Bab 26

376 41 7
                                    

When it hurts, just sleep.

Ayra pandang sekeliling. Ada kawasan bendang yang luas di sekitar kawasan tersebut. Selepas mereka singgah untuk makan tadi, terus saja mereka meneruskan perjalanan ke kampung. Kali ini dia tak tidur langsung. Ditahan sebaik mungkin kantuk yang sejak tadi menyapa.

"Awak, dah nak sampai ke?" Ayra menyoal dengan nada teruja. Seronoknya tak terkata. Dia tak pernah ada pengalaman balik kampung.

"Dah dekat dah ni." Arian mengangguk sedikit. Bibirnya mengukir senyuman melihat keterujaan Ayra.

Farraz tenang memandu. Arian yang duduk di sebelahnya dikerling sekilas. Dah tak pasal pasal dia kena jadi driver. Jadi driver tu dia tak ambil peduli sangat, ni telinga duk dengar mulut manis Arian buatkan dia rasa loya! Tak habis habis dengan I love you! Tunggu lah nanti dia kahwin memang dia bawa bini dia tidur rumah Arian! Baru dia tahu yang Farraz pun boleh buat scene romantik!

"Farraz, isnin nanti kau kena masuk pejabat." Tiba tiba Arian bersuara buatkan Farraz terkejut. Brek ditekan. Serentak itu ketiga tiga tubuh di dalam kereta terdorong ke depan.

"Aduh, awak ni kenapa Farraz? Ada unta lalu ke dekat depan tu?" Ayra usap dahinya. Mesti dah merah terhantuk dekat kerusi penumpang hadapan. Padah tak pakai seatbelt! Arian berpaling ke belakang. Seatbelt nya pantas dileraikan. Ditarik wajah Ayra agar memandangnya. Bibir diketap bila terdapat kesan merah di dahi itu.

"Sorry, Ayra. Ni husband you ni!"

"Aku pula? Ni dahi bini aku ni macam mana?" Jemari Arian sibuk mengusap dahi Ayra. Dah merah!

"Tak apa. Tak sakit pun. Kenapa awak brek mengejut Farraz?" Ayra masih menyoal. Tak puas hati bila pertanyaannya tak mendapat jawapan lengkap. Tangan Arian ditolak lembut sebelum dia sandarkan tubuh ke kerusi.

"Arian ni! Ada ke dia halau I balik pejabat isnin nanti? Sekarang dah hari sabtu-"

"Ingat sikit kau tu tak ada cuti. Aku ni tengah cuti. Kau kena lah ada dekat pejabat. Dah kalau kita dua dua tak ada dekat pejabat kau ingat ada jin ke nak handle kerja dekat sana?" Rengus Arian. Geram! Farraz ni kadang bodoh dia tak bertempat.

"Bagi lah aku have fun sikit!"

"No way! Now, drive."

"Benci!"

Senyap. Tak ada lagi suara yang mengisi suasana di dalam kereta. Farraz fokus memandu, Ayra pula kusyuk memandang pemandangan di luar tingkap, Arian pula tenang bersandar memandang ke hadapan sehigga lah kereta berhenti bergerak.

"Lifeline, kita dah sampai." Arian terlebih dahulu turun. Dia buka pintu di sebelah Ayra sebelum membantu wanita itu turun.

"Thank you, husband."

"Welcome, lifeline. Tunggu sini sekejap. Saya nak ambil beg dekat belakang."

Ayra mengangguk kemudian dia menoleh ke sebelah melihat wajah cemberut Farraz yang sudah berdiri di sebelahnya bersama luggage.

"Merajuk dengan Arian ke?" Soalan bodoh keluar dari mulut Ayra buatkan Farraz menjeling geram.

"Laki you tu kejam tau! Di halaunya I? Tak guna punya kawan!"

Ayra tergelak kecil. Aduh! Siapa sangka lelaki sasa seperti Farraz ni manja dengan Arian? No one know!

Terhenti gelak Ayra bila tiba tiba dia lihat Farraz tegakkan tubuh. Berkerut keningnya memandang.

"Dekat sini you kena hati hati." Farraz berbisik keras. Matanya memandang sosok yang sudah melangkah turun dari tangga rumah.

"Hati-hati? Kenapa? Ada hantu ke?" Ayra turut memandang ke arah tersebut. Tak mengerti. Kepalanya memandang ke sekeliling.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now