Bab 22

776 55 3
                                    

Relationships won't heal you and being single won't kill you. Remember that.

Usai sarapan, Arian terus saja ke laman hadapan rumah. Katanya nak basuh kereta. Ayra pula selesaikan tugasnya untuk lap meja makan. Pinggan mangkuk yang digunakan untuk bersarapan pula sudah Arian basuh sebelum keluar ke laman. Puas Ayra menegah namun lelaki itu tetap saja keras menolak.

"Awak tu bukan bibik saya. Tugas dalam rumah tangga tu tanggungjawab saya." Geleng kepala saja Ayra mendengar. Tak apalah, ringan juga beban dia kalau Arian tak berat tulang hulurkan bantuan.

Usai bersihkan meja makan, Ayra buka langkah ke laman rumah. Tak lupa, secawan kopi turut dibawa untuk Arian dan secawan susu untuknya. Ingat budak kecil je ke boleh minum susu? Dia ni pun nak tinggi tahu? Sampai saja di laman, dia lihat Arian sedang pegang getah paip. Dijirus ke arah pokok pokok yang di tanam oleh Encik Khalid. Eh, tadi kata nak basuh kereta?

"Awak?"

Arian segera berpaling dengan senyuman. "My lifeline..."

"Tadi kata nak basuh kereta. Ni kenapa dah siram pokok pula?" Ayra letak kan cawan di atas meja kecil. Keningnya berkerut pelik.

Arian sengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Tak jadi. Hari nak hujan."

Ayra lihat dada langit. Ya lah, mendung macam nak hujan. Ayra angguk sedikit. Dia labuhkan duduk, memandang Arian yang meneruskan kerja menyiram pokok. Eh? Dia pandang pula langit. Dah mula gerimis. Keningnya berkerut hebat.

"Awak..."

"Hm, yes my lifeline." Arian menyahut namun tubuhnya tak berpaling. Kusyuk melakukan aktivitinya. Sejujurnya dia nak elakkan bertemu empat mata dengan Ayra. Bila ingat semula kata kata Ayra...

"That's my boy." Argh! Dia masih malu dengan usikan Ayra.

"Kenapa awak siram pokok tu?"

"Sebab pokok perlukan air." Laju Arian membalas. Tolong lah! Buat masa ni otaknya rasa tak mampu berfungsi dengan baik. Dia... Dia dah rasa macam gila bayang! Suara Ayra buatkan otaknya jadi tak betul!

"Tapi sekarang dah gerimis. Kejap lagi mesti hujan lebat turun."

Pap!

Jatuh getah paip di tangan Arian. Ya Allah, kenapa dengan dia ni? Tak pernah di buat orang siram pokok waktu hujan!

Arian garu belakang tengkuk. Janggal. Dia sengih pada Ayra sebelum kepala paip terus dimatikan. Buat malu saja lah! Getah paip dicapai dan digulung semula. Matanya melirik sedikit ke arah Ayra.

"Ayra..." Serunya perlahan. Matanya menggamit agar Ayra datang merapat.

"Ya?" Ayra bangun dari duduk. Melangkah menghampiri Arian.

"Kejap lagi boleh tak awak pergi tutup cawan tu?" Arian tunding jari pada cawan di atas meja.

"Kenapa?" Ayra berkerut pelik. Dua cawan itu dipandang pelik.

"Tak elok lah biar cawan tu terdedah macam tu. Nanti awak nak minum lagi kan?"

"Ya. Tapi kenapa tak elok?" Ayra masih berkerut. Tak mengerti.

"Nanti syaitan kencing."

"Oh..." Ayra mengangguk faham.

"Arian?"

"Yes, my lifeline." Arian tarik lengan Ayra agar merapat dengannya. Jemarinya menolak masuk rambut Ayra yang terkeluar dari tudung. Rasa janggal ditepis jauh jauh. Hish! Buat malu saja lah. Arian ni minum kopi tau, tak boleh malu malu.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now