Bab 57

209 21 0
                                    

Jangan mudah sangat percaya dengan orang kerana sebuah pengkhianatan datangnya daripada sebuah kepercayaan.

Arian tanggal pakaian pada tubuh. Ada sisa bubur yang melekat di situ buatkan tubuhnya melekit tak selesa. Dia baru pulang dari rumah sewanya melawat Citra dan habuannya semangkuk bubur dicampak ke arahnya. Alhamdulillah, wanita itu sudah dikeluarkan dari hospital. Namun, keadaan wanita itu sedikit menyentuh hati. Mana kan tidak saban hari, Citra menangis. Dah masuk dua minggu namun keadaannya masih sama. Tak membaik malah memburuk.

"Citra nak mak... Citra nak anak Citra..."

Itulah ucapan yang saban hari wanita itu ucapkan. Wanita itu separuh gila rindukan orang orang yang sepatutnya ada di sekelilingnya.

"Awak? Kenapa awak balik awal sangat ni?" Ayra menyoal pelik.

"Citra yang minta abang pulang." Baju kotor di masukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

"Dia..."

Arian mengangguk. "Dia masih marahkan abang. Kalau abang tak masukkan dia dalam penjara mesti Mak Ngah tak meninggal dunia. Kalau abang tak nikahi dia lebih awal mesti dia tak stress dan makan ubat tu berlebihan. Dan mesti... Anak dia masih hidup." Arian buang keluhan kecil.

"I think you should stop." Ayra menggeleng kesal.

"Stop what?"

"Stop put people as your priority. You have your own pride."

"Tak ada istilah kalau dalam kehidupan ni, Arian. Semua benda dah disusun elok."

Ke kanan sudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ke kanan sudah. Ke kiri juga sudah. Kali ini Ayra cuba baring terlentang di atas katil. Bantal empuk di pinggang juga sudah di tolak jatuh dari katil. Tak sedar Ayra mendengus kasar. Arian yang lena tidur di sisinya di pandang sekilas. Air liur ditelan berkali kali. Nak tak nak dia kena kejutkan juga lelaki itu.

"Awak..." Pipi Arian dicucuk lembut.

Terbuka mata Arian. Terkebil kebil dia seketika sebelum dia menoleh ke arah Ayra yang sudah duduk di sisinya.

"Kenapa ni? Sakit? Tak selesa?" Arian bangkit dari baring. Tubuh Ayra dibelek sebelum tangannya ditolak lembut oleh wanita itu.

"Saya tak dapat tidur." Akhirnya Ayra luahkan jua rasa di hati. Jemarinya sibuk menguis nguis selimut di atas paha.

"Oh..." Arian garu kening. Nak buat apa ni?

"Meh abang bacakan surah." Baru tangan Arian bergerak hendak mencapai telefon di atas meja, lengannya sudah dipaut oleh Ayra. Serentak itu keningnya terjongket.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now