Bab 39

283 26 10
                                    

The relationship that I'm in right now is the one that I want forever.

Farraz berdecak geram. Wajah tegang semacam. Sejak kehadiran Citra di pejabat mereka, rasanya tak ada sehari pun yang tenang buatnya. Saban hari ada saja yang gadis itu lakukan buatkan dia angin satu badan.

Fail di hadapannya di tutup. Matanya menjeling sekilas ke arah pintu. Hari ini entah ke mana saja Citra pergi hinggakan semua kerja ditinggalkan tak bertuan. Kalau tak menyusahkan manusia lain tak mengapa, ini Farraz yang kena uruskan semua perkara. Baik tak ada PA kalau macam ni.

Akibat tak dapat fokus, Farraz bangkit dari duduk. Kakinya melangkah laju ke bilik kerja Arian. Kalau boleh hari ini memang dia hendak elakkan masuk ke pejabat lelaki itu. Yalah, buat sakit mata. Sakit hati. Sakit segalanya untuk manusia bergelar single sepertinya. Lebih lebih lagi sejak dua menjak ini Ayra semakin kerap melepak di pejabat suaminya. Tahu lah dua dua boss tapi tolonglah hormat jiwa single dia ni! Ayra kata dia saja nak tayang wajah di pejabat Arian dengan motif nak bagi amaran secara halus pada Citra agar tak berani nak rapatkan jurang dengan Arian.

"Arian." Pintu pejabat ditolak tanpa salam. Seketika matanya menangkap kelibat Arian dan Ayra yang sedang menunduk fokus bermain sesuatu di atas meja.

"Susah ni." Arian mengumam perlahan. Langsung tak sedar kehadiran Farraz di muka pintu.

"Senang je. Abang yang tak reti main." Selamba Ayra mengejek. Tubuh ditegakkan. Penat pula nak menunduk. Matanya terus menangkap wajah Farraz di muka pintu.

"Eh, Farraz!" Ayra melambai sedikit. Tangannya menggamit Farraz agar menyertai mereka.

Berkerut kening Farraz. Namun, kakinya tetap melangkah menghampiri dua pasang tubuh itu. Semakin dekat, semakin mengecil matanya memandang objek di atas meja.

"Sibuk nampak." Farraz menyindir dengan wajah selamba.

Arian mengangguk tanpa mengangkat wajah. Jemarinya mencampak sesuatu. Kemudian objek kecil berwarna hijau digerakkan mengikut angka di atas dadu.

"Easy, lifeline." Arian tergelak sinis. Wajahnya sudah beriak berlagak.

"I'm better than you."

"Well that's right." Arian menggangguk setuju. Selamba pipi Ayra dikucup mesra.

Farraz jegilkan mata. Kehadirannya bagaikan debu. Langsung tak beri kesan pada pasangan itu. Penumbuk digenggam erat.

"My turn!" Ayra capai dua biji dadu tadi. Di letakkan kedua dadu itu ke dalam genggaman. Goncang sikit kemudian di lemparkan ke atas meja.

"Lapan!"

"Yes, lifeline." Arian gosok kepala Ayra.

"Seriously? Game ular?" Farraz menyoal bengang.

Kedua wajah itu berpaling memandang Farraz. Ayra terkebil kebil dan Arian sudah berpeluk tubuh memandang Farraz.

"Orang single memang macam ni ke?" Ayra rapatkan bibir ke telinga Arian. Suaranya berbisik perlahan namun masih dapat di dengari oleh Farraz.

"Ni namanya orang busuk hati." Arian menggeleng kecil.

"Tak. Ni nama dia orang kurang kasih sayang. Tu lah orang suruh kahwin banyak sangat alasan dia."

"Betul." Arian memgangguk setuju. Betul lah tu.

Farraz kemam bibir. Baik tak payah bisik! Aku boleh dengar kot dekat sini!

"Ayra, I nak cakap sikit dengan you." Malas melayan drama suami isteri itu, Farraz terus saja buka mulut.

"Okay." Ayra bangkit dari duduk.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now