Bab 9

908 71 4
                                    


Maybe not now but one day you will be proud of yourself .

Ayra senyap menjamu selera. Kepalanya statik tak beralih menghadap pinggan. Jarang jarang dia merasa makanan majlis kahwin. Baik nikmati sebaik mungkin. Sesekali telinganya menangkap suara Farraz. Hm, Farraz. Lelaki tu muka boleh tahan. Muka semua cun! Tapi tulah.

"Arian!"

Ya. Suara mamat Farraz ni dah serupa pakai mic. Pengacara majlis yang pakai pembesar suara tu pun rasanya tak dapat lawan suara petir milik Farraz. Okay! Tu auta saja!

"Kau makan senyap senyap boleh tak? Dah macam budak umur 2 tahun, kau tahu tak?" Arian mendengus kasar. Tangan Farraz di lengannya di tolak kasar. Ni nampak dekat orang lain tak pasal pasal kena cop gay!

"Kau ni! Kasar betul dengan aku. Mentang mentang lah ada Ayra." Farraz jeling Ayra.

"Eh, saya pula?" Ayra tunding jari ke wajahnya. Dah dia terlibat sekali.

"Yalah, you!" Sekali lagi Farraz hadiahkan jelingan paling tajam abad ini. Sungguh! Dia rasa tak puas hati bila tak dapat cungkil hubungan antara Arian dan Ayra. Nak kata mereka ni sedang bercinta tak juga. Pandangan mata Arian kelihatan biasa saja. Tak macam sedang di lamun cinta. Ayra juga sama. Mereka mungkin sekadar rakan. Hm. Farraz rasa lepas ni dia kena upah detective conan! Tapi kalau Arian bercinta dengan Ayra pun dia tak ada sebarang masalah. Ayra kelihatan seperti gadis yang baik.

Ayra angkat bahu. Malas nak bergaduh. Silap silap dia yang kena beralah dengan Farraz. Baru dia hendak menyambung aktiviti beri saka makan matanya menangkap pasangan pengantin yang sedang melangkah tenang ke arah mereka. Tak senang duduk dia jadinya. Matanya beralih memandang Arian. Ergh! Mamat ni tak perasan pula! Tengah kusyuk jamah makanan sampaikan ex datang pun dia tak perasan! Tolong!

"Hye!" Ayra rasa nak hempuk saja kepala Farraz saat ni. Dah kenapa mamat ni pergi sapa pula?

"Hye.. Ni mesti Farraz kan? Ni pula mesti Arian."

Ayra putar bola matanya. Rasa jengkel pula dengan suara mesra alam Taufik. Padahal sebelum ni suara tu bagaikan irama merdu di telinga. Biasa lah. Tengah angau bercinta kan, apa saja yang tak indah. Kentut pun rasa wangi.

"Ayra..."

Sumpah! Ayra rasa nak tekup muka pada pinggan! Kenapa kena panggil nama dia lagi? Buat tak kenal sudah lah!

Ayra angkat kepalanya. Keningnya di angkat sedikit. Malas nak keluarkan suara.

"Tak sangka. Awak sudi datang."

"Ayah ada hal. Saya hanya wakil kan ayah."

"Oh, tak apa-"

"Ayah kata selamat pengantin baru." Segera Ayra pintas sekaligus matikan ayat Taufik. Sebenarnya dia malas nak berlama dekat sini. Menyakitkan hati! Memanglah dia kata yang dia dah move on tapi tu tak bermaksud dia dengan senang hati lihat bekas kekasihnya di satukan dengan orang lain.

"Terima kasih." Taufik hulur senyuman tawar.

"Arian, saya-"

"Farraz, aku rasa aku kena pergi tandas lah." Arian segera bangkit dari duduknya. Cepat cepat dia hilangkan diri.

"Dia sakit perut tu." Farraz hulur senyum jangal. Tak pasal pasal dia pula yang kekok dekat sini.

"Ayra, boleh saya bercakap dengan awak? Berdua?"

Ayra kelu sendiri. Risau jika perbualan antara mereka akan menggoyahkan pendiriannya. Hakikatnya, bukan mudah untuk dia melalui fasa patah hati itu.

Ayra pandang wajah Taufik seketika. Lambat lambat dia bangkit dari duduk. Beg tangan di capai. Dia tak rasa dia akan kembali ke meja ini. Seleranya sudah mati. Nawra pula kelihatan sudah duduk di sebelah Farraz. Dua tubuh itu kelihatan seperti berbincangkan isu serius. Tak dapat Ayra tangkap perbualan itu namun dia lihat Farraz hulurkan tisu bila bening mata Nawra seolah olah memerah ingin melepaskan tangisan.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now