Bab 41

364 28 5
                                    

Not everyone who are single being lonely and not everyone who are taken are in love.

Tubuhnya kaku tak bergerak. Langkahnya bagaikan dipaku di muka pintu. Matanya hanya memandang ke satu arah tanpa berkelip. Sesekali ada air mata yang mengalir di ekor matanya. Baru kakinya hendak kembali melangkah, tubuhnya sudah melorot jatuh. Kedengaran bunyi dentuman kecil dari hentakan di antara lututnya dan lantai. Pilu yang memalu dada buatkan matanya terpejam seketika.

"Far... Farraz..." Terhinggut hinggut bahu Arian melepaskan rasa. Sekujur tubuh yang sudah terbaring kaku itu buatkan dia rasa seakan tak berdaya. Tak ada lagi harapan untuk jasad tak bernyawa itu.

Ya, Allah...

Mengapa....

Mengapa sesakit ini?

"Kenapa?" Tertunduk kepala Arian memandang lantai. Air matanya mencurah curah. Sewaktu pihak hospital menghubungi mereka dan mengkhabarkan berita duka itu, Arian masih punya secebis harapan agar jasad itu masih bernyawa. Namun, melihat pada tubuh yang sudah di tutup dengan kain putih itu.

Arian sedar. Tak ada lagi harapan untuk dia terus panjatkan.

Punah.

Segalanya hancur.

Tak ada lagi tawa Farraz.

Tak ada lagi lawak Farraz.

Tak ada lagi bebelan Farraz.

Semua tentang Farraz dah di bawa pergi dengan jasad itu, yang tinggal hanyalah kenangan. Memori mereka bersama.

"Tolong... Tolong bangun..." Serak suaranya saat ini. Dadanya serasa sesak menanggung derita.

Sentuhan pada bahu buatkan Arian palingkan wajah yang kian memerah.

"Abang..." Berkaca mata Ayra bila anak matanya bertemu dengan mata sang suami. Bening mata Arian jelas terpancar duka. Sepanjang perjalanan ke hospital lelaki itu hanya diam di sampingnya. Ayra pula sudah ambil alih tugas memandu. Risau sekiranya dibiarkan Arian memandu, fokus lelaki itu entah ke mana, nyawa mereka entah melayang ke mana.

"Kenapa... Kenapa Allah ambil Farraz? Kenapa?" Terhinggut higgut bahu Arian melepaskan esak.

Ayra ketap bibir. Matanya di alihkan seketika. Dia terdiam seribu bahasa. Bibirnya bagaikan terkunci memandang esak Arian. Terus saja Ayra duduk di atas lantai. Tubuh sasa itu dia bawa ke dalam pelukan.

"Kenapa?"

Ayra pejam mata mendengar suara serak Arian. Dia tak tahu nak pujuk bagaimana. Arian bukan anak kecil yang boleh dipujuk dengan mainan. Lagi pula luka saat ini adalah luka kehilangan orang tersayang.

Hilang dalam dunia yang berbeza.

Hilang yang tak mampu kembali.

Hilang yang tak ada gantinya.

"Jangan macam ni, abang." Ayra ketap bibir. Matanya turut terpejam sama. Bagaimana dia hendak memujuk? Arian sangat rapat dengan Farraz. Sedangkan dia yang baru saja mengenali lelaki itu sudah merasaksn perit kehilangan Farraz. Inikan pula Arian. Lelaki yang membesar bersama Farraz. Pastinya tak mudah.

Wajah Arian sudah tak kelihatan. Mukanya tersorok bila dia menunduk ke bahu Ayra. Bahunya terus terusan terhinggut.

Ayra sudah mati kata. Akhirnya dia sekadar usap belakang tubuh itu.

"Abang... Abang kena kuat. Kalau Farraz nampak abang sedih maca ni mesti dia marah-"

"Tapi dia dah tak ada... Dia... Dia tak akan marah abang lagi... Dia dah tak bebel abang lagi... Abang... Abang rindukan dia..."

Kerana CintaWhere stories live. Discover now