Bab 23

607 51 2
                                    

Don't ever bullied people, you may remember it as a moments but they remembered it as long as they live.

Arian toleh ke sebelah. Secara spontan bibirnya melakar senyuman memandang Ayra yang sudah lena sambil kepala terlentok ke cermin kereta. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Selamba badak je dia tidur. Nasib lah ni kereta suami awak." Bila ingat balik betapa mudahnya Ayra terlena di dalam kereta buatkan hati Arian tercuit sedikit. Arian punyalah semangat berbual tentang semut dekat Ayra, bila dia toleh ke tepi wanita itu sudah terlena. Nak kata topik Arian tentang semut tak menarik, dia rasa topik tu lah paling menarik. Semut yang gagah perkasa. Ke dia je yang rasa benda tu menarik?

Arian sandarkan tubuh pada seat kereta. Tak berniat untuk mengganggu lena Ayra. Biarkan sajalah wanita itu nikmati waktu tidurnya. Arian keluarkan telefon bimbit. Bosan. Tapi dia tak nak ganggu lena Ayra. Arian tarik nafas sebelum dia turut pejamkan mata seketika.

Tok!

Tok!

Tok!

Tak sampai seminit Arian pejam mata, bunyi ketukan bertalu talu sudah menyapa telinganya. Terkejut dia bila Farraz sudah berdiri di hadapan kereta. Tangannya pula tak henti mengetuk bahagian hadapan kereta. Wajahnya masam!

Kepala Arian berpaling ke sebelah memandang Ayra yang sudah terkebil kebil. Ergh! Tak guna punya Farraz! Terganggu lena isterinya!

Laju laju Arian keluar dari kereta. Langkah terus dibuka menghampiri Farraz, belum sempat tangannya mengetuk kepala Farraz lelaki itu terlebih dahulu berundur ke belakang.

"Aksi keganasan tak elok untuk isteri kau." Farraz julingkan mata.

"Kau ganggu tidur dia!" Bergema suara Arian.

"Tengok muka aku ni..." Farraz tunding wajahnya dengan jari telunjuk.

"Ada nampak aku peduli ke?" Matanya menjeling. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Kau!" Arian buka langkah mendekati Farraz. Nak saja dia bagi penampar pada wajah selamba itu. Ingat lawak ke?

"Awak."

Automatik langkah Arian terhenti. Perlahan kepalanya menoleh ke arah Ayra semula. Senyuman manis diukir.

"Yes, my lifeline."Arian tukar arah. Langkahnya dibawa menuju ke arah Ayra.

"Kenapa... Eh! Hye, Farraz!" Ayra melambai lambai ke arah Farraz dengan senyuman. Berkerut pelik dahi Arian. Ayra dan Farraz berkawan ke?

"Hye, gorgeous." Farraz ukir senyuman. Lambaian Ayra dibalas mesra.

Buntang mata Arian. Laju tubuhnya berpusing ke arah Farraz. Tajam matanya memandang susuk lelaki itu. Pandangan maut. Berani engkau gorgeous kan bini aku?

Farraz telan liur yang terasa kelat bila dia lihat Arian kembali buka langkah menghampirinya. Mampus! "Be-betul lah kan bini kau gorgeous." Cubaan mempertahankan diri!

"Tak akan aku nak panggil dia hodoh pula?" Sambung Farraz sambil mengusap tengkuk sendiri.

"Kau!"

"Umi!" Sekali lagi Ayra menghentikan langkah Arian. Arian mendengus kasar. Ayra ni tak kena masa lah!

"Aku tak settle lagi dengan kau!" Arian jeling sekilas wajah Farraz yang sudah serupa tertelan cicak. Dia gapai tangan isterinya sebelum ditarik lembut ke arah Umi yang sedang tersenyum di muka pintu.

"By the way lifeline, stop smiling." Arian berbisik sambil melangkah.

"Why? Dont you like it?" Ayra berkerut pelik.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now