Bab 7

1K 82 18
                                    

The less you respond to negativity the more peaceful your life becomes.

Arian campak kunci keretanya di atas meja. Tubuhnya terus di rebahkan ke atas sofa. Dia lepaskan lelah seketika. Mata di pejam rapat.

"Ingat rupanya jalan balik." Farraz cekak pinggang. Dia berdiri tegak sambil kepalanya digelengkan beberapa kali. Dah serupa mak mak!

Berdesing telinga Arian. Dah datang dah bala ni. Dia buka sedikit kelopak matanya.

"Jangan membebel lah. Sakit telinga aku ni." Dia gosok sedikit cuping telinganya.

"Kau dari mana? Pagi pagi buta dah hilang. Ingatkan jin mana lah culik kau." Farraz menyoal garang. Dia tolak sedikit tubuh Arian, kemudia dia duduk di sisi lelaki itu.

"Amboi, jin."

"Ye lah. Aku nak bersangka baik kau solat subuh kat masjid pun tak boleh." Farraz julingkan matanya.

"Kau ingat aku jahil sangat ke?"

"Sikit lah." Arian angkat bantal sofa di tepinya. Di hempap wajah Farraz. Geram!

"But kau dari mana sebenarnya?"

Arian julingkan mata. Tak habis lagi topik ni rupanya. Nak cakap yang dia melepak dekat cafe pakej isi masa dengan Ayra, nanti banyak pula soalan mamat ni. Nak tipu? Ish! Dosa!

"Aku..." Arian garu tengkuknya.

"Cakap lah cepat!" Farraz jegilkan mata. Apa yang susah sangat nak beritahu ni?

"Aku lepak dekat cafe."

"Oh." Serentak itu Farraz angguk kan kepala. Lepak rupanya. Hm. Sampai hati tak bawa dia sekali!

"Dengan siapa? Sampai hati tak bawa aku." Farraz tayang wajah masam. Sampai hati!

"Kawan." Ringkas Arian membalas. Farraz angguk lagi. Sebelum dia kerutkan kening. Kawan?

"Kawan yang mana?"

Dah serupa mak mak Farraz ni!

"Kawan lah. Kau tak kenal." Arian sudah tak senang duduk. Janganlah Farraz terus terusan asak dia dengan soalan naik pening kepala dia.

"Lelaki ke perempuan?"

Ha! Sudah! Arian sudah tayang wajah cuak. Bukan apa, kang Farraz ni buat laporan palsu dekat Umi dia. Arian juga yang tak cukup nafas nak menjawabnya nanti.

"Aku tanya ni. Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan."

"Oh." Farraz angguk perlahan. Perempuan rupanya, patut pun tak kenal. Eh! Sekejap!

"What? Perempuan! Siapa?" Farraz bangkit dari duduk. Wajahnya sudah berkerut memikirkan sebarang kemungkinan.

"Kau-" Terkatup mulur Arian bila Farraz tiba tiba saja merapat ke wajahnya. Dicengkam wajahnya hingga bibirnya terjuih ke hadapan.

"Oh my god! Kau dah berbaik dengan Nawra ke?" Bulat mata Farraz bertanya. Seolah olah jawapan yang bakal keluar dari mulur Arian bakal memberikan kepuasan untuknya.

"Tak! Lepas lah gila!" Arian tolak tubuh Farraz menjauh. Eww! Dah macam lelaki songsang dia rasa.

"Habis tu? Siapa?"

"Siapa siapa je lah. Tak penting untuk kau tahu." Arian julingkan mata. Dia bangkit dari duduk. Malas nak layan soalan Farraz.

"Eh! Kau nak ke mana? Jangan nak mengelat!" Farraz Tarik lengan Arian. Wajahnya sudah berkerut tidak puas hati. Tak baik tahu biarkan orang termanggu menanti jawapan!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now