Bab 15

836 60 2
                                    

Don't worry about those who talk behind your back. They're behind you for a reason.

Ayra angkat jemari nya. Jari manisnya kini dihiasi cincin belah rotan sebagai tanda merisik dan cincin tunang. Mata Ayra terkatup rapat. Rasa takut tiba tiba menyentak hati buatkan dia tak keruan. Betul kah keputusan yang dia ambil ni?

Ya, masa berlalu dengan sangat pantas dan syukurlah pihak lelaki setuju dengan segala syaratnya. Bahkan, cincin ini juga hanya disampaikan pada ayah semasa dia keluar ke café.

"Hm, agaknya macam mana alur perkahwinan tu nanti ya?" Ayra bangkit dari baringannya. Lama dia termenung sebelum dia teringat akan sesuatu.

"Ini cincin risik dan tunang." Encik Khalid ulurkan dua kotak baldu. Ayra sekadar menyambut saja. Wajahnya langsung tak beriak. Dia penat sebenarnya. Seminggu ini kerja rasa digandakan bila kena melayan pelanggan tetap. Siapa lagi kalau bukan Arian.

"Ayra, naik dulu. Nak mandi. Nak solat." Ayra hulur senyuman. Baru dua tapak dia melangkah sekali lagi suara Encik Khalid menyapa telinganya.

"Kejap, Ayra."

Terus Ayra palingkan tubuh. Dia lihat Encik Khalid capai jambangan bunga di atas meja. Seketika mata Ayra membulat. Drastik. Ni...

"Tunang kamu kirimkan ni sekali. Dalam ni ada surat juga. Nah."

Ayra senyum mengingati itu. Terus matanya menangkap jambangan di atas mejanya. Lengsung tak diusik. Dia tak berminat dengan bunga. Perempuan lain mungkin suka. Tapi bunga ni bukan bunga biasa...

"Dia order ke crochet bouquet ni?" Ayra belek kuntuman itu. Ada beberapa kuntum bunga yang dikait kemas. Cantik. Ada lavender, rose, tulip and sunflower. Is it a mixed bouquet of flower.

Ayra senyum sendiri. Kemudian, dia capai pula surat yang diselitkan di antara kuntuman bunga itu. Belum sempat lipatan kertas itu di buka, tawa Ayra sudah terlepas.

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca harap balas.

Dia nak kahwin dengan budak sekolah ke ni? Ayat lapuk! Di buka lipatan surat itu. Sesekali bibirnya menguntum senyum. Kadang gelaknya pecah juga. Aduhai!

Ke hadapan bakal isteriku,

Assalamualaikum. Sebenarnya saya agak kekok nak tulis surat ni. Tapi budi pekerti membawa saya ke sini. Membalas surat yang telah bakal makmun ini kirimkan. Pertama sekali, selamat hari isnin tunang saya. Ketahui lah bahawa esok adalah hari selasa. Gurau. Semoga dengan gurauan sendu saya ni akan ada senyuman yang menghiasi bibir kamu.

Hari ni, saya hantarkan dua bentuk cincin. Saya juga turuti setiap syarat yang telah awak tetapkan. Beralah tak bermaksud kalah, bukan? Tak mengapalah, saya Cuma doa agar saya menang dala menakhluki hati yang di sana. Blushing ke tu? Okay another gurauan! Tak banyak yang saya harapkan sekadar berharap kita saling menghargai dan melengkapi. Saya juga banyak kurangnya dan tak banyak istimewanya sekadar sedap mata memandang. Dua bentuk cincin sebagai tanda hubungan antara kita. Saya harap awak tak lari sebab saya dulu atlet sekolah jadi untuk kejar awak, hm kacang saja! Cincin tu saya harap awak pakai lah. Walau pada saat ini awak tak tahu siapa pemberinya. Tak mengapa, cukup saya tahu bahawa awak ikhlas menerima saya seadanya bila awak pakai cincin tu. May Allah guide you to me.

Oh ya, awak mesti dah dapat crochet bouquet tu kan? Mesti lah kan awak tengah baca surat dari saya ni. Crochet tu... Saya buat sendiri tahu. Awak jangan ingat saya order pula! Bila dapat surat dari awak minggu lepas, saya terus mula buat crochet ni. Boleh saja saya berikan awak bunga segar tapi tu bukan diri saya. Saya suka tunjuk effort. Saya nak awak rasa effort saya. Lagi pula, bunga segar pasti akan layu dan saya tak nak hubungan kita macam tu. Lebih baik crochet kan? Cantik dan kekal. Macam awak. Saya tak tahu apa yang awak suka tapi tak mengapa saya ni penyabar tau! Saya suka mengkaji lebih lebih lagi cara untuk dapatkan hati awak. Harapnya awak dapat rasa effort saya ni. Jangan risau saya ni workaholic so i don't mind to overtime just for you! Cringe! Tak apa lah tulis panjang panjang saya rasa makin merepek pula. Keep smiling, my lifeline. More effort on the way! Make sure you have a lot of space to keep this safe. Here's the end of the letter, your beloved coffee that will roast you heart! Yeah! You blushing again!

Lagi! Ayra senyum entah untuk kali yang ke berapa. Pipinya sudah naik lenguh. Tak tahu mengapa dia suka semua yang tunangnya itu sampaikan melalui surat. Hatinya berbunga riang.

Ayra kembali berbaring. Jambangan bunga itu di angkat tinggi. Betul. Bunga ni tak akan pernah layu. Dia senyum lagi. Perutnya rasa dipenuhi rama rama. Bunga itu kemudian di peluk erat. Semoga bahagia ini berkekalan. Semoga tak akan ada luka lagi.

Tapi...

My lifeline?

Ayra yakin dia pernah dengar ungkapan itu. Tapi bila? Di mana? Dan paling penting... Siapa yang ucapkannya?






Busy sikit lately ni tapi saya nak up new chapter juga, so here we go a really really short chapter!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now