Bab 31

303 26 0
                                    

You hiding behind a fake smile, its okay to cry sometimes. We go through a lot everyday, everyday its something new.

"Kamu ni bodoh ke?" Kuat suara Puan Ratna memecah kesunyian. Kepala Citra ditolak kasar. Bodoh!

"Mana lah Citra nak tahu dia tu telinga lintah!" Citra tolak tangan ibunya. Geram! Hati dia rasa terbakar bila Ayra tu provok dia. Ikutkan hati dia dah bunuh perempuan tu!

"Tak kisah lah dia tu telinga lintah ke telinga kuali ke telinga capang sekalipun, aku nak kau cepat cepat kahwin dengan Arian." Puan Ratna sudah kembali duduk di atas kerusi. Rambutnya dikusutkan. Serabut! Ada anak tak guna macam Citra ni! Hatinya dah menggelegak bak magma dalam gunung berapi. Seketika bibirnya menyenget nipis. Kau nak main sangatkan Ayra?

"Mak ni sesuka hati je suruh Citra buat itu lah buat ini lah. Mak tu bukannya function sangat!" Citra berdecit kecil. Letih lah asyik aku je yang nak kena fikir semua benda.

"Kau ni memang biadap lah." Puan Ratna jegilkan mata.

"Tengok lah siapa mak dia." Citra jongket bahu selamba. Terus saja tubuhnya disandarkan ke kerusi. Apa apa je lah mak!

"Tak apa... Dia nak main dengan kita... Tak apa... Kita bagi dia main puas puas." Puan Ratna ukir senyuman jahat.

"Aku ada banyak rancangan cara nak bolot harta lelaki tak guna tu." Mata Puan Ratna meliar memandang anaknya yang kini sudah berbaring santai di atas kerusi.

"Citra! Kau buat apa lagi dekat sini? Pergi rumah opah!"

Serentak itu Citra bangkit dari kedudukan asalnya. Tegak dia duduk dengan mata membulat. Kus semangat! Nak tercabut jantung kena jerkah.

"Dah kenapa Citra nak ke sana? Ee tak nak Citra. Nanti opah tu suruh Citra buat itu lah ini lah. Hmph! Malas! Dah lah orang tua tu kuat membebel. Nak nak pula Farraz ada sekali dekat sana. Fuh! Berdarah telinga nanti." Citra mencebik sambil tayang wajah jengkel. Tak kuasa lah nak ke rumah opah. Kang tak pasal pasal dia kena menghadap budak Farraz tu. Dah lah Farraz tu suara petir. Kaki berleter pula. Uish! Minta simpang! Tak nak Citra kena bebel percuma. Sakit telinga satu hal, kena arah basuh pinggan pun satu hal.

Puan Ratna campak bantal kecil ke arah Citra. Ha kan dah kena setepek! Ish! Menyakitkan hati betul anak dia ni! "Kau buat je lah! Kau kata nak rampas budak Arian tu. Kalau kau tak tayang muka, buat baik dekat sana macam mana dia nak nampak kau. Aduh! Lembap betul lah kau ni. Apa kau fikir kalau kau duduk bersantai macam kat tepi pantai mamat tu boleh jatuh suka dengan kau? Kahwin dengan kau?"

"Sah sah lah kebodohan Citra ni dapat dari mak." Citra mencebik seraya melarikan diri. Terus saja dia tergopoh gapah melarikan diri. Tak berani nak hadap amuk Puan Ratna.

Puan Ratna ketap gigi. Tak guna punya anak! Tunggu lah dia sumpah jadi black card! Eh, apa class sumpah anak jadi batu? Tak mendatangkan untung!

 Tak guna punya anak! Tunggu lah dia sumpah jadi black card! Eh, apa class sumpah anak jadi batu? Tak mendatangkan untung!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana CintaWhere stories live. Discover now