Bab 19

745 67 3
                                    

Without Allah you're nothing.

Sesekali matanya melirik ke sebelah. Nafas di tarik sebelum dihembus perlahan.

"Sayang..."

Pantas saja kepala itu berpaling memandangnya dengan senyuman.

"Ya."

Taufik senyum sedikit bila lengannya dipaut mesra.

"Sayang okay ke tak ni?" Taufik usap dahi isterinya.

"As long as I'm with you..." Nawra capai jemari suaminya.

"I'm good."

Taufik angguk. Dia kemudian palingkan pandangan ke televisyen. Menyepi untuk beberapa detik.

"Arian nak kahwin." Taufik melirik seketika memandang riak wajah isterinya. Cuba mengesan jikalau ada sebarang perubahan.

Nawra angguk. Kemudian dia berpaling dengan senyuman.

"Saya tahu." Dia senyum segaris.

"Nak pergi?"

Nawra menunduk sedikit.

"Saya..."

"Tak apa sayang..." Taufik usap pipi itu. Faham akan gundah di hati itu.

"Saya tak tahu sama ada Arian masih anggap saya kawan dia atau tak." Wajah itu masih menunduk. Menutup kesedihan dalam diri.

Taufik senyum. Dia faham akan hati wanita itu. Siapa saja yang tak sedih bila persahabatan bertahun lamanya musnah. Tak mudah untuk kembali pulih.

"Hey, smile you're beautiful." Taufik tolak dagu runcing itu memandangnya. Matanya jatuh memandang cecair jernih yang mula mengalir di pipi itu.

"Cause my beautiful girl should never be sad." Diusap pipi itu, menghapus air mata.

"Sayang kena sentiasa ingat, Allah takkan kenalkan kita dengan seseorang tanpa sebab. Everything must be a reason." Kini Taufik tarik tubuh itu ke dalam pelukan.

"Andai kata saya dan Arian kembali bersahabat, awak akan benarkan?" Nawra donggak memandang wajah lelaki itu.

"Jangan risau sayang. Saya tahu hati awak pada dia sekadar sahabat. Tak lebih dari tu. Lagipun saya tahu yang saya ada tempat istimewa dalam hati awak tu." Taufik senyum lagi kali ini tangannya kembali mengusap pipi isterinya.

"Dan andai kata persahabatan ni tak dapat diselamatkan..." Taufik tarik dagu Nawra agar memandang wajahnya.

"Sayang kena redha."

Nawra angguk.

"Redha tu bila Allah ambil apa yang kita sayang dan kita belajar untuk terima semuanya walaupun perit." Taufik kucup dahi itu.

"Terima kasih sebab selalu ada untuk saya." Nawra dakap erat tubuh Taufik. Semoga semuanya baik baik saja.

"Sama-sama kekasih ku."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana CintaWhere stories live. Discover now