Bab 18

772 68 8
                                    

Even the kindest hearts get tired too.

Tergendala aktiviti Ayra bila telinganya menangkap bunyi dari telefon miliknya. Tangannya yang basah segera di keringkan dengan kain kecil yang tersangkut di tepi pinggangnya. Kakinya mengorak langkah ke arah kitchen island. Telefon dicapai sebelum matanya membulat sedikit. Mesej dari Arian.

Busy ke?

Ayra kerutkan kening. Dah kenapa? Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba saja tanya orang busy ke tak? Ayra jongketkan bahu.

Tak.

Send! Tak sampai seminit Ayra menunggu, dia lihat Arian sudah membalas.

How's life? So far?

Oh. Tu ke dia nak tanya? Ayra rasa nak gelak. Dah hampir sebulan mereka tak bersua. Ayra pula sudah jarang ke café. Hanya datang untuk memantau serba sedikit selebihnya dia serahkan pada Encik Khalid. Bukan hendak mengelat namun dia sedikit sibuk menyiapkan beberapa hal untuk perkahwinan nya.

Oh, sebut tentang kahwin...

Seminggu lagi dia akan melangsungkan majlis pernikahan. Dan sepanjang tempoh ini, syarat yang dia tetapkan dituruti dan dilaksanakan dengan baik. Dia hanya bertemu dengan Umi beberapa kali untuk menguruskan hal hal yang berkaitan.

All good, but...

Ayra tarik nafas sedikit. Baru dia hendak hantar pesanan lagi, mesej Arian sekali lagi terpampang di skrin buatkan dia tersenyum lucu.

But?

Awak tahu kan yang saya akan berkahwin tak lama lagi?

Yeah. I know that.

Ayra tarik nafas. Dia takut sebenarnya. Tapi hanya Arian kawan yang dia ada. Dia perlukan seseorang untuk kongsikan masalah yang dia takuti kini.

I have a little worry about that.

All of sudden? But why?

Someone that I will marry soon. Saya takut... All man nowadays make me scared.

Uh, hm...

Jatuh melengkung bibir Ayra. Dah agak. Pasti Arian anggap dia ni childish!

Do I scared you?

Eh! Ayra kerutkan kening. Sama ada tak faham akan soalan Arian atau terkejut dengan persoalan lelaki itu?

No.

Then all your problem are solved! Nothing to be worried.

Huh? Sumpah Ayra tak faham.

Saya tak faham apa yang awak maksudkan.

Tak ada balasan. Ayra setia menunggu. Seminit... dua minit... lima minit... dah sepuluhminit dan tak ada tanda tanda lelaki itu akan membalas pesanannya.
Ayra lepaskan keluhan. Sesak otaknya saat ini. Dah dia tergantung tanpa jawapan

Sesekali Arian kerling tubuh di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesekali Arian kerling tubuh di hadapannya. Kemudian, dia lepaskan keluhan kasar.

"Kau ni dah kenapa? Muka macam tapai basi." Arian jongketkan kening. Naik pelik dia. Hari ni seawal 9 pagi, Farraz dah datang bilik kerja dia dengan wajah masam. Tak ada suara, tak ada perbualan. Sekadar datang tayang wajah masam.

"Tak ada apa." Farraz membalas lemah. Wajahnya masih cemberut. Jemarinya menguis sedikit helaian kertas di atas meja Arian.

"Tak ada apa? Kalau tak ada apa, kenapa muka kau masam macam asam keping?"

"Tak-"

"Fine, kalau tak ada apa..."

Farraz angkat wajah memandang riak serius Arian.

"Nampak pintu tu?" Arian tunding pada pintu bilik itu.

Farraz angguk.

"Boleh keluar ikut pintu tu sebelum aku keluarkan kau dari bilik ni ikut tingkap." Balas Arian selamba. Dengan muka beku, dia sambung buat kerja. Malas layan!

"Sampai hati kau nak campak aku ikut tingkap... Kalau aku mati macam mana?"

"Aku tanam."

Farraz hentak kaki. Geram sungguh lah dengan perangai sepupu dia ni!

"Aku potong kang kaki kau tu. Bising lah!"

Senyap. Farraz menekur kaki sendiri.

Arian donggakkan kepala. Eh? Senyap dah? Takut kaki kena potong ke?

"Arian..."

Jeda. Arian senyap namun tumpuannya beralih sedikit ke arah sahabatnya itu.

"Tak lama lagi kau dah nak kahwin..."

"So?"

"Nanti..." Farraz masih menunduk. Sebak rasa. Buat malu saja lah!

"Nanti, kau kawan dengan aku lagi tak?"

Oh, Farraz. Arian ukir senyuman nipis. Dah lama dia tak nampak sisi Farraz yang ini. Kali terakhir adalah sebelum dia berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.

"Mesti lah."

"Tapi nanti kau dah ada isteri..."

"Kau tetap kawan aku."

"Nanti kau dah sibuk dengan hal rumah tangga kau."

"Kita akan tetap keluar lepak macam selalu."

"Macam mana kalau isteri kau tak bagi kau jumpa aku?"

"Tak, aku yakin dia akan izinkan. Nanti kau pun kena berkawan dengan dia."

Farraz angguk sedikit. Mutiara jernih yang hampir keluar dari pelupuk mata segera di seka. Sungguh, dia sebak! Arian dah nak kahwin.

"Kalau... Kalau isteri kau tu tak hargai kau... kau bagitahu aku, tau? Nanti aku sebat dia."

"Amboi! Bini aku tu!"

Gelak. Pecah tawa mereka berdua. Arian senyum sedikit. Tak sangka hal hal ini yang Farraz risaukan.

Oh, Allah. Please blease our friendship till Jannah.

"Kau janji dengan aku..." Farraz hulur jari kelingking miliknya.

"Janji apa?" Dahi Arian berkerut namun dia hulur jua jari miliknya.

"Yang kau akan bahagia... Tanpa atau ada aku... Tolong bahagia..."

Oh. Arian tarik nafas. Tolong jangan sedih! Orang kacak tak nangis.

"Aku... Aku janji..." Dapat dia rasa getaran pada suaranya. Selama ini... Farraz lah yang banyak menyokongnya. Melihat jatuh bangunnya. Melihat semua air matanya. Di balik wajak lelakinya, di balik aura maskulinnya. Tak pernah ada yang tahu bahaawa dia juga pernah merasai titik terendah dalam hidup. Hanya Farraz. Hanya Farraz yang sentiasa ada untuknya.

"Apa pun jadi selepas ni, apa pun dugaan dan ujian yang Allah turunkan..." Farraz tarik nafas sebelum menyambung semula bicaranya.

"Berhenti salahkan diri sendiri dalam semua hal. Kau tak seteruk apa yang kau sangka kan. Sebab yang tak merasakan, tak akan faham dan yang tak mengalami tak akan pernah mengerti walau saat tu kau terduduk sekali pun tak akan pernah ada yang faham. Melainkan diri kau sendiri."

Arian senyum. Dah mamat ni buat scene sedih pula! Orang nak kahwin bukan nak pergi perang!

"You're unique, Farraz. People are people but you're a shoulder. Someone that I would lean on." Bisik Arian. Hanya dia yang mendengar. Hanya dia yang tahu. Cukup dia yang tahu bahawa Farraz adalah sahabat terbaik yang pernah dia miliki.







sekarang saya tengah final exam, saja curi masa sikit update ArianAyra :) nanti lepas saya settle exam kita pulun update banyak banyak k!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now