatah lagi perlakuan yang mengambil masa tidak sampai seminit.

Tapi, Mukhriz?

Benarkah dia? Mungkin Alisa tersalah orang. Susah untuknya percaya lelaki itu ialah Mukhriz, orang yang sama bergaduh dengannya di perpustakaan.

Tak mengapa, akan dia gali hingga ke lubang cacing!

The truth needs bravery!

Alisa sendiri akan bertanya dengannya nanti. Ya, dia inginkan kepastian jadi dia perlu berani mengambil tindakan.

Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk mengejutkan Alisa. Nota biru di tangannya segera disimpan di dalam diari hitamnya sebelum buku itu disimpan di dalam laci meja.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now