Bab 28

390 49 3
                                    

Stop talk shit about others, you dont even realize that actually you are mirroring your own self.

Awal pagi lagi, Arian dah heret Ayra keluar dari rumah opah. Niatnya hanya satu, nak luangkan masa dengan Ayra tanpa gangguan sesiapa. Lebih lebih lagi Farraz. Sempat juga dia maklumkan hal itu pada opah sewaktu mereka solat subuh bersama. Ayra pula pasrah saja mengikut.

"Awak, kita nak ke mana sebenarnya?" Ayra dah tak betah dengan kesunyian. Dah hampir 15 minit dia duduk di atas basikal dan Arian setia mengayuh basikal sejak tadi. Katanya ini basikal milik Citra. Entah bila dia pinjam pun Ayra tak tahu. Sekarang ni punggung dia dah kebas duduk atas basikal. Basikal Citra ni pun satu hal, keras nak mati!

"Sekejap ya. Peluk kuat kuat." Arian mengayuh dengan senyuman di bibir. Arahan dia keluarkan bila basikal yang dikayuhnya sudah keluar dari simpang.

"Tapi saya dah sejuk." Ayra mengeluh perlahan. Mana taknya Arian bawa dia naik basikal macam nak pergi lumba litar! Dengan udara pagi. Dia dekat belakang dah nak beku! Dah berkali kali dia cuba nak beritahu Arian dan setiap kali dia nak buka mulut, Arian minta dia peluk kuat kuat. Ergh! Ingat sweet ke?

"Huh?" Serentak itu basikal berhenti bergerak. Arian lekas lekas turun dari basikal kemudian lengan Ayra ditarik sama. Kedua belah lengan Ayra dicengkam lembut.

"Kenapa tak cakap?" Arian menyoal. Nadanya jelas kerisauan. Matanya memerhati wajah Ayra. Benar, Ayra tak berbohong. Bibir wanita itu sudah terketar. Arian capai pula jemari Ayra. Dah sejuk!

Ayra terkebil sebelum tergelak kecil. "Macam mana saya nak cakap, tiap kali saya nak cakap awak suruh saya peluk awak kuat kuat."

"Sorry, lifeline." Arian ukir senyuman pahit. Keningnya digaru sedikit. Rasa serba salah saat ini. Kenapa lah dia tak peka dengan keadaan Ayra? Seronok sangat kayuh basikal sampai lupa bini dah nak beku dekat belakang.

"Tak apa. Mujur saya tak mati beku." Ayra tergelak lagi. Aduh! Arian ni cepat sangat kalut. Sikit sikit nak mjnta maaf. Teringat pula malam tadi, Ayra ada tersepak Arian waktu tidur akibat terkejut. Mana taknya, bila dia buka mata saja wajah Arian dah berada sangat dekat dengan wajahnya. Silap gerak boleh mati! Tergolek suaminya itu jatuh dari katil bila Ayra tersepak. Ayra dengan mamai masa tu hanya terkebil memandang. Arian pula lekas lekas minta maaf. Padahal dia tak tahu pun apa yang jadi! Hey! Dia pun tengah tidur kot! Tiba tiba rasa melayang!

"Hey! That's not funny!" Arian tarik pipi Ayra kemudian dijentik dahi licin itu.

"No, that's funny. Awak bayang lah saya dekat belakang ni dah jadi ice. Nanti masuk newspaper pula sebab punca kematian saya rare." Ayra sambung gelak sambil gosok pipi sendiri. Tak sakit pun.

"Boleh bayang tak, esok pagi buka surat khabar terpampang tajuk isteri terkorban akibat kesejukan semasa naik basikal. Sumpah kelakar!" Membayangkan tajuk akhbar itu buatkan Ayra lepaskan tawa lagi. Berair matanya saat ini.

Arian pula sudah peluk tubuh sendiri. Matanya merenung tajam. Tak kelakar! Lawak Ayra ni effect sejuk ke? Dah kenapa otak yang beku terlebih dahulu? "Awak tak diizinkan untuk cakap soal mati dengan saya sampai-"

"Sampai saya reti masak asam pedas?" Ayra memintas selamba. Wajah langsung tak pamer sebarang riak takut dengan ugutan yang bakal keluar dari mulut Arian.

"Sampai saya mati!" Arian jentik lagi dahi Ayra. Geram! Ni mesti terjangkit perangai Farraz dan opah. Nampaknya dia kena sekat pergaulan Ayra! Semua ni pengaruh buruk rakan tak sebaya!

"Saya bergurau je. Awak ni, asyik berkasar dengan saya. Saya tak faham lah, mulut awak tu manis je bila bercakap-"

"Macam mana kau tahu mulut aku manis?" Kali ini Arian pula memotong percakapan Ayra. Keningnya dinaikkan beberapa kali.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now