Prolog

4.7K 146 60
                                    

Depression is not a joke.So please help them and don't let them being alone.

Hembusan nafas dihela kasar. Sesekali jemarinya bergerak memicit dahi sendiri. Fikirannya seolah olah sesak dengan segala hal yang terus terusan mengasak minda. Pandangannya kemudian beralih ke arah Kawasan lebuh raya yang kian sesak dengan lautan kenderaan. Matanya memandang pula kea rah matahari yang kian berarak pergi meninggalkan langit senja. Pasti pada Ketika ini manusia kian berpusu pusu untuk pulang ke rumah.

Dia?

Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia lelah sehinggakan hasratnya untuk pulang ke rumah juga dia kuburkan begitu saja. Jiwanya sesak. Perbualan sebentar tadi seolah olah kaset rosak yang terus berulang ulang dalam mindanya.

Flashback

Jemari yang tadinya sibuk menari nari di atas papan kekunci akhirnya berhenti bila deringan dari telefon bimbitnya kedengaran. Hembusan nafas dihela seketika.

"Masa aku busy juga lah kau orang nak call aku." Dia mendengus seketika. Di kawal amarah yang sudah mencanak naik hingga ke kepala. Sakit hati dengan bunyi telefon bimbit yang jelas jelas mengganggu kerjanya. Kertas kertas yang memenuhi ruangan meja itu di selak kasar.

"Mana pula telefon ni?" Sekali lagi dia mendengus kasar. Sakit hati. Bunyi ada tapi bayang tak jumpa pula. Bila matanya menangkap telefon bimbit di balik helaian kertas segera di capai objek itu. Reda amarahnya bila memandang empunya nama pada skrin telefon itu.

"Assalamualikum, cinta hati saya." Mendayu dayu suara garaunya. Senyuman kian melebar di bibir bila salam itu dibalas. Suara lunak itu seseungguhnya mampu mencairkan hatinya. Namun kemudian dahinya berkerut pula. Ada sedikit kelaianan yang dapat dia kesan melalui suara itu. Hatinya terus saja dipalun rasa kurang enak. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Belum sempat dia bertanya suara si pemanggil sudah memintas segalanya.

"Arian, saya ada perkara penting nak beritahu awak."

Terus tegak duduk Arian. Jelas ada perubahan dalam panggilan yang digunakan.

"Something wrong with you. Kenapa ni?" Tidak dapat dia menutup gundah di hati laju saja soalan meluncur di bibirnya.

"Ibu saya kata awak ada hantar rombongan meminang minggu lepas."

Arian bangkit dari duduknya. Terus sahaja di berjalan mundar mandir di hadapan meja kerja miliknya. Ada sedikit debaran yang memalu dadanya.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now