Bab 10

1K 67 2
                                    

You know you're traumatized when someone treats you right and you think they are joking.

"Kau cakap apa dekat dia? Marah sungguh tu." Arian selamba bertanya. Namun, wajah Taufik lansung tak di pandang. Matanya sekadar memandang Ayra yang melangkah menjauhi mereka. Dia dah boleh bayang bebelan dari bibir itu. Pasti dah berbakul dia sumpah seranah Taufik.

"Nothing. Aku cuma nak betulkan semua benda."

"Sekarang?" Laju kepala Arian berpaling. Mukanya berkerut tak puas hati.

Taufik pandang pula wajah Arian. Salah ke dia nak jelaskan semua perkara sekarang? Tak kan?

"Betul lah Farraz kata orang bijak ni bengap soal hati." Perlahan Arian mengomel.

"Kau ingat Ayra tu apa? Tak ada hati? Taufik, macam ni lah. Aku nak nasihat kau lebih lebih pun tak boleh sebab aku pun tak cerdik sangat untuk topik ni." Arian urut pelipisnya. Kemudian, dia menoleh pula memandang kelibat Nawra yang menghampiri Taufik. Dua orang manusia ni dah lupa ke yang mereka ada majlis dekat dalam? Boleh pula melepak dekat luar ni.

"Sekarang. I mean, lepas saja semua ni jadi. Lepas kau dah selamat disatukan. Lepas apa yang jadi ni, aku tak rasa Ayra nak dengar lagi apa apa dari mulut kau. Sebab apa? Sebab semua tu tak akan dapat betulkan keadaan. Penjelasan kau tak akan dapat pulihkan hati dia yang dah pernah hancur." Mata Arian menangkap pergerakan Nawra yang memaut mesra lengan Taufik. Dia senyum tawar. Cemburu? Tidak sama sekali. Hatinya sudah mati.

"Apa pun yang kau cuba buktikan, aku nasihatkan kau untuk simpan semuanya sendiri. Tak perlu beritahu Ayra kebenaran yang pada akhirnya akan sakitkan dia." Arian buka langkah mengikut jejak Ayra. Dia tahu jika di biarkan Ayra pulang ke rumah sendirian pasti rumah lain yang akan di tuju gadis itu. Rumah yang kekal abadi.

"Arian." Suara Nawra gemersik menyapa telinga sekali gus menghentikan langkah Arian.

"Ya." Arian langsung tak berpaling. Cukup suara sebagai reaksi yang dengar akan seruan itu.

"Saya harap lepas apa yang jadi antara kita tak akan gugat persahabatan kita. Saya sayangkan persahabatan kita."

Arian sekadar menggangguk. Dia faham akan hakikat itu. Namun, hatinya juga perlukan waktu.

"Saya faham dan saya harap awak dapat berikan saya sedikit waktu. Hati saya juga perlukan masa untuk sembuh."

Arian buka langkah mengejar jejak Ayra. Langkah panjangnya di buka sehingga suara omelan Ayra menyapa telinga. Arian tarik sedikit beg tangan gadis itu buatkan Ayra menjerit lantang.

"Perompak!"

Oh, not again! Arian rasa nak tolak Ayra dalam gaung! Kenapa lah dia ni sering kali di cop perompak?

"Hey! Ni aku lah."

Ayra segera berpaling kemudian beg tangannya di campak kasar ke muka Arian. Tak peduli dengan riak terkejut lelaki itu.

"Dah kena cop perompak, kena campak handbag pula." Arian menyambut cekap beg itu.

Ayra seka kasar air matanya. Sakit hati pula bila Arian dapat menangkap beg tangan itu.

"Kenapa ni? Tak move on lagi ke? Ayra, kumbang bukan seekor."

"Masalahnya asyik jumpa babi je, kumbang tak muncul muncul pun!" Ayra merengus kasar.

"Ayra, tak manis bila perempuan macam awak keluarkan kata kata kesat." Tak sedar teguran itu keluar dari bibir Arian buatkan Ayra juga menunduk kesal dengan sikapnya. Tak sangka api kemarahannya akan buatkan dirinya nampak seteruk ini.

Kerana CintaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα