Bab 3

1.2K 83 26
                                    

Before you think that nobody loves you remember that someone,somewhere,sometime has secretly cried for you, prayed for you and sacrificed for you.

Genap dua minggu. Ya, genap dua minggu selepas insiden patah hati paling agung tahun ini. Berakhir jugalah fasa patah hati dalam diri Ayra Qistina. Cukup dua minggu, tiada lagi air mata kerinduan yang bertandang di matanya. Dia nekad untuk lepaskan dan lupakan segalanya. Biar hanya parut yang tertinggal dan bukan pula perasaan sayangnya pada Taufik.

Selepas pertemuannya dengan lelaki misteri tanpa nama itu, Ayra rasa dirinya semakin membaik. Ayra ukir senyuman bila teringat sticker comel yang dia berikan pada Arian. Moga lelaki itu gunakan dengan sebaiknya.

"Ayra?"

Drastik. Kepala Ayra secara tidak langsung berpaling memandang gerangan yang menyeru namanya.

"Ayah." Ayra berganjak sedikit bila Encik Khalid berura ura untuk duduk di sampingnya.

"Buat apa dekat luar ni? Dah malam ni."

"Saja. Ambil angin." Ayra senyum senang bila tubuhnya dipaut dari tepi. Manja. Tak di nafikan Encik Khalid sangat manjakan dia. Hingga dia tak tahu apa akan terjadi bila dia kehilangan ayahnya.

"Ayra..."

"Ya?" Ayra pandang anak mata ayahnya. Namun lelaki itu hanya memandang ke hadapan. Mata tua itu bekerdip perlahan.

"Ayra dengan Taufik macam mana?"

Dang!

Tudia! Tak ada selok selok dah!

"Macam mana?"

"Ye lah. Macam mana?"

"Macam tu lah." Ayra angkat bahu sambil mengekek ketawa.

Encik Khalid gelengkan kepala. Ada ada saja telatah gadis itu. Matanya kini beralih memandang Ayra yang masih mengekek ketawa di sebelahnya. Nafas di tarik. Dia tahu ada sesuatu yang Ayra sembunyikan. Namun, dia juga tahu yang memaksa Ayra untuk berterus terang bukannya pilihan terbaik yang dia ada.

"Ayra..."

"Ya, ayah."

"Ayra tahu kan yang Ayra boleh kongsi semuanya dekat ayah?"

Ayra angguk sambil ukir senyuman. Ya, itu tak dinafikan. Encik Khalid sentiasa ada untuk dia. Sentiasa.

"Jadi..." Encik Khalid capai jemari Ayra. Di usap jemari itu. Anaknya. Satu satunya permata yang dia ada.

"Kenapa bila Taufik nak kahwin, Ayra tak bagitahu ayah?" Penuh kelembutan Encik Khalid menyoal. Seboleh bolehnya dia tak mahu bertanya namun apakan daya ini soal hati. Dia pasti Ayra terluka dan tak mahu dia tahu akan hal itu.

"Ayah... Ayra..."

"Ayra dah tak sudi berkongsi dengan ayah ke?"

"Eh! Tak! Sumpah Ayra tak terlintas pun nak buat macam tu!" Bersungguh Ayra menafikan bila nada Encik Khalid kedengaran seperti berjauh hati.

Ya Allah! Macam mana dia nak buka pekung di dada tanpa tumpahkan setitis pun air mata. Benar, dia sudah redha. Mengikhlaskan dan melepaskan. Tapi, dia yakin dan pasti air matanya akan tumpah bila berhadapan dengan Encik Khalid. Lelaki yang selama ini besarkan dia tanpa menyakitkannya.

"Ayra, tak semua yang kita cintai tu membahagiakan dan tak pula yang kita benci itu menyakitkan. Sesungguhnya, racun itu ada manisnya tapi sayang ianya membunuhmu dan sesungguhnya ubat itu memang pahit tapi biidzinillah ia menyembuhkan kita."

Berkaca kolam mata Ayra. Hatinya dijentik rasa sayu.

"Menangislah, sayang." Encik Khalid usap bahu anak gadisnya. Dia tahu banyak yang gadis itu pendamkan. Mungkin tak mahu dia risau.

"Ayah..." Tumpah juga air mata Ayra. Deras bagaikan tak bakal temui penghujung. Air matanya mencurah curah tanpa henti. Bahunya turun naik menahan esakkan.

"Nah." Encik Khalid keluarkan tisu dari poketnya. Memang dia sudah jangka reaksi Ayra jadi dia buat persediaan awal.

"Ayah tahu, anak ayah ni akan nangis macam budak lima tahun tak dapat coklat. So, nah."

Tergelak Ayra jadinya. Dicapai juga tisu itu. Dikesat air matanya walau air mata menderhaka tuan. Tetap keluar macam hilang suami!

"Senang ke?"

"Senang apa ayah?"

"Senang ke nak tahan air mata depan orang? Nak kena pura pura senyum walaupun hakikatnya hati tengah berkecai?" Dalam tak sedar Encik Khalid menyindir sikap Ayra. Sesungguhnya, dia tak gemar dengan sikap Ayra yang satu ini. Sembunyikan segala hal yang membuatkan dia terluka dengan alasan tak mahu buat orang tuanya risau.

"Ayra minta maaf. Ayra bukan tak nak bagi tahu ayah cuma-"

"Ayra tak mahu ayah risau? Ayra... Ayah ni sihat lagi tau tak adanya ayah nak kena serangan jantung ke apa kalau tahu perkara macam ni. Ayah tak suka dengar benda macam ni dari mulut orang lain. Ayah nak sentiasa jadi tempat mengadu dekat anak ayah ni."

Ayra tunduk sendiri. Sedar akan silapnya.

"Taufik beritahu ayah?" Walau dia tahu jawapannya, Ayra tanya jua soalan itu. Bukannya dia tak tahu bahawa hubungan ayahnya dan Taufik itu akrab. Malah, Encik Khalid sering suarakan hasratnya untuk bermenantukan Taufik. Tapi tulah jodoh tak panjang.

"Ya, Taufik call ayah minggu lepas. Dia minta maaf sebab dah buat anak ayah ni menangis patah hati. Ayah tunggu juga orang tu datang berkongsi dengan ayah. Tapi tu lah, orang dah tak sudi."

"Ayah...." Ayra sudah muncung sedepa. Tak suka lah!

"Ayah ni tak suka paksa tapi selagi ayah masih celik ni, berkongsi lah."

"Ayah! Tak sukalah ayah cakap macam ni!"

"Ayah gurau je." Tergelak Encik Khalid bila wajah Ayra kembali cemberut. Anak manja!

"Ayra tak suka lah ayah bergurau macam ni."

"Ye lah, puteri ayah."

"Ayra..."

"Ya, ayah."

"Ayra kena selalu ingat tau. There's no relationship witout communication. Talk to Allah, tell Him what you feel and what you want. Thank Him for all the blessing."

Ayra hanya diam mendengar.

"Always be careful with who you open up to. Only a few care, most are just curious."

"Air mata ni..." Encik Khalid seka air mata yang menitis di birai mata Ayra.

"Because you cared about he more than you care about yourself. That's why losing he feels as you lost yourself." Encik Khalid jenti sedikit dahi licin Ayra.

Ayra ukir senyuman. Ya, dia tak akan berpaling lagi. Sampai bila nak biar diri di basahi racun hujan andai ia hanya akan membinasakan. Tanpa asbab yang sahih jari di tunding tepat. Jangan sampai pelangi yang sepatutnya hadir tenggelam dek awan yang kelam.





Kerana CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant