Bab 36

264 24 0
                                    

Well true love does exist when you found the one.

Pintu rumah dikuak sedikit. Cukup cukup untuk memuatkan tubuhnya melepasi ruangan itu. Matanya meliar memerhati sekeliling mencari susuk tubuh isterinya.

"Lifeline?"

"Sayang?"

"Ayra?"

"Wife?"

"Ayra Qistina?"

Suara Arian kedengaran. Namun, suaranya sekadar bergema tanpa menerima sebarang sahutan. Rumah kelihatan kosong seolah olah tak ada sesiapa di situ.

Tak fikir panjang, kakinya terus saja melangkah ke tingkat atas. Menuju ke bilik mereka. Pintu bilik ditolak. Gelap. Pasti tak ada orang. Arian letakkan beg kerjanya di atas satu meja separah pinggang di tepi pintu. Kemudian kakinya melangkah menghampiri katil. Punggung di labuhkan. Tak samai sesat dia kembali bangkit.

"Nampak dek Ayra, mahunya aku kena sepak lagi." Segera Arian berpindah untuk duduk di atas lantai. Dia tahu akan Ayra sangat tak suka bila Arian duduk di atas katil tanpa mandi terlebih dahulu. Arian dah taubat! Pernah sekali dia balik dari kerja dan terus duduk di atas katil tanpa mandi terlebih dahulu siap main telefon bimbit. Berdesing telinga dengar bebelan Ayra saat itu. Mujur saja kaki wanita itu tak melayang menyepaknya.

Bila tubuhnya sudah selamat duduk di atas lantai, Arian keluarkan telefon miliknya dari kocek seluar. Hendak memeriksa jikalau Ayra ada tinggalkan pesanan buatnya.

Saya masih dating dengan ayah. Sebelum maghrib kami balik. Tunggu saya, kita dinner sama sama. Take care! Love you, husband.

Serentak itu bibir Arian menguntum senyuman. Hilang segala lelah hari ini. Dapat 'love you' siapa je rasa tak melayang? Dah berkepak hebat dah perut ni.

Kepala Arian tergeleng kecil. Bibirnya melepaskan tawa perlahan. "Anggau dah aku ni."

Serentak itu dia bangun mencapai tuala. Lebih baik mandi sementara nak tunggu Ayra pulang.

Keluar dari tandas, mata Arian menangkap beg tangan milik Ayra di atas katil. Matanya melirik ke arah jam. Hampir menjenggah manghrib.

Pintu tandas kembali di katup sebelum tubuhnya berpaling ke arah wardrobe.

Buk!

Berkerut kening Arian bila ada sesuatu merempuh tubuhnya. Dadanya di usap sedikit. Boleh tahan sakit. Tubuh di hadapannya dipandang pelik.

"Ayra? Kenapa ni?" Wajah Ayra yang sedang tersengih di pandang sekilas. Kepala Ayra diusap sebelum dia kembali melangkah.

Ayra masih tersengih. Kakinya melangkah mengikut susuk tubuh Arian.

"Abang nak pakai baju." Arian mengerut pelik. Dah kenapa nak mengekor dia ni?

Ayra masih tersengih. Tangannya yang berada di belakang tubuh di bawah ke depan.

"Saya belikan ni." Bibir Ayra tersenyum lebar.

Arian sengetkan wajah memandang objek di tangan Ayra. Tangannya bergerak menyentuh dahi Ayra. Tak panas. Tapi kenapa perangai pelik sangat?

"What? Nothing wrong with ice cream sunday on thursday."

Serentak itu Arian tergelak. Kepalanya terdongak memandang ke atas. Ayra dengan lawak dan muka polos tu memang tak dapat dipisahkan!

"Yeah, tapi abang tak suka makan makanan manis. Nanti gigi rosak." Arian berpaling kemudian bergerak mencapai satu tshirt berwarna biru gelap kemudian di sarung ke tubuhnya.

Kerana CintaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin