Bab 45

266 24 0
                                    

It’s so attractive when someone says they want you, proves it and does everything in their power not to lose you.

Kakinya melangkah laju. Pandangan orang sekeliling di abaikan.

"Sayang!" Taufik lekas lekas melangkah. Tubuh Nawra yang kian pantas melangkah itu segera di kejar. Tak sedar dia juga sudah melemparkan berbakul makian di dalam hati. Ni semua sebab Arian!

Nawra perlahankan langkah. Semput rasanya namun kemarahannya seolah olah mengatasi lelah yang dia rasa saat ini. Pandangan orang sekeliling dia abaikan saja. Tak ada masa nak fikirkan soal itu. Baru dia hendak kembali melangkah, lengannya sudah dipaut seseorang.

"Sayang, sabar boleh tak? Awak tu mengandung."

"Sabar? Arian tu dah gila tahu tak? Dia dah buat saya hilang sabar! Ni saya rasa nak telan dia hidup hidup tahu tak? Sampai hati dia buat Ayra macam tu? Tak guna!" Terketap rapat bibir Nawra menahan amarah. Kalau dia tak datang rumah Ayra pasti dia tak akan tahu apa yang sedang berlaku. Pagi tadi bila dia datang ke rumah Ayra, rumah itu seakan tak berpenghuni. Tak tunggu lama terus saja dia hubungi Ayra dan kenyataan yang baru saja dia dengar terus saja mencetuskan kemarahan. Arian nak kahwin dengan Citra! Dasar lelaki berotak keli!

"Hey, chill wife. This-"

"What did you mean by chill? Awak sokong perbuatan Arian tu? Mamat tu memang jantan tak guna. Bini tengah mengandung dia boleh nak kahwin lain!" Tak tunggu lama Nawra terus tolak daun pintu tanpa salam. Langkah di buka sepantas mungkin. Dapat dia lihat mata Arian sedikit membulat. Terkejut? Mungkin.

"Nawra-"

Pang!

Terteleng wajah Arian ke kiri. Terketap bibirnya menahan rasa pijar di pipi. Pandangan matanya di alih memandang Nawra yang seakan akan ingin menelan dia hidup hidup. Seketika dia ukir senyuman sinis. Pasti tembelangnya sudah pecah. Kelibat Taufik yang buru buru menghampiri Nawra di pandang sekilas.

"Macam ni perangai isteri kau?" Soal Arian sinis. Lidah menolak dinding pipi dari dalam mulut.

Taufik sekadar hiraukan kata kata Arian. Tubuh Nawra ditarik menjauhi Arian.

"Better than stupid idiot like you." Selamba saja Taufik membalas. Nampak sangat yang dia tengah back up kaum hawa yang sedang mengamuk saat ini.

"Kau ni memang lelaki tak guna!" Serentak itu empangan mata Nawra pecah. Menitik air matanya saat itu mengenangkan nasib Ayra. Bagaimana Arian sanggup lukakan sekeping hati itu. Lebih lebih lagi di saat wanita itu sedang mengandungkan zuriat mereka?

"Whatever." Arian buat tak endah. Selamba dia kembali labuhkan duduk di atas kerusi.

Nawra ketap bibir. Laju saja dia tanggalkan kasut tumit tinggi nya kemudian meluru ke arah Arian. Nak saja dia ketuk dahi Arian dengan tumit kasut tersebut. Biar berlubang pun tak mengapa. Taufik pula sudah seperti cacing kepanasan melihat keberanian isterinya.

"Sabar, sayang. Istigfar. Ingat tuhan. Ingat baby. Ingat, kita tak nak baby ni lahir kening berkerut." Taufik usap bahu isterinya. Perlahan lahan kasut di jemari itu ditarik menjauh kemudian Taufik menunduk memasang semula kasut tumit tinggi itu pada kaki Nawra.

"Dia ni memang nak kena dengan saya husband! Otak dia tu tak reti guna agaknya. Ni kalau arwah Farraz-"

"Nawra! Kau jangan berani nak sebut nama Farraz!" Tajam mata Arian memanah memandang Nawra.

"Kenapa? Kau takut? Eh, Arian! Kalau Farraz ada lagi dia dah lama maki kau tahu tak?" Tak gentar. Nawra semakin giat memprovok. Tak peduli akan kesannya. Saat ini dia cuma inginkan penjelasan. Terlayar di ingatan seraut wajah sedih Ayra.

"Shut up, Nawra!"

"Abang? Kenapa ni?"

Terhenti perbalahan itu. Semua mata beralih memandang satu tubuh yang baru melangkah masuk ke dalam ruangan itu.

"Abang?" Mata Nawra memandang silih berganti pada wajah Arian dan gadis di hadapannya. Ada Citra dengan wajah yang sedikit lesu. Matanya turun memandang jemari Citra yang sedang mengusap perut sendiri. Seketika dia bungkam. Kakinya seakan tak berdaya untuk menampung tubuh.

"Arian... Citra... Kau mengandung? Anak... Anak siapa?" Hampir tak keluar suara itu. Bergetar bibir Nawra saat bertanya.

Mata Citra naik memandang Arian buatkan Nawra dihambat rasa kecewa. Mengapa keadaan sudah jadi seteruk ini?

"Apa semua ni?" Bibir di ketap menahan rasa yang sedang berpusu pusu menghentak jiwa. Taufik ketap rahang. Tubuh isterinya di dudukkan di sofa berhampiran.

Taufik buka langkah menghampiri Arian. Lengan bajunya disingsing hingga ke siku. "Tutup mata, sayang. Ibu mengandung tak elok tengok keganasan."

Nawra pejam mata. Serentak itu air mata yang sejak tadi bertakung di tubir mata, menitik keluar. Seketika telinganya menangkap bunyi tumbukan.

Buk!

"Tu sebab kau naik kan suara dekat isteri aku!"

Buk!

"Tu sebab kau dah buat blood pressure isteri aku tak normal hari ni!"

Buk!

"Tu sebab emosi isteri aku tak stabil sebabkan perangai bodoh kau ni!"

Buk!

"Dan tu sebab kau dah buat benda paling bodoh dekat Ayra!"

"Abang!"

Nawra buka kelopak mata. Retinanya menangkap susuk tubuh Citra yang menghampiri Arian. Suaminya pula sedang ukirkan senyuman manis padanya seolah olah tak ada apa yang berlaku. Matanya beralih pula memandang Arian. Teruk. Hidung lelaki itu sudah mengeluarkan cecair merah pekat. Rahang itu kelihatan sedikit membiru.

"Apa yang ada dalam kepala otak kau tu Arian? Bini kau tengah mengandung, kau boleh pula nak kahwin satu lagi?" Taufik genggam penumbuknya. Tubuh Nawra dibantu untuk kembali berdiri. Terus saja mereka beriringan untuk keluar dari ruangan itu.

"Kau tak akan pernah faham." Arian ketap bibir.

"Kau orang tak akan faham." Kali ini Arian tepis tangan Citra yang menggenggam lengannya

"Faham kan kami! Bincang dengan isteri kau! Bukannya buat keputusan sendiri!" Taufik berpaling menentang pandangan tajam Arian. Di balik mata itu. Dia tahu akan ada sesuatu yang sedang Arian pendam. Yang sedang Arian hadam sendiri.

"Aku tak minta pun lah semua ni!" Arian menjerkah sambil menepis satu pasu hiasan bersaiz sederhana besar di sebelahnya. Serentak itu bergema bunyi kaca pecah.

"Citra... Citra minta maaf..." Citra tayang wajah kesal buatkan Nawra dan Taufik memandang jengkel. Gadis itu lah punca keretakkan rumah tangga sahabat mereka.

"Kalau tak disebabkan-"

"Citra! Get out!"

Citra tersentak bila tiba tiba saja Arian memotong bicaranya.

"Tapi-"

"Now!"

Buru buru Citra melangkah keluar dari bilik itu. Bila pintu sudah kembali di tutup dan bayang Citra sudah hilang dari pandangan mata, Arian terduduk di atas lantai. Kesunyian ruangan itu buatkan bunyi hentakan di antara tempurung lutut dan permukaan lantai dapat di dengar dengan sangat jelas. Tak lama kemudian kedengaran pula esakkan kecil seakan akan tangisan yang telah lama dipendam bergema.

Nawra dan Taufik saling berpandangan namun tak ada suaranya yang terlontar. Sekadar memandang Arian yang kini terduduk di atas lantai takdir. Sekadar mendengar esakan pilu seorang lelaki.

"I don't know how to do this anymore. I don't know how to get better. My head is a dark place... and it only get worse day by day. And I have no idea... how to stop the darkness from coming in... I have no idea how to save myself anymore... I just want to take care of people that... that I love the most."

Kenyataan itu buatkan dua jiwa yang mendengar diruntun rasa pilu.

"Farraz... Kenapa kau tinggalkan aku dengan semua derita ni?"

Dan saat itu mereka sedar akan sesuatu. Arian sedang berjuang untuk seseorang dan bukannya untuk kepentingan diri lelaki itu sendiri.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now